25 °-°

7 1 0
                                    

Kwan's Boo

"Aku tunggu di rumah Seokmin, okay!"

"Okay!"

Tibanya Soojin di rumah Seokmin. Tanpa bercakap panjang, mereka pun mula pergi kedai jajjangmyeon. Selesai membuat pesanan di kaunter, mereka duduk di salah satu meja. Seungkwan memulakan perbualan.

"Soojin, kau dari Desmesia ke?" - Seungkwan

Terkejut Soojin. "Uh, ye. Aku dari puak Agresia. Kau berasal dari situ?"

"Aku dari puak Crystia. Aku 3 Star. Kau berapa?" - Seungkwan

"Aku... Sebenarnya aku tak tahu aku ni Star berapa dan kuasa, aku hanya mengenali satu sahaja dari 4" - Soojin

"4? Kalau empat kuasa bermakna 4 Star. Dan itu jarang. Hebat lah. Ingat tak rumah kau kat Agresia? Aku rindu dho rumah aku kat Crystia" - Seungkwan

"Aku sebenarnya dibuang dari Desmesia.. pernah dengar tak yang pasangan Lee tu? Tu lah aku" - Soojin

Terbeliak mata Seungkwan. Tidak percaya anak pasangan Lee berada di depannya. Dan dikatakan anak yang paling kuat.

"Wahh. Kau lah anak pasangan Lee tu. Sekarang mak bapa kau bagaimana?" Soal Seungkwan.

"Mereka.."

"Sudah meninggal" Pintas Seokmin

Seungkwan meminta maaf dan Soojin berkata tiada apa-apa. Cuma mengenang kan mereka berdua yang berada di 'sana'.

"Apa kuasa kau, Kwan?" - Soojin

"Kuasa aku Healing, Crystal dan Water. Kau pula?" Jawap Seungkwan

"Kuasa yang aku tahu, Memorial. Yang lagi 3 tu aku tak tahu" - Soojin dengan kecewa. Sambil itu dia ambil pengepit dan makan jajjangmyeon.

"Kita cuba cari boleh?" - Seungkwan. Soojin mengangguk perlahan.

"Min, kau manusia biasa ye?" - Soojin

"Y-ye. Aku tidak ada kena mengena pun dengan korang. Hm" - Seokmin

Mereka langsung makan dan bercerita.

~~~~~

Keesokannya di sekolah.

Soojin melihat kerenah kawan sekelasnya. Dia juga ketawa akan mereka dan sesuatu berlaku. Soojin nampak yang lampu berada di atas papan hitam akan pecah dalam lima minit. Dan dibawah lampu itu ada beberapa orang murid. Dia perlu selamatkan mereka.

Tiba-tiba semua orang berhenti kecuali Soojin. Soojin bangun dan pergi ke mereka yang menconteng papan hitam. Mengalihkan kawan-kawannya dan tukar pergerakan. Seterusnya Soojin kembali duduk dan masa berlalu seperti biasa.

Semua orang bergerak namun tidak dalam posisi yang tadi. Tiba-tiba lampu pecah mengejutkan semua orang. Jika Soojin tiada dalam kelas, mesti ada yang cedera.

"Kau alihkan diorang ke?" Tanya Seokmin sambil pusing kebelakang untuk bertemu dengan muka Soojin. Lalu Soojin pun angguk.

"Aku rasa aku jumpa kuasa baru aku" - Soojin

~~~~~

Rehat

"Kwan! Aku ada berita gembira! Aku dah jumpa kuasa kedua aku! Tapi aku tak tahu lah nama. Aku rasa kau tahu. Kuasa dia kan boleh berhenti kan masa dan tolong orang macam tu" - Soojin

"Oh, tu namanya Time Stopped. Bagus dho kuasa tu. Kuasa yang aku ingin. Ah! Aku rasa satu lagi kuasa kau adalah Quick Strategy. Kau kan dari puak Agresia. Yang pandai berlawan jadi rasanya itulah kuasa kau" - Seungkwan

"Ye juga. Jadi aku ada, Memorial, Time Stopped, Quick Strategy dan lagi satu?" - Soojin

"Oh. Tu aku tak de idea lah kuasa apa" - Seungkwan


Bersambung

The Mysterious - SeokminWhere stories live. Discover now