3 ;)

32 3 0
                                    

"Eh, dengarnya kat sekolah ada kes bunuh. Betul ke?" - Soojin. Seokmin yang tengah syok minum air bergerak anak matanya ke mata Soojin.

"Ehem, Mana kau dapat tahu? Setahu aku kes itu sudah lama" - Seokmin sambil membetulkan suaranya

"Ada dengar orang lain cakap macam tu. Eyy, takkan lah kat sekolah nak bunuh-bunuh pula kan" - Soojin
Seokmin memandang ke pelayan yang datang ke meja mereka.

"Terima kasih kerana datang dan kamu pelanggan ke 90 kami. Ini makanan khas untuk kamu berdua" - Jeonghan

"Wahhh, Terima kasih juga!" - Soojin senyum hingga nampak lesung pipit. Selepas pelayan yang bernama Jeonghan itu pergi, mereka makan makanan yang diberi.

Keesokannya

Soojin masuk ke kelas dengan gembira. Dia menyapa Seokmin yang tengah selesa membaca buku.

"Min. Sedia untuk ujian?" - Soojin. Seokmin dengan lajunya mengangguk kepala.

Skip

"Boleh buat tak?" - Soojin

"Senang" - Seokmin

Soojin menunjuk gaya pistol 👈 ke Seokmin. Alah, kacang je soalan. Waktu rehat! Soojin terus menarik Seokmin keluar kelas. Reaksi rakan kelas sangat terkejut akan perlakuan itu.

Selepas membeli makanan, terus sahaja mereka pergi ke perpustakaan. "Kau suka perpustakaan ke?" Suara dalam itu didengari Soojin.

"Oh, ye betul! Aku memang suka suasana perpustakaan. Tenang dan banyak cerita" - Soojin

"Nah" Pelajar perempuan dengan selamba meletak air kotak atas meja. Untuk siapa?

"Apa ni?" - Soojin

"Ish, sibuk lah kau. Blah lah"

"Amboi kau. Orang nak baca buku sibuk kacau" - Soojin

"Hah.. Yahh kau gf dia ke? Suka hati aku la, pelajar pindahan" Mengeluh perempuan itu

"Pelajar pindahan pun. Tak setidaknya dapat sekolah bagus. Bukan sekolah teruk. Mungkin sebab pelajar macam kau membuat sekolah menjadi teruk?"

Seokmin bangun dan menarik tangan Soojin. Dalam perjalanan ke kelas, Seokmin dilanggar oleh pelajar lelaki yang bermuka seperti harimau. Kelihatan ketakutan. Lelaki yang terjatuh tadi melutut memegang kaki kanan Seokmin.

"T-tolong! Ada orang. Dengan darah. Kat bilik stor"

"AKU DAH KATA" Soojin berlari ke bilik yang disebut oleh lelaki tadi. Seokmin dengan ganas meminta lelaki itu untuk lepaskan kakinya.

Bersambung

-'Min, kenapa dia?'

The Mysterious - SeokminWhere stories live. Discover now