"Baba! Cepat lah mandi woi! Mandi serupa mama pulak!" Adam menutup pili air shower. Dia memincingkan mata memandang pintu dihadapan.
"Sabar lah woi! Siapa suruh mama masuk bilik air lambat! Sabar tu separuh daripada iman!" Balasnya kuat. Pili air shower dibuka kembali.
Aryaa mendengus kasar. Padahal Adam yang berlumba-lumba dengan dirinya untuk masuk tandas. Dengan perut yang tunggu hari ingin meletup, memang kalah lah jawapannya.
Cis!
Aryaa labuhkan punggung di sofa. Aroma rendang yang dimasak Adam malam semalam menusuk deria hidungnya.
Dia telan air liur.
"Sabar Aya... Kena tunggu baba mandi dulu..." Dengan penuh kesabaran, dia menunggu Adam yang masih belum selesai membersihkan diri.
ADAM keluar dari tandas dengan tuala yang dibalut kemas di paras pinggangnya. Melilau mata mencari sosok tubuh isterinya.
"Mana pulak mama pergi?"
Telinga lintahnya menangkap bunyi dengkuran halus. Tersenget bibir Adam, seperti tahu dengkuran halus itu milik siapa.
Dia mengorak langkah ke arah sofa yang berada di ruang tamu. Adam tergelak kecil apabila Aryaa sudah elok tidur di sofa.
"Ya Allah, letih sangat menunggu sampai tertidur ya sayang..." Dia menggeleng perlahan kepalanya. Rambut Aryaa yang menutup wajahnya, disisirkan ke belakang cuping telinga.
Dek kerana sensitiviti Aryaa terhadap sentuhan sangat sensitif, Aryaa mula mengeliat kecil. Mata yang dibuka perlahan-lahan dihiasi dengan wajah Adam.
"Fuh, suami siapa lah handsome sangat ni?" Aryaa menggumam kecil separuh sedar. Adam tersenyum.
"Suami Aya lah. Abang Kyungwoo milik Aya kan?" Terkedip-kedip mata gadis itu mendengar ujaran nakal Adam.
"Ni bukan mimpi ke?" Soalnya polos.
"Kenapa? Sampai ke dalam mimpi ke muka baba melekat dalam otak mama hm?" Suara garau jejaka itu buatkan Aryaa kembali ke dunia sebenar.
Muka membahang kemerahan. Tak berfikir panjang, Aryaa menegakkan dirinya dengan laju dan...
BUK!
"ADOII!" Kedua-dua mereka mengadu kesakitan apabila kepala terhantuk satu sama lain.
Aryaa memegang perutnya. Lupa pula yang dia itu sedang mengandung. Ada ke patut dia bangun laju-laju macam itu?
Kan sekarang dah mendapat. Perut sakit. Kepala lagilah. Terhantuk dengan batu kot...
Mata yang terpejam, dibuka kembali. Wajah Adam yang menahan sakit dipandangnya.
"Ha nak gelak lah tu. Ey, pagi raya dah balas dendam! Mana aci!" Aryaa angkat bahu.
"Aci kat India. Bluerkk!" Adam menjeling tajam isterinya yang sedang ketawakan dirinya.
"Perut okay tak? Sakit ke?" Soal Adam prihatin. Risau pula dia dibuatnya apabila Aryaa memegang perut.
Aryaa tersenyum suka melihat Adam yang jelas kelihatan resah.
"Okay je ni ha. Sakit sikit je..."
"Entah-entah nak keluar dah kot?" Aryaa pandang Adam dengan pandangan jengkel.
"Merapu lah baba ni! Due date minggu depan kan? Kalau ya pun nak keluar, bagi mama makan rendang dulu. Teringin tahu tak?" Adam muncungkan bibir. Risau aje pun... Itu pun kena marah.
"Mama nak pergi mandi. Bye, jangan rindu tau~~" Adam geleng perlahan melihat perangai kekanak-kanakan Aryaa.
Tapi perangai itu juga yang menceriakan hari-hari seorang Adam Qaridz.
YOU ARE READING
10 Hari Mencuba
Romance15/7/23 10HM dipublish kembali. Tiada penukaran jalan cerita dan tiada penambahan bab atas kehendak penulis sendiri. Teguran sangat dialu-alukan. Terima kasih. Hanya sebuah mimpi indah.