Bab 1

908 30 0
                                    

Kadangkala dia berduka

tatkala gembira tertawa

sayang hatinya suci mulia namun

dicerca manusia durjana

Oh manusia titik nokta tiada bagimu

kebebebas mutlak kami bermohon

aman hidup sejahtera dunia

dari kami manusia biasa

- Maya Lestary-

Publish .

Ok setakat ni aku dah tulis 102 buah puisi yang termampu dekat blog. Kejang tangan. Time to layan The Aryan , sebuah blog puisi , memang famous kalau nak dibandingkan dengan puisi aku yang tak berapa nak semenggah ni . Setiap tahun aku tunggu buku yang ditulis Aryan . Nak tahu apa yang special dengan Aryan sampai aku jatuh cinta dekat dia. Puisi .

Semenjak Ayah bercerai dengan mama , mama yang jaga aku sehingga masuk sekolah menengah . Sampai lah satu hari baru aku tau mama sakit , tapi terpaksa bekerja sebab nak sara aku . Mama taknak pergi Hospital akhirnya mama meninggal dekat rumah . Aku terpaksa bersekolah dalam masa yang sama bekerja , dipandang hina , dicaci perkara biasa bagi aku .

Sehingga dua insan yang paling aku sayang ambil aku sebagai anak mereka , dikasihi dan dicintai.

Aryan adalah salah satunya penulis puisi yang kisahnya berkait rapat dengan hidup aku , bagaimana si gadis yang masih bersekolah menjalani hidup seharian. sangat berkait rapat.

Sampai satu hari aku jatuh cinta dekat dia , dan tekad untuk cari dia walau apa sekali pun , dia je yang memahami aku . Kawan aku cakap aku dah gila , peduli apa . Dah macam cara aku buat nak cari Aryan . Susah betul nak cari mamat ni.

"Tuk Tuk " pintu diketuk

" Masuk lah " Wanie memasuki bilik aku , dengan lenggang lenggok membawa secawan Hot chocolate yang masih ada buih dekat atas dia . Memang kepakaran budak ni.

" Aryan lagi ? Dah la Lily , dah berapa tahun dah kau menaruh harapan yang kau sendiri tau takkan tercapai , nah ambik ni "

" Ehem no , kau ni macam tak tau aku je " Aku menghirup Hot chocolate yang masih mengeluarkan haba panasnya dengan nikmat , dah la tengah hujan nikmat habis.

"Kau dah 24 tahun dik, dah ada kerjaya dah pun , please be matured."

" He , ada aku kesah " Aku membuat muka annoying bukan sekali dua dia cakap macam tu .

" Anyway , your mummy call , dia kata esok malam dia nak datang sini . "

" So "

" So. cik adik sila bersihkan kandang lembu awak ni sebelum telinga awak tu berdarah kene leter dengan princess hati you tu. CEPAT KEMAS !!"

" ADUH sakit lah cik kak oi " Cepat cepat aku tutup telinga time tu. Wanie kalau jerit satu blog kondominium ni boleh gegar .

" Tau sakit , tu baru sikit tak kena dengan mummy you lagi , I tak nak telinga I berdarah sekali ."

" Yela dah la sana sana keluar . " Aku tolak wanie sampai keluar pintu bilik , sibuk je nak menempel dekat bilik ni. Tau la bilik ni cantik kemas lawa ( Tak actually )

" E'eh terima kasih kau mana "

" Takda " Jawabku sambil menjulur lidah mengejek hehe , kejam kan .

'Satu hari nanti aku kan bebas aiyaiya' Kedengaran lagu satu hari nanti nyanyian najwa latif berdering . Aku letak lagu tu sebagai Ringtone sebab lagu ni sebagai pembakar semangat la .hehe.

'Hazim Rizki ' Haish mamat ni kalau tak call aku sehari tak aman hidup dia agaknya . Nasib kawan dah lama . Hazim ni kawan time dekat UITM , kitorang ambil bidang business and managment dulu.

" Assalamualaikum Lily "

" Waalaikumsalam hm nak apa ?"

" Esok pukul 6.00 petang dekat Restoran Cinta Rasa k"

"For what ? "

" Datang je lah pakai cantik - cantik tau "

' Ok dah kenapa dengan dia ni '

" yeah I will , bye then "

" Bye "

Aku terus selongkar almari aku yang serba ada ni , cari apa ,tudung , baju , seluar , skirt semua ada. Mm terfikir jugak aku , kenapa mamat ni suruh pakai cantik cantik .

' Oh Gosh dia nak lamar aku tak ! . Eh tak mungkin , merepek la Lily . '

Malas la nak fikir lepas iron baju kemas bilik tidur ok set .

Misi Mencari AryanWhere stories live. Discover now