32

8 1 0
                                    

"Cheol, jom makan aiskrim. Nanti cair. Dari tadi bercakap je. Makannya tak. Nah ambil ni, kau punya fav" Soojin memberi aiskrim kegemaran Seungcheol dari plastik hitam.

"Macam mak aku je" Kata Seungcheol senyap-senyap. Soojin dapat mendengar apa yang dikatakan. Mengerut muka Soojin sambil membuka plastik aiskrimnya.

"Aku rasa aku tahu kuasa lain aku. Iaitu Sharp Hearing" Soojin kata selepas Seungcheol merungut dan matanya menjeling ke lelaki di sebelahnya.

Senyuman kecil dan jahat keluar di muka lelaki itu. Tapi tidak salah kata Soojin. Dia memang ada kuasa Sharp Hearing.

"Kau nak balik ke Agresia ke?" - Seungcheol

"Ye.. aku ikut Seungkwan. Duduk kat rumah diorang juga. It's okay, dia ada kakak so takde lah aku dengan dia je kan" - Soojin

Seungcheol yang makan aiskrim dengan penuh khusyuk meng'oh'kan kata-kata Soojin. Giliran Soojin untuk bertanya. Seungcheol menjawab, dia mungkin akan berhenti bekerja dan pulang semula tetapi mesti balik semula katanya.

Soojin pula meng'oh'kan kata-kata Seungcheol. Aiskrim yang dimakan Soojin sudah habis. Seungcheol masih lagi ada baki.

Soojin membuat lawak hambar kepada Seungcheol dan reaksinya "Sekolah kau ajar apa ah sampai jadi gini"

~~~~~

Soojin bermain dengan anak kucing di depan rumah. Fikiran dia menjadi kosong melihat anak kucing itu bermain dengan tangannya.

Kucing itu menggigit tangan Soojin. Merasa kesakitan tetapi diketepikan kerana kecomelan kucing.

"Ruby, kenapa comel sangat?" Anak kucing itu menjadi haiwan peliharaan tetapi Soojin tidak membenarkan dia masuk ke dalam rumah.

Kucing itu sentiasa datang pada waktu pagi dan petang. Hati yang baik memberi makanan kepada kucing.

Kucing itu berhenti bermain dan mula mengiau. "Meow."

Soojin membesarkan mata. "Kenapa, Ruby?" Dia pandang sekeliling. Tiada apa-apa. Memandang semula ke anak kucing. Mata anak kucing itu seperti takut melihat Soojin.

"Ruby? Nak pergi mana tu?" Akhirnya anak kucing itu berlari ke bawah kereta yang berwarna biru gelap.

Soojin tidak mengata sepatah perkataan lalu dia masuk ke dalam rumah.

"Soojin!" Suara itu tidak kedengaran oleh pemilik nama. Orang yang memanggil itu lari ke pintu dan mengetuk.

Selepas tiga minit, Soojin membuka dan melihat batang hidung yang mengetuk pintu.

"Min, kau ke yang panggil tadi?" - Soojin

"Kalau kau dengar nape tak balas? Ishh, nih. Kwan bagi kat kau" - Seokmin

"Sejak bila kau biasa guna panggilan manja pula ni?" - Soojin

"Dah lah aku nak balik. Rindu rumah" - Seokmin

Soojin mengambil beg kecil dari Seokmin. Pintu ditutup selepas lelaki itu pergi. Beg dibawa ke sofa.

Tanpa membuang masa yang begitu berharga, beg itu dibuka. Duit yang dalam bentuk bulat dan berwarna biru muda diambil. Banyak duit itu.

Barang kedua adalah baju dan seluar. Baju yang besar dan juga berbentuk pelik. Seluar seperti biasa sahaja. Kedua-dua berwarna merah serta hitam.

"Wah, Saiz yang bagus dan cantik! Mana dia beli? Duit syiling ini pun. Tidak pernah lihat. Hm. Dari Desmesia?!"

~~~~~

Seungkwan senang-lenang berjalan ke kelas dan seorang memanggilnya dari belakang. Dia berpusing melihat kehadiran Soojin.

Soojin merangkul lengan Seungkwan dan berjalan bersama-sama. Alololo comey lote. Bercerita tentang graduasi sudah hampir dan tidak sabar untuk pulang ke Desmesia.

"Tak sabarnya nak balik ke sana" - Soojin

"Ye lah. Aku pun teruja dah ni" - Seungkwan

Kelas dimasuki. Seokmin yang memandang Soojin dan Seungkwan itu mengalih pandangan ke luar tingkap. Sakit hati tu.

"Min~ Ni ganti duit. 2,000 won kan? Ha ambil lah" - Soojin.

Seokmin mengambil tanpa berkata apa-apa. Soojin meletak beg di kerusi dan duduk. Cikgu masuk dan mula mengajar serta memberi taklimat tentang graduasi. Lagi dua minggu sahaja.

Gembira Soojin dengar. Bukan sebab mahu meninggalkan sekolah. Tapi Kepulangannya ke Desmesia.

Bersambung

-Seokmin:Kenapa.. dia memilih donat itu dari aku ㅠㅠ

-Mai kat aku je lah. Sampai hati Boo tinggalkan aku. ㅠㅠ

The Mysterious - SeokminWhere stories live. Discover now