38

10 1 0
                                    

Lelaki itu semakin dekat dan berhenti tepat di satu garisan yang berwarna kuning.

Seungcheol teleng kepala berasa pelik. Siapa dia ni? Kalau bapa Seokmin, muka tiada seiras langsung.

"Siapa kau?" - Seungcheol

"Seokmin"

"Ha? Apa maksud kau?" - Seungcheol

"Ada lagi satu permainan untuk korang semua. Lagi-lagi Seokmin. Permainan yang dinamakan 'Cari lah aku'. Permainan berlangsung selama 3 minit. Bermula sekarang. Semoga berjaya HA HA HA"

Lelaki yang seakan tua itu menghilang menjadi cebisan abu yang beterbangan. Lampu berkelip dan koridor panjang itu ditukar kepada sebuah stadium.

Terkejut melihat didepan mereka ialah mereka sendiri. Tetapi ia bayang-bayang jadi mereka nampak jauh beza. Tak kan sama pula.

Seungcheol melangkah kedepan bermaksud serangan dimulakan. Sama-sama hebat. Joshua cuba menghentikan perlindungan Joshua bayang-bayang.

Dia hanya menatap dan cuba sedut kuasa dari bayang-bayangnya. Namun ia lagi melemahkan dirinya. Jadi dia berhenti dan sambung memberi tenaganya kepada yang lain.

Seungcheol di atas lututnya dan suruh Joshua untuk berhenti memberi tenaga.

Joshua akur dan menggunakan kuasa Water untuk menyerang kembar bayangnya.

Minghao tidak mengalah. Tidak berasa penat untuk mencapai kemenangan dan membantu Seokmin. Dia menggunakan akal fikirannya.

Pedang disimpan dan mula menumbuk. Di dada, di perut, di muka dan di kaki. Entah bagaimana dia sendiri merasa kesakitan tetapi yang pasti kembar bayangnya dah lemah dan terjatuh. 

Dia mengeluarkan pedangnya dan tikam. Merasa diri yang ditikam tetapi tidak pada badannya. Bayang-bayang itu menjadi abu dan menghilang. Dia menolong Mingyu yang ditendang kebelakang. 

Seokmin juga melawan tapi pada masa yang sama cuba mencari lelaki tadi. Pedang dikeluarkan menusuk ke dada bayang-bayang yang seakannya. 

Dia penat menumbuk. Jadi dia guna pedang selagi kembar bayangnya tidak guna. Dia memegang dadanya yang berasa sakit akan tikaman itu. Tanpa membuang masa dia mencari lelaki itu.

Masa berbaki 2 minit 40 saat. Dia berjalan hingga sampai ke pintu keluar. Tangan hampir menyentuh tombol tiba-tiba lelaki tadi mencekik Seokmin. 

Dia lebih besar dari mereka seperti serigala jadian. Seungcheol yang sudah habis lawan berlari ke lelaki itu dan melompat untuk tikam.

Namun serangan Seungcheol tidak menjadi dan lelaki itu mencampak dia jauh nun disana. Pengsan anak bermarga Choi. 

Seokmin terbeliak dan mula mengeluarkan kekerasannya. Iaitu kuasanya yang dikatakan tidak boleh dikawal. Adakah ia benar tidak boleh dikawal? 

Lelaki yang mencekik Seokmin ditendang. Dia cuba bangun tapi dia pula dicekik oleh Seokmin. Pedang muncul ditangan Seokmin. Dia menghala ke dahi lelaki itu. 

Sebaik saja ingin menikam pedang ditepis dan Seokmin dicampak. Masa dihentikan oleh Seokmin dan semua bayangan mereka menjadi abu. 

Dia bunuh semua. Seterusnya dia berjalan ke lelaki itu. (Kalau nak buat dia menyanyi, ini bukan cerita musikal haha)

Pedang yang dinaik taraf membuatkan ia cantik dengan batu crystal serta bulu pelepah. Berwarna marah gelap sama dengan pakaiannya. 

Pedang diangkat setaraf dengan kepala. Lalu tusuk ke dada lelaki itu. Masa berjalan semula. Cahaya nur menerangi membuat semua pejam mata. Stadium besar juga ditukar semula kepada koridor yang panjang dalam istana. Seungcheol yang pengsan tadi bangun. 

Melihat semua orang baik-baik saja. Kecuali Seokmin dan lelaki berbadan besar tiada. Dia pergi ke Minghao yang melutut kerana penat. Lalu Minghao merebahkan badannya atas peha Seungcheol.

Joshua dipapah oleh Mingyu. Mereka berkumpul di satu tempat. Joshua memegang tangan Minghao tetapi Seungcheol tidak benarkan lagi untuk menyembuh. Tiba-tiba Seokmin muncul dan terjatuh baring. 

Seungcheol berlari terinjut-injut kerana kakinya lemah. Pedang diletak tepi dan menggoncang badan Seokmin. 

"Yah, Seokmin-ah. Bangunn!"

Walaupun dia menampar pipi, tetap tidak menjadi. Dia merasa di lubang hidung Seokmin. Tiada hembusan nafas dan dadanya tidak bergerak.

"Tak, Seokmin! Bagitaulah aku dulu kalau laki tu dah mati ke belum"

Mingyu datang ke Seungcheol. "Kenapa dengan Seokmin, hyung? Dia okay tak?" Seungcheol menarik tangan Mingyu meletakkan di dada Seokmin.

Mingyu memandang Seungcheol dan Joshua dengan terkejut. Tidak percaya Seokmin sudah pergi. 

Bersambung

Tinggal satu lagi chap tapi esok2 la saya publish. Maybe ada epilog 

The Mysterious - SeokminWhere stories live. Discover now