4 ;)

24 4 0
                                    

"UWAHH S-SINYOUNG" Soojin terjatuh selepas melihat kawan lamanya ditikam. Soojin menangis-nangis dan cikgu menariknya keluar. Seokmin diam melihat kejadian berlaku.

7:30 a.m.

Seokmin hanya memandang pintu kelas. Agaknya Soojin datang ke kelas atau tidak selepas kawan lamanya dibunuh di bilik stor. Selepas 10 minit, Pintu dibuka menarik perhatian Seokmin.

'Soojin.. kau datang'

Soojin's pov

Aku mengulang semula memori bersama dengan kawan lamaku, Sinyoung. Mataku terjumpa dengan mata Seokmin. Kenapa dengan mata dia tu?

Aku tidak perasan muka aku tidak ceria seperti selalu. Berjalan dengan perasaan sayu saja ke meja. Seokmin tidak menyapa kepadaku. Mungkin beri masa.

Waktu kelas bermula, aku hanya senyap sahaja. Namun seorang rakan sekelas mahu ceriakan aku. Seorang yang mulut murai, suka je nak panas baran.

"Yahh, okay tak? Kat sekolah ni memang misteri sedikit. Lagi2 kes bunuh. Rasa macam ada psycho je" Waktu orang tengah menulis boleh pulak dia datang.

"Okay je.. Eh, Cikgu suruh buat kerja, pergi lah" - Soojin

"Malas lahh"

"Yahh Seungkwan, kan aku tiru gaya kau macam Senior Soonyoung nak?" - Soojin

"Boleh. Ganjaran dia ni" Seungkwan membuat gaya penumbuk. Soojin ketawa kecil. Seungkwan senyum dan balik semula ke meja.

Breaktime

Third person's pov

Soojin selesai membeli makanan dan mencari dimana Seokmin. Lama mencari, disebabkan meja jauh sedikit dari tempat membeli. "Yahhh, jauhnya"

"Cikgu ada kata yang esok sekolah tutup sebab kejadian baru-baru ni. Esok aku nak gi perpustakaan. Nak ikut juga ke?" - Soojin

"Perpustakaan kat mana? Sekolah tutup kan" - Seokmin

"Kau ni memang house person eh. Dekat je lah dengan sekolah ni. Kalau nak aku bawa kau gi juga" - Soojin. Lelaki kacak itu mengangguk sedikit namun Soojin perasan tindakannya "Kita berdua pergi eh? Ok? Cool"

Soojin mahu mencari maklumat-maklumat tentang kes membunuh. Mungkin kes sekolahnya ada sekali di simpan disitu. Mana lah tahu kan sebab belum pergi HAHA. Ok, tak lawak.

Keesokannya, Soojin datang ke rumah Seokmin dan membawanya ke perpustakaan yang tidak jauh. Jalan kaki hanya 15 minit, kalau naik kereta 5 minit je tu.

"Nak buat apa dekat sudut berita ni? Ada assignment pula ke?" - Seokmin memandang Soojin dengan pelik. Soojin menggeleng. "Saja" Ternampak surat khabar yang didepannya tertulis "Mangsa seorang pelajar dibunuh di sekolah sendiri, namun tidak hanya seorang..." Surat khabar menarik perhatian perempuan itu.

Bersambung

-Kenapa tiba-tiba nak siasat kes bunuh pulak ni

The Mysterious - SeokminWhere stories live. Discover now