Bab 4

305 25 0
                                    

" OK cun semua dah siap , pakai tudung je tak lagi . "

Lega sikit lepas mandi . At least penat kerja tu dah hilang ,masa untuk isi perut pula hehe.

"Ting Tong" Loceng berbunyi, aku melangkah beberapa tapak untuk membuka pintu. Ingatkan si budak dua ekor tu . Rupanya..

"Hazim cepatnya sampai. Tunggu jap tau " Aku memberitahunya di balik pintu . Kalau dibuka buat dosa free je tayang rambut.

" Cepat ? pukul 6.10 kau cakap cepat.Aku tau pukul 6.15 kau dah siap" Hazim membebel di luar rumah. Kalau jiran nampak ni tak ke macam laki bini gaduh .

"Hish ye la aku tengah siap fast and furious la ni" Aku mendengus geram. Tudung shawl cotton dililit kemas . Bedak di letakkan sedikit di muka , dengan sedikit calitan lips balm dan hasilnya.

'Wow Perfector'

Aku memperagakan pakaianku dihadapan cermin besar yang terdapat di ruang tamu. Kelihatan ayu dan comel apabila aku memakai jubah modern yang baru dibeli di instagram . Warna hijau memang bersesuaian dengan aku . Aku berpusing pusing sambil terbayang akulah sang puteri yang akan mengahwini Aryan . Indah bukan? Iew gatal.

" Woi dah 6.15 dah kau buat apa Senah ?" Lamunanku terhenti apabila Hazim menyeru nama Cik Senah aka Cik Lily comel ( perasan lagi)

' Kacau daun la dia ni ' Aku bermonolog geram.

Setiap langkahku ditemani Molly ( kucing oren comel )

" Alololo tadi akak balik kamu tidur , tak boleh nak manja manja , dah pergi makan , akak dah beli whiskes untuk kamu, akak pergi dulu sayang " Sempat aku membelai bulu gebu Molly lalu menghadiahkan satu kucupan di kepalanya.

" Meow " Balas Molly. Dia bergolek golek manja minta di belai lagi . Aku hanya tersenyum melihat gelagatnya.

Aku menguak pintu perlahan tiba tiba ..

" Aduh sakit la Hazim!! " Aku menjerit kesakitan mana tidaknya Hazim mengetuk kepala aku jika sekali tidak mengapa ini dua kali . Sudahlah sakit bukan mahu minta maaf , diam sahaja . Aku mengusap kepala yang berkemungkinan benjol lantas menoleh kearah Hazim dengan muka masam mencuka .

Hairan ? Dia dah bisu ke ? Hazim menatap wajahku sehingga matanya tidak berkelip walau sesaat . Aku menepuk tangan di hadapan wajahnya . Berhayal barangkali .

" Kau dah kenapa pandang aku lama lama ." Terus dia menggelabah tak tentu hala ,aku mengerutkan dahi.

" Mana ada aku pandang kau aku pandang Molly perasaan la kau Senah. "

' Eleh cover malu la tu'

"Maaf kau mana ? "

" Ouh ya sorry beb , dah cepat terhegeh hegeh , kita dah lambat tau tak ."

" Sabar la hish becok "

______________________________

Hazim memakir keretanya di hadapan kedai Cinta Rasa . Jujurlah banyak juga duit mamat ni belanja aku dekat restoran mewah macam ni. Im impress .

" Dah jom masuk "

" Wei kedai ni macam tutup je, asal takda orang ? kita makan tempat lain je lah mamak pun ok apa?" Restoran mewah tapi takda pelanggan. Lagi buat aku ragu ragu nak makan dekat sini , keraguan aku bertambah bila Hazim yang pilih tempat macam ni ieww takda taste .Kesian boss dia . Pity you sir .

" Ah takda pelanggan lagi bagus kau jangan banyak cekadak eh Lily, jom"

" Hish annoying seh mamat ni " Aku hanya melangkah memasuki tempat itu . Satu langkah Hazim melangkah satu langkah aku menapak . Seram.

" Gelapnya tempat ni " Aku memandang Hazim dia tersenyum .

' OK ni lagi seram dari apa yang aku jangka '

" Masuklah cik Lily Aqisha " Hazim menjemput masuk . Aku masih teragak agak untuk masuk , seusai aku menarik kerusi mahu duduk .

" SUPRISE , HAPPY BIRTHDAY LILY " Cahaya lampu terus terbuka menerangi seluruh pelusuk restoran itu , Liyana dan Wanie berjalan seiring mendekatiku sambil membawa cake Red Velvet yang dihiasi lilin diatasnya , aku memerhati setiap penjuru restoran itu .Indah sangat indah . Restoran yang bertemakan tradisional sangat unik .

Nyanyian lagu keramat dinyanyikan beramai ramai. Mummy dan Daddy pun ada . Kawan sekerja . Aku terharu , air mata sudah bertakung dimata . Aku melihat wajah cake yang bakal dipotong. Saat itu air mata jatuh membasahi pipi. Aku ketawa lalu memeluk sahabat seperjuangan ku serta Mummy and daddy tercinta.

"Terima kasih semua sayang korang " Segera aku menyeka air mata , malu dibuatnya.

" Potong kek tu Lily aku dah terliur dah ni ." Jerit Opie rakan sekerjaku, suasana kian gamat dengan suara gelak tawa manusia . Indah bahagia.

Semua rakanku beratur ala ala kanak - kanak tadika semata mahu mengambil kek ini siap berebut lagi . Aku tersenyum girang.

" Lily ! duduk sini " Jerit Wanie , aku terus melangkah pergi kearah mereka , lalu menarik kerusi. Akhirnya dapat juga duduk .

" Beb korang kena rasa sedap gila kek ni " Kata Hazim , mulut masih penuh dengan kek ada niat juga untuk berkata. Becok betul .

Lantas aku menjamah kek tersebut perlahan lahan . Menghayati lah kata orang.

Beberapa saat selepas itu , badan aku rasa tidak selesa . Membuatkan semua yang berada disitu cemas.

" Lily kau kenapa Lily !! " Aku rebah tanpa bicara . Aku akui yang muka aku sudah berubah .Seperti lebam yang bersemadi di wajah.







Misi Mencari AryanWhere stories live. Discover now