"ADAM Qaridz! Memang hari cuti kena terperuk dalam bilik tu ke?! Tak ada kerja satu dah dalam rumah ni?!" Adam menutup mata sebelah apabila lantang suara ibunya mengherdik.
"Adam! Dengar tak mama panggil ni?!" Adam pantas memberhentikan permainan video yang dimainnya tadi.
Lambat-lambat punggung diangkat daripada kusyen lantainya. Kaki diatur keluar dari bilik.
"Adam--"
"Ye ma. Ni abang keluar dah." Lembut dia memintas ayat ibunya. Puan Rose menjeling tajam figura tubuh yang sedang menuruni satu persatu anak tangga.
Badan Puan Rose dipeluk Adam apabila sudah berada di hadapanya.
"Tenang okay. Mama nak Adam buat apa?" Pujuk Adam lembut. Puan Rose menghela nafas berat.
Taktik Adam Qaridz ketika dia sedang dibuai perasaan marah. Cair lah hatinya ketika jejaka itu memeluk dirinya.
Badan Adam ditolak lembut Puan Rose.
"Jangan cuba nak pujuk mama ye. Pergi cuci kereta tu. Dah berhabuk teruk! Mama nak masak." Dalam diam, Puan Rose sembunyi senyum melihat wajah anaknya yang sudah masam mencuka mendengar arahan itu.
"Faham tak ni Adam Qaridz?" Soal Puan Rose dengan nada yang sengaja dibuat-buat tegas.
Lambat-lambat kepala itu mengangguk juga.
"Panggil Qaleef jugak. Kerja main game aje!" Tersenyum suka bibir merah pudar Adam. Yes, tak keseorangan!
"ADAM QALEEF! KAU TURUN SEKARANG! ISI AIR DALAM BALDI! DALAM MASA 30 SAAT KAU TAKDE, MEMANG AKU TARIK NINTENDO KAU!" Bergema suara Adam apabila dia menyeru adik lelakinya. Puan Rose hanya menggeleng.
Anak lelakinya semuanya senget-senget belaka. Siapa lah yang mahukan mereka berdua itu?
"Woi! Gila ke nak main rampas Nintendo aku!" Adam hanya menayangkan raut wajah mengejek pada Qaleef sebelum kakinya terus melangkah ke luar rumah.
Kepala paip dipusingnya sebelum penghujung getah cepat-cepat dihalakan pada kereta Waja milik ibunya. Kereta yang tadi kering kini sudah basah dengan air.
Entah mengapa instinct nya kuat mengatakan seseorang akan lalu dihadapan rumahnya.
Elok badan menoleh satu scooter merah laju dipandu oleh seorang gadis. Adam mengangkat bahunya, malas ingin ambil tahu.
Perlahan-lahan scooter merah tadi mengundur kembali di hadapan rumah Adam. Dengan selamba badaknya, hon ditekannya.
PON!
Adam menoleh ke arah bunyi hon yang menyakitkan telinganya. Wajah seseorang yang menghiasi matanya juga turut menyakitkan hati.
"Hi Abang Kyungwoo!" Tegur Aryaa ramah. Enjin scooter merahnya dimatikan sebelum kakinya mengatur langkah ke hadapan pintu pagar rumah Adam.
Adam tercengang dengan kelakuan selamba gadis itu. Pantas kaki melangkah laju mendekati gadis yang tersenyum manis.
"Kau buat apa kat sini, gila?!" Tinggi intonasi suaranya meskipun sedang berbisik dengan Aryaa.
"Oh, nak jumpa mak mertua. Eh, silap. Bakal mak mertua hehe." Terkelu lidahnya apabila Aryaa berkata begitu.
"Siapa ni?" Soal Qaleef yang baru sahaja muncul dengan sebaldi air sabun ditangan. Aryaa hanya memasang raut wajah biasa apabila matanya terhubung dengan Qaleef.
"Er. Di--dia kawan aku." Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa menyesalnya seorang Adam Qaridz ketika melontarkan satu ayat ringkas itu.
