5 tahun kemudian.
Khemah putih yang besar di hadapan rumah Adam dipandang kabur. Entah mengapa, matanya mula menakung cecair panas.
Lengan baju menjadi tempat dia menyeka air di matanya.
Sakit hatinya apabila mendengar kata-kata mamanya.
"Jom Aryaa. Kita pergi majlis perkahwinan Adam. Aunty Rose jemput kita."
"Ha? Adam?" Kening sudah bertaut pelik.
"Iyelah. Nama anak dia yang nak kahwin tu Adam. Dah cepat sikit."
Hancur.
Semua penantiannya selama 5 tahun hanya sia-sia. Jejaka itu... sudah pun mahu berkahwin.
Dengan wajah yang tertutup dengan mask hitamnya itu, dia mengukirkan senyuman apabila mata bersabung dengan iris coklat Puan Rose. Tangan Puan Rose disalaminya.
"Ha, Aya! Lama aunty tak jumpa kamu. Kamu sambung belajar di UK kan?" Bahu gadis itu ditepuk Puan Rose.
Aryaa menjatuhkan kepala beberapa kali. Mata itu masih lagi mengecil menandakan dia masih tersenyum di sebalik mask.
"Ya aunty. Baru je balik semalam." Ramah Aryaa membalas. Puan Rose sudah melebar mempamerkan senyumannya.
"Ala aunty. Biasalah, budak pandai." Celah Aris tiba-tiba. Terletus tawa Aris Dan Puan Rose apabila Aryaa cebik bibir.
"Ish mana ada kau ni! Merepek lah."
"Mana ada kau ni. Merepek lah." Aris mengajuk-ajuk kembali ayat yang dilontarkan Aryaa dengan suara yang dikepitnya sengaja.
Makin masam lah raut wajah gadis itu.
Bahu Aris ditampar Puan Rose lembut seiya mulut masih lagi ketawa terbahak-bahak melihat kelakuan dua beradik itu.
"Aunty, jangan lah gelak! Aloo, malu lah Aya kalau macam ni." Beralun-alun suara gadis itu. Wajahnya pula ditekup dengan kedua belah tangan.
Malu lah sangat apabila digelakkan. Sedang ralit mereka berbual,
"Assalamualaikum."
Suara garau itu menyentakkan perbualan mereka. Aryaa terkedu mendengar suara garau itu.
"Waalaikummusalam." Serentak Aris dan Puan Rose menjawab salam. Aryaa hanya diam membisu.
Kenal sangat dengan suara garau itu. Bebola mata mengguling keatas. Menyampah.
Aryaa hanya buat tak tahu sahaja. Seolah-olah manusia itu langsung tidak wujud.
"Yang cik adik ni memang tak nak jawab salam saya ke?" Usik jejaka itu. Tawa kecil terlepas apabila telinga menangkap dengusan kasar Aryaa.
"Haram." Bidasnya malas. Aris dan Puan Rose menggeleng kepala melihat dua manusia itu.
Seorang kerja mengusik, yang seorang lagi pula seperti sedang merajuk. Apa lah masalah mereka sebenarnya...
"Aunty, Ris pergi duduk dengan mama lah ya. Malas nak layan drama akasia TV3 ni." Pamit Aris dengan terselit sindiran.
Puan Rose mengangguk sebelum tangan Aris dipautnya.
"Moh ler kita pergi sekali, Aris. Adam, Aya, borak lah dulu." Pantas kaki Aryaa ingin mengejar langkah Puan Rose dan Aris.
Tak ingin dia berborak dengan Adam!
Tetapi langkahnya terbantut.
"Kau memang tak nak pandang muka aku ke Aryaa?" Soalan Adam membuatkan dia tergamam.
YOU ARE READING
10 Hari Mencuba
Romance15/7/23 10HM dipublish kembali. Tiada penukaran jalan cerita dan tiada penambahan bab atas kehendak penulis sendiri. Teguran sangat dialu-alukan. Terima kasih. Hanya sebuah mimpi indah.