Tepat pukul 12 tengahari, suasana sekolah yang aman, angin di tingkap ditiup halus...
Sebab sekarang kelas matematik, siapa je berani bercakap dalam kelas bila ada cikgu garang?
"Andai aku burung,mesti best kalau terbang, pusing sini sana, lepastu buang air merata kena kepala orang... Eh deja vu pulak dulu ada burung gagak buang air terkena kepala aku masa umur 4 tahun, rasanya gagak tu dah arwah dah ke?"
Kata Anis didalam hati sambil mata yang menjeling ke tingkap.Anis yang sudah hampir terlelap dengan susasana kelas yang sunyi dan membosankan, apatah lagi tidak boleh tidur begitu sahaja kerana guru telah memberikan tugas untuk siapkan sebelum guru keluar.
"Ach-! Astt.. poo?(apa?)"
Anis yang tiba² dicubit Naira"Aish, aku 'pstt psstt' kau tadi tak dengar, nih sini tengok jawapan aku cepat"
Bisik Naira ke Anis sambil menghulurkan kerjanya ke meja Anis.Yang sudah pasti Anis tidak akan menyiapkan kerja sekolahnya jika tidak mengetahui jawapan, apatah lagi dengan subjek yang susah dipahami seperti matematik ini, sedangkan Bahasa Inggris sering mendapat markah tertinggi di kelas, mungkin kerana sudah terbiasa menonton kartun dari negara luar.
"Thanks, Ra! Sayang kauu" bisik Anis
"Cepat, nanti cikgu nampak"
———————
-Pulang sekolah-" HOOAAAM-! "
"Besarnya mulut kau menguap Nis, harini ada kelas tambahan, lepastu kau kena pergi kelab memasak kan? Harini cikgu korang nak ajar masak apa pulak?"
"Ughh.. tak tahu lah, harini kita patut balik pukul 3 kan? Bukan cikgu yang panggil kitorang tapi ketua kelab tu yang panggil, disebabkan ketua kelab tu suruh datang meeting tiba² aku kena balik pukul 4 agaknya, kalau dia suruh bakar kek, memang aku diam² lari lahh"
"ekhem.. lari? Kamu nak lari seratus meter kat padang ye?"
"Ack! Ket- Ketua?! AHHAHAHAH Tak Tak! Saya cuma main² dengan kawan saya saja! Kan Naira kan kan?"
Tanpa sedar yang berjalan dibelakang Anis dan Naira selama ini adalah ketua kelab memasak Anis! Fuh habislah sudah didengar semua bebelan yang keluar dari mulut Anis sendiri tentang kelabnya!
"Saya nampak pontensi kamu dalam bidang memasak, tapi tak perlulah buat saya rasa macam nak masak mulut kamu tu!"
"Hahaha sabarlah Khai, mungkin ada betul jugak awak tiba² mulakan meeting selepas kelas tambahan adik² kelas kita ni"
"Ye! Betul cakap Shen! Kenapa nak meeting tiba² ni? Ada orang curi peti sejuk dapur sekolah ke?"
"Lebih kurang macam tu, ada budak dah curi pengisar dapur sekolah kita, ataupun.. kamu yang ambil? Boleh tengok meja kelas kamu? Takkan pengisar boleh ada dalam beg kecik yang kamu bawa ni pulakan?"
"Eh! Kenapa pulak aku nak ambik barang macam tu? Aku bukannya pandai pakai blender tu, cuba kau fikir lagi apa guna blender tu?"
"Ouh berani pakai aku kau dengan abang kelas ye?"
"AHAAA~ Saya dah lambat nak pergi kelas! Aniss aku jalan dulu tauu!!"
"WOIH NAIRAA??!"
"Hah? Tak ikut lari sekali ke dengan kawan kau tu?"
"hei, nak gaduh ke?"
Mata kematian yang saling menatap, Anis yang tidak ada sifat mahu mengalah, Khai si ketua kelab yang lebih tua dari Anis tidak mungkin mahu mengalah dengan adik kelas
"Sudah sudah, Anis pergilah ke kelas tu, nanti lambat, harini kelas sejarah kan? Nanti lambat kena denda."
"WEIH AKU LUPA CIKGU KAMAL AJAR SEJARAH! THANKS SHEN INGATKAN!"
Lajunya Anis berlari menuju ke bilik kelas tambahannya"Aish lari pulak budak tu. Shen, nampak macam kau kenal dia"
"Ouh, tulah Anis, kan betul aku kata yang dia tu berani melawan balik, tapi tak dengan guru lah, mungkin sekarang dia tengah penat?"
"Wah.. macam mana lah malaikat yang baik hati macam kau boleh berkawan dengan aku yang selalu marah orang ni"
"Hahahaa, tak payah puji lah, terima kasih jugak sebab kau jadi kawan aku"
———————
Ini Khaj, satunya kawan sekelas dengan Shen. Merupakan watak yang tegas kepada semua junior yang tidak patuhi arahan sekolah, dia dijadikan ketua kelab memasak kerana prestasinya di dalam kelab nya ada yang paling tertinggi dari semua pelajar, dia juga mahir dalam memasak dan membuat pencuci mulut.
Apa yang dirancangkan oleh Khai untuk bertemu dengan semua ahli kelabnya?
YOU ARE READING
My Bakery Shop
Short StoryKisah hidup ringkas kanak² perempuan bernama Anis yang mempunyai masalah tumpukan perhatian terhadap pembelajaran tetapi sangat berkemahiran dalam memasak. Selain itu juga dia mahir dalam bermain gitar dan menjahit. ----- A simple life story of a gi...