Habis lah.
Aryaa disebelah sudah tarik senyuman lebar. Baru dia ingin membuka mulut, suara seseorang memberhentikan niatnya.
"Adam, siapa tu? Tak bagitahu mama pun kata ada kawan nak datang?" Suara lembut Puan Rose hampir sahaja membuatkan jantung Adam berhenti berdegup.
Longgar lutut skrunya apabila melihat Puan Rose yang semakin mendekati.
Adam sudah pasrah dengan apa yang akan terjadi. Gadis disebelahnya sudah disumpah seranah olehnya.
"Assalamualaikum makcik! Saya Tarisa Aryaa. Panggil Aryaa je. Saya kawan dengan Adam." Senafas sahaja dia memperkenalkan diri.
Mujur sahaja ibu Adam memanggil nama anaknya. Kalau tidak, hm.
"Oh kawan. Tapi setahu aunty Adam tak berkawan dengan perempuan?" Aryaa sudah terkelu dengan soalan Puan Rose.
Sudah...
Adam disebelah dipandang Aryaa. Ingin meminta bantuan. Adam menghela nafas pendek.
"Dia lain. Abang ada cerita kat mama, tapi mama lupa kot?" Puan Rose hanya mengangguk. Senyuman manis diukirnya kepada Aryaa.
"Baguslah kalau macam tu. Aunty masuk dulu ye." Adam dan Aryaa mengangguk serentak.
Elok kelibat Puan Rose hilang, nafas lega dihembus mereka. Qaleef hanya menjadi pemerhati melihat kelakuan mereka yang serupa.
"Ni girlfriend kau ke?" Soalan dari Qaleef mengundangkan tawa sinis dari Adam.
"Tak, dia maid aku. Aku upah." Kata Adam tanpa sedikit rasa bersalah. Aryaa disebelah sudah menggaru belakang kepalanya yang berlapitkan tudung sarung hitam.
Siapa maid? Aku ke?
"Dah kau pergi masuk. Maid aku tolong." Arah Adam seraya tangan merampas baldi yang berada di tangan Qaleef.
Tak sempat kaki Qaleef melangkah, niatnya terhalang.
"Oh wait. Ulang lagi sekali. Maid?" Soal Aryaa dengan suara yang tidak berpuas hati.
Maid je standard aku!
Adam mengangguk sebelum tangan naik memeluk tubuh.
"Ha'ah, maid. Kenapa? Ada masalah?" Aryaa sudah mencebik bibir.
"Kalau awak panggil saya bakal isteri, InsyaAllah saya tolong awak cuci kereta Waja ni. Tapi MAID?!" Adam terdiam seribu bahasa apabila naik seoktaf nada suara Aryaa.
Aryaa menghela nafas berat.
"Harap maaf. Saya suka awak tapi saya takkan sesekali jatuhkan maruah saya. Bye Abang Kyungwoo!" Aryaa terus melangkah keluar seraya ayat bertemu titik nokhtah.
Terpempan Adam dengan ayat yang dilontarkan gadis itu. Dia sudah melebihi batasnya kah? Aryaa terasa dengan dirinya kah?
"Hm, aku boleh masuk bilik kan?" Terhenti lamunan Adam. Wajah Qaleef direnungnya tajam.
"Pahal pulak? Kau tolong aku cuci kereta cepat. Nah, sambut." Berus pencuci ke arah Qaleef.
Tak sempat Qaleef ingin menangkap, berus pencuci itu selamat mendarat di dada Qaleef.
"Sakit gila!"
"Tak kesah."
TBC.
Day 3, success.
Selawat humans 🤍.

ANDA SEDANG MEMBACA
10 Hari Mencuba
Storie d'amore15/7/23 10HM dipublish kembali. Tiada penukaran jalan cerita dan tiada penambahan bab atas kehendak penulis sendiri. Teguran sangat dialu-alukan. Terima kasih. Hanya sebuah mimpi indah.