21 °-°

8 1 0
                                    

Seungcheol berhenti dihadapan pintu rumah Soojin. Kelihatan penat yang teramat. Kesian dia.

Lelaki itu menunding perempuan yang berada dihadapannya. Mata dibulatkan besar.

"Apa!?" - Soojin

"Tak cakap yang sekarang ni hujan" - Seungcheol

"Hehe. Marilah masuk dulu. Hujan pun belum tentu lebat tapi rasanya akan- Kkung. ARGHH OK Jom masuk" - Soojin. Berani Seungcheol ketawakan Soojin yang terkejut. Nanti dia terkejut kita gelakkan dia semula.

Seungcheol melihat sekeliling dan Soojin ke dapur. Seungcheol duduk di sofa. Selepas beberapa minit, Soojin datang dengan jag air dan cawan yang berada di atas dulang.

"Air apa?" Tanya lelaki yang duduk di sofa.

"Takde air" - Soojin

Jag air bagaikan lut sinar. Ada air ke tak? Lalu Seungcheol mengangkat dan tuang ke dalam salah satu cawan.

...

"Aku dah kata takde air"

"Jadi, kenapa kau bawa jag, cawan dengan dulang sekali kalau air takde?"

"Nanti tak sopan pulak.."

Lelaki itu mengeluarkan senyuman yang penuh dengan pasrah. Manakala Soojin hanya series(?) Soojin ketawa kecil selepas menjadi dungu. Dia membawa semula jag air, cawan dan dulang ke dapur.

Push!

Soojin berlari dengan kencangnya ke ruang tamu dan berhenti bila lampu terpadam. Tiada suatu bunyi dan hanya kedengaran angin yang sejuk saja lalu. Dia cuba mencari telefon yang diletakkannya di atas meja.

Telefon itu mengeluar satu cahaya yang terang. Mencari keberadaan Seungcheol tetapi tiada berdekatan. Mencari-cari akhirnya terdengar bunyi jatuh di tingkat atas. Ada orang berlawan. Ini tidak bagus.

"Siapa tu? Seungcheol? Dokyeom?" Nama yang disebut itu terus saja hadir dengan jatuh dari tangga. Dokyeom yang mata membara itu mencekik leher Seungcheol. Lelaki itu bertahan dari serangan. Soojin naik atas ke bilik dia untuk mengambil sesuatu.

Dua orang lelaki itu masih lagi berlawan. Soojin dengan cepat pergi ke Dokyeom sambil membawa jarum suntik yang sudah diisi cecair. Dia memegang lengan kanan dan mencucuk.

Lelaki itu jatuh ke lantai dan diangkat terus oleh Soojin. Beratnya lelaki ni.

"Dia kata tadi, aku tak patut dengan kau. Aku"

"Mata dia macam mana bila dia kata tu?"

"Macam marah tapi anak mata dia macam takut je. Patu dia-"

Bersambung

The Mysterious - SeokminWhere stories live. Discover now