Chapter 3 [Jangan buli dia!]

15 1 0
                                    


"Aduhh susahlah nak buat subjek matematik ni, masa aku kecil dulu fikir dah besar guna calculator jadi senang, sekarang guna calculator tambah susah pulak, haishh.. "

"Kau mengeluh apa ni Anis?"

" Ni haa" Berkerut muka Anis sambil menunjuk soalan matematik di buku aktivitinya

"Okay, benda ni simple je sini aku ajar"

-2min kemudian-

"Macam mana? Boleh ke?"

"Macam mana nak faham benda macam ni Shen? Susahlah, jomlah kita sama-sama berhenti sekolah"

"Tu bukan ke maksudnya lari dari masalah? Tak boleh macam tu Anis.. kau cuma kurang faham je, jom cuba lagi, nanti baru lah rasa senang, okay?"

"Okeh Shenn.."

Ini Shen, seorang murid dari kelab drama yang dikenali ramai orang, termasuk dalam golongan budak popular dekat sekolah jugak lah, dia pandai main alat musik macam gitar dan piano, dia juga budak taekwondo di sekolah ni, dia juga selalu tolong Anis selesaikan kerja sekolah dia, kasihan kadang temannya sering tidak datang ke sekolah, kawan yang lain juga dari kelas yang lain, Tetapi....

"Nah, sudah siapp"

"Woahh! Terima kasih Shenn! Pandainya kauu!"

"Heheh, biasa je tuu. Sebagai upahnya tolong belanja aku minum rehat nanti"

"No problem boss!"

------

-Di belakang sekolah-

"Hey budak cina, bukan ke aku dah suruh kau berambus dari sekolah ni? Tak sangka budak macam kau berani hadap kitorang hari-hari" buli1

"Hey hey, kalau tak nak berambus dari sekolah ni pun, bagi kitorang duit lah broo" buli2

*PLAKK

"HOIH! SIAPA YANG BERANI BALING AIR KOTAK NI DEKAT AKU? HABIS BASAH!!"

"Aku akuu!! HAHAHAHAH Badan besar sangat ke sampai tak boleh elak?"

"Haishh asyik tengok muka kau je yang nak kacau kitorang, berambus!"

"Aku? Berambus? CIKGUU ADA BUDAK MEMBULI CIKGU! CEPAT SINI SINI CIKGU!!"

"ARGH S##L LARI LARI!"

"HHAHAHAHA Takut ke tuuu?"

"Anis.. aku dah kata tak payah tolong aku.."

"wahai adikku Shen, kau kan kuat, kenapa tak nak lawan balik? Badan diorang je besar, otak kecik maa"

"Bukan Nis.. aku rasa macam menyusa-"

" SHUUHHH SHADAP! JOM IKUT AKU BELI AIR LAGI!! JOM JOM JOM!"

Anis menarik lengan baju Shen terus menuju ke kantin, Shen sering dibuli oleh budak-budak di sekolah kerana Shen adalah budak miskin di sekolah ini, ramai yang berdendam kepadanya kerana dia sering dipuji oleh guru kerana dia pandai, Shen juga berfikir dia ingin memindah ke sekolah lain, tetapi dengan Anis yang sering menolongnya saat di ganggu, juga merasakan Anis memerlukan pertolongan darinya saat kesusahan dalam pelajaran membuatnya tidak ingin meninggalkan sekolah ini.

"Sudah ye Shen? Semua ni bukan salah kau pun, diorang cuma jeles sebab otak diorang lambat gerak dari kau, jangan sedih okay? Sayang adik aku sorang ni- MAKCIK! SAYA NAK KEPAK AYAM TU- HEI NI NASI AKU,KENAPA KAU NAK AMBIK PULAK? ADA NAMA AKU KAT SINI! SHEN TOLONG AKU!"

"Pft- HEHAHAH.. Anis! Sini sinii!"





My Bakery ShopWhere stories live. Discover now