Hari ke-7

913 89 8
                                    

Tersenyum manis bibir merah Adam Qaridz. Tak sabar ingin bergaduh dengan Aryaa seperti hari-hari sebelum ini.

Mata melilau mencari gadis itu. Scooter merah yang terpakir elok dihadapan kedai runcit Uncle Bob, membuatkan semakin melebar senyuman Adam.

Dengan wajah ketat, dia melangkah masuk ke dalam kedai runcit Uncle Bob. Dua pasang mata bertembung untuk seketika sebelum Aryaa lari pandangan ke arah lain.

Dahi Adam berkerut.

"Hi Aya." Tegurnya selepas mengumpul keberanian. Aryaa menoleh dengan anggukan kecil dibalas.

"Uncle, terima kasih. Aya balik dulu." Plastik hijau yang berada di atas meja kaunter diambil Aryaa.

"Adam, ke tepi sikit boleh? Saya nak jalan ni." Adam yang baru tersedar dia menghalangi jalan Aryaa, bergerak memberi laluan pada gadis itu.

Adam yang terkebil-kebil memandang sosok tubuhnya dari belakang hanya diabaikan. Adam pandang kembali wajah Uncle Bob dengan wajah tercengang. Jari naik menunding ke luar kedai.

"Be-betul ke tu Aya?"

"Betul lah dey! Crush sendiri pun tak kenal ke?" mendengar ujaran uncle sekali lagi kepala itu menoleh ke luar. Bibir diketapnya. Marah ke? Semalam okay saja.

"Dey, mau beli apa hah?" Adam menggeleng beberapa kali. Kaki terus bergerak keluar dari kedai. Dia pusing di dalam taman dengan membonceng motosikalnya.

Selama 30 minit dia menghabiskan masa di luar, otak masih tidak mampu memproses apa yang terjadi. Pelbagai soalan bermain di kepalanya.

Mengapa aryaa berubah tiba-tiba? Ada yang tidak kenakah? Atau, dia ada melakukan kesalahan?

Argh! Apa yang terjadi sebenarnya!

"Apa yang aku buat sebenarnya, Aya?" Perlahan mulut menggumam.

Elok dia membawa motosikal tiba-tiba dia brek mengejut di hadapan sebuah Cyber Cafe. Batang tubuh kecil itu sangat dikenali olehnya.

Kelihatan seperti gadis itu sedang berbual dengan seorang lelaki yang bertubuh tinggi. Hati semakin panas apabila melihat gadis itu ketawa mesra dengan lelaki yang tidak kenali itu.

Enjin motosikal terus dimatikan sebelum motosikalnya ditongkatnya. Terus dia meluru masuk ke dalam CC itu.

"Weh Aya, lawak dho kau. Patutlah single lagi."

"Ha melebih kau ni. Sikit-sikit sudah ah. Lebih-lebih, jadi arwah kau karang."

Perbualan Aryaa dan jejaka itu membuatkan sesuatu melonjak naik di dalam dirinya.

Tanpa segan silu, dia berdiri di sebelah gadis itu. Tapi pelik. Gadis itu masih berbual seolah-olah dirinya tidak wujud sahaja.

"Abang, saya nak print. Saya dah hantar kat Telegram." Dia bersuara, sengaja ingin menyedarkan aryaa tentang kewujudan dirinya. Abang yang menjaga kauter itu mengangguk sekali.

Dia kerling aryaa hujung mata. Gadis itu masih sama. Langsung tidak mengganggu dirinya seperti sediakala. Terus bertaut kening adam.

Okay, ini serius pelik.

Dia berdehem sekali. Tak menjadi.

Dia berdehem dua kali. Hanya diabaikan.

Terus dia berdehem berkali-kali dengan kuat sekali. Pandangan mata jejaka yang sedang berborak dengan Aryaa itu dan juga abang print dihadapannya hanya dihiraukan.

Aryaa lagi penting!

Aryaa hela nafas panjang. Nampaknya dia perlu mengalah. Dengan malas, dia tolehkan badan memandang Adam yang masih lagi tidak henti berdehem.

10 Hari MencubaWhere stories live. Discover now