37 :)

10 1 0
                                    

Seokmin mengambil langkah ke belakang. Dia terbang dan berlari ke arah Raja zalim itu manakala bayangan askar muncul.

Bayangan askar cuba kejar tetapi sekali Seokmin menoleh kepala, semua jatuh dan lenyap.

Pedang menghala ke Raja yang berada di bawah kaki Seokmin. Dia menusuk mengguna pedang yang kelihatan api kecil dihujung.

Tepat di mana hati berada. Raja itu berada di atas lutut sendiri sambil memandang Seokmin dengan senyuman psycho.

Kaki Seokmin mendarat di lantai dan memandang bapanya.

"Kenapa? Gembira dah bebas?"

"Mana adab bercakap dengan ibu bapa?"

"Saya ialah bukan ahli keluarga Lee dan bukan Prince Dark Night"

Lelaki berusia itu pun senyum jahat dan tidak bernyawa. Seokmin memandang Soojin.

Senyuman kecil muncul di muka Soojin. Seokmin melihat sekeliling. Mereka berada di koridor panjang. Dia pergi ke satu bilik dan buka.

"Min, kalau boleh tolong aku dulu" - Soojin

"Jap, aku datang" - Seokmin. Mata dia tertumpu kepada sesuatu tetapi dia melangkah pergi ke Soojin dahulu.

Soojin tidak lagi diikat dan cuba untuk berjalan. Pintu dibuka dan Seokmin masuk ke dalam bilik tadi.

Dia mengambil batu yang terlihat pelik baginya. Warna merah seperti pedangnya dan bentuk yang pelik.

"Kau buat apa sini?" - Soojin

"Oh, takde apa. Tapi aku datang nak selamatkan kau sebab aku dapat tahu yang Raja ni datang.. hm okay lah bye" - Seokmin

Soojin hanya melihat kelibat seorang lelaki pergi dari situ.

Seungcheol dan Mingyu ternampak Seokmin keluar, lalu mereka terus pergi pada dia.

"Seokmin! Kenapa keluar macam tu saja hah!?" Marah Seungcheol.

Kepala Seokmin memandang ke lantai dan tidak mahu melihat ke arah Seungcheol. Dia meneruskan perjalanan membuatkan Seungcheol memegang tangan dengan kuat.

"Ah! Sakit hyung, lepas! Lepas hyung! Ampun hyung!" Mingyu menjadi pemerhati yang tinggi lampai di situ.

"Dah kenapa pulak Seokmin tu?" Tanya Joshua yang ingin tahu. Seokmin berjalan sambil membuat masam muka dan tangan memegang lengan kanan.

Sempat dia menjeling Seungcheol dan mengeluarkan lidah sebelum berlari ke bilik. Seungcheol menahan kemarahan jadi dia pergi ke dapur.

"Seokmin keluar guna kereta Seungcheol tak minta izin. Apa lagi, marah lah Choi Seungcheol tu"

"Mingyu yah. Nak jadi mangsa seterusnya?"

Mingyu menggeleng tersengih. Dia tu nak saja kena terkam tapi Seungcheol tu kan dah tua takut sendi tulang patah je.

(Seungcheol menjeling author, eh tau la i pretty2)

Hari berikutnya. Seokmin keluar dari bilik menuju ke ruang tamu. Tv dibukanya dan menengok berita. Kepala memandang ke atas tetapi telinganya terpasang.

Dia kembali arah pandangannya ke skrin tv.

'Ratu Soojin dijumpai mati ditikam. Tempat kejadian di istananya sendiri. Sebab kematian tidak diketahui'

Seokmin sekarang penuh dengan persoalan. Bukankah dia sudah membunuh raja itu dan menyelamatkan ratu?

Yang lain juga datang meneliti berita itu. Tidak percaya yang dibunuh itu ialah Soojin. Ataupun Raja itu memasang perangkap? Joshua memandang selisih ke Seokmin dan Seungcheol. 

"Hyung, pinjam kereta" - Seokmin

"Tak boleh" - Seungcheol

"Hyung!!" - Seokmin

"Kalau tanpa kitaorang" - Seungcheol

Tersengih Seokmin. Mereka masuk ke tempat kejadian. Tiada lampu jadi ia gelap gelita. Minghao memanggil nama Seokmin dan dia berhenti.

Di depannya ada meja, takut dia terlanggar. Minghao ada kuasa Dark Light yang membenarkannya nampak dalam gelap.

Dia mencari suis lampu untuk mendapatkan cahaya. Setelah dijumpai, Mingyu pula jumpa pedang yang tergantung di dinding.

Dia ambil tetapi amat berat baginya untuk dipegang. Datang Seungcheol cuba pegang.

Pedang itu pula ringan diangkat Seungcheol. Pedang kepunyaan dia setelah lama dicari. Rupanya ada di istana.

"Pedang aku. Ada kat sini" Pedang itu mula mengeluar cahaya dan terpapar nama 'Choi Seungcheol'. Gembira betul pemiliknya.

"Selamat datang ke permainan. Tahniah Seungcheol kerana telah mendapat semula pedang kamu. Permainan ini diciptakan oleh Lee Dokyeom"

Seungcheol memandang Seokmin. Seokmin pelik akan suara itu. Suara itu seakan suara dia tetapi dicampur sekali suara bapa dia.

"Permainannya senang sahaja. Iaitu Fight. Sedia, Mula!"

Muncul ramai askar bayang-bayang. Seungcheol menghalakan pedang dan tusuk ke dada askar itu. Menjadi abu apabila ia mati.

Dia terus melakukan mengguna pedang. Mingyu yang berkeupayaan untuk menggunakan angin meniup semua askar yang berada di belakangnya.

Minghao mengaburi mata sesetengah askar bayangan itu. Lalu dia mencucuk setiap sorang menggunakan pisau halimunan.

Joshua dijaga oleh Seokmin kerana dia seorang yang boleh menyembuhkan mereka.

Pada masa yang sama, Joshua memberi kuasa perlindungan kepada setiap seorang. Seokmin diberi isyarat oleh Joshua untuk membantu yang lain.

Anggaran askar bayang-bayang itu seperti 200 kali ganda. Mingyu makin penat tetapi diberi tenaga dari Joshua.

Mingyu ucap terima kasih dan sambung lawan. Tiba-tiba semua askar itu menghilang. Seokmin berada dekat dengan Joshua. Takut jika ada serangan dalam diam.

Dihujung muncul seorang lelaki memakai baju perisai namun diubah menjadi pakaian biasa.

"Siapa kau?" - Seungcheol

"Dokyeom. Mana kau?"

"Siapa Dokyeom? Kat sini tiada pun yang nama Dokyeom" - Mingyu

Bersambung

The Mysterious - SeokminWhere stories live. Discover now