Hari ke-9

780 79 1
                                    

Tikar sejadah biru itu direnung kosong. Setitis demi setitis manik jernih gugur membasahi sejadah itu.

Bingung dengan perasaan ini. Kadang rasa sedih tapi ada rasa teruja. Senang cerita, perasaan yang bercampur-baur ini buatkan hatinya menangis.

Air mata diseka dengan menggunakan belakang telapak tangan. Tangan mengangkat menengadahkan ke langit.

"Ya Allah, Ya Tuhanku. Apa yang aku perlu lakukan lagi? Hilangkan rasa kagum ini terhadap dirinya Ya Allah. Jauhkan dia dariku Ya Allah. Buktikan pada aku, dia bukanlah jodoh aku. Makin aku berusaha ingin melupakan perasaan ini, entah mengapa hati ini setia dengan keputusannya Ya Allah. Sedarkan diri aku, aku tak layak memiliki hati jejaka itu. Bantu aku Ya Allah. Berikan aku petunjuk. Berikan jawapan pada hambaMu ini."

Dia sudah letih.

Letih mengejar.

Letih menjadi beria.

Letih dan terlampau letih.

Dia bangun pada pukul 3 pagi semata-mata ingin menunaikan solat istikharah meminta bantuan pada Sang Pencipta Yang Maha Esa.

Semoga Allah mempermudahkan segala urusan aku.

Pada masa yang sama, di tempat kediaman Adam.

"Aku mencintainya kerana Allah, aku benar-benar mencintainya Ya Allah. Ya rabb tolong izinkan kami bersama, aku berdoa agar dia ditulis untuk aku dan aku ditulis untuknya. Ya Allah, jika dia tidak baik untuk aku, jadikan dia baik untukku dan jadikan aku baik untuk dia. Ya Allah, aku tidak pernah jatuh cinta pada kaum hawa lain selain ibuku. Aku mohon padaMu, tolong jadikan dia milikku. Jagakan mata, hati, dan juga perasaannya hanya padaku dan perasaanku hanya padanya. Aku percaya padamu Ya Allah bahawa Kau akan menerima doaku. Aku tahu Kau Maha Pendengar dan sekarang aku hanya boleh berdoa, bersabar dan mempercayai masaMu Ya Allah. Aku serahkan segalanya padaMu. Aamiin."

Tangan mengaminkan doa yang dibacanya dengan bersungguh-sungguh.

Teruja yang melampau apabila bertemu dengan Aryaa di dalam hidupnya.

Meskipun agak kecewa kerana tidak bersua muka dengan Aryaa pada hari ini.

Tersedar akan keterlanjuran diri membayangi wajah cantik Aryaa, pantas dia beristighfar.

Tangan kanan diletakkan di dada kiri.

"Ya Allah, hilangkan perasaan ini. Hilangkan wajahnya Ya Allah. Aku tak mahu zina hati hanya kerana perasaan ini Ya Allah. Jaga hatiku..." Adam meminta bantuan pada Sang Pencipta.

Selagi belum tiba masanya, aku akan jaga hati, mata, dan tindakkan aku supaya tidak terjerumus dengan zina.

Aku yakin dengan perancangan Pencipta kita, Aryaa. Aku janji dengan izinNya, sampai masa aku yang akan melamar kau.

Ya Allah, sumpah, aku serahkan segalanya padaMu. Dengan hati terbuka, aku terima segala yang terjadi.

TBC.
3/4/23.
Nak syafaat Nabi Muhammad tak? Kalau nak, kena selawat sekurangnya selawat dulu okay.

10 Hari MencubaWhere stories live. Discover now