chapter 9 [Janji]

6 1 1
                                    

"..is...

..nis..

ANIIS CAHAAYAA!!"

"WOUH WA— WAALAIKUMUSALAM!"

"AHHAHA Kau buat apa tidur kat bilik ni lagi? Bangun bangun, ni beg Anis, Naira dah bawa kan, jom balik!"

"Ouh Nar.. wei Naira, kau ada pergi mana² ke balik ni?"

"Eh? Takde pulak, tpi kat padang tadi ada jual², nak belanja Naira ke ehehh?"

"Hah boleh lah, jom!"

"Woih kau patut terus balik makan ubat"

"Alah aku sihat dah"

"Haish ada kawan love language bagi duit betullah"

_________

"Nis, macam mana keadaan ibu kau?"

"Ibu eh? Lama aku tak melawat dia sejak dah masuk tingkatan 3 ni.. banyak jugak nak kena fokus belajar, aku dah pilih nak masuk Kolej Vokasional tahun depan"

"Uish Kolej Vokasional yang ada masak tu? Kau ambik aliran apa?"

"uhh kulinari dengan reka fesyen.. aku suka menjahit, tapi kalau masak lagi senang rasanya"

"Wahh hebatlah Anis! Boleh tahu pilih yang mana! Reka fesyen mesti susah nak kira ukuran kain, kalau memasak mesti kena hafal resepi kan?"

"Haah, macam tu jugak lah.. Aku cuma harap aku dapat pergi jauh dari sini.."

"Ada masalah rumah lagi? Kau memang tak nak cerita kan?"

"Haha! Kalau aku cerita mesti kau menangis dengan kisah aku, cehh tapi takde lah teruk mana. Aku rasa benda ni tak perlu kot aku cerita kat siapa², benda yang dah lepas kena biarkan je"

"Anis.. itu bukan cerita buruk, tapi trauma, Naira tahu Anis mesti takut nak buat benda yang sama.. sebab kau selalu KAmBuh SEmulA MASaLah tu"

"Hah.. tak apa.. memang aku tak faham kenapa selalu berulang je hidup aku ni, umur meningkat, masalah yang sama menimpa.. tanda nak meninggal ke? AHHAHA"

"HEIH! KENAPA CAKAP MACAM TU?! Umur kau panjang lagi tau! Taubat lah dulu!"

"Sorry Naira.. aku rasa kau memang takkan faham situasi aku, tapi kau cuba nak bagi aku semangat je.. janji dengan aku satu benda.. tolong jangan tinggalkan aku, walaupun semua orang menjauh dari aku kerana sebab.."

"Hm, Anis memang pelik ye.. Janji!"

"Satu soalan.. kalau kau dapat tahu, Anis yang kau kenal ni bunuh seseorang, apa yang akan kau buat?"

'. . . Anis? Apa yang buat? Soalan apa ni?"

"AHAHA! Takde apa! Aku nak test saja maaa, so kau buat apa? Jauhkan diri dari aku?"

"Haihh.. kalau Anis bunuh sebab nak lindung diri, Naira tetap janji takkan tinggalkan Anis.. Tapi kalau memang niat untuk bunuh sesuka hati atau untuk nak suka², mungkin Naira akan menjauh juga"

"Macam tu ye? Maksudnya Naira tak tinggalkan Anis lah kan?"

"Hahaha, Anis ada bunuh orang ke sekarang ni? Tentu lah Anis tetap kawan Naira!"

___________

" . . . "

*Krekk*
"Assalamualaikum.. "

"Eih nis, lambat pulak balik"

"Nah kepak ayam, aku pergi padang tadi"

"Padang mana?"

"Padang masyar"

"HAHA Lawak sangat! Aku tanya padang yang mana bodoh!"

"Padang jelah! Yang ada festival apa tah tu, akak pergi lah tengok sendiri!"

"Apa kau ni? Masuk rumah terus marah²?"

"Ha yelah, sorry.. heish.. "

My Bakery ShopWhere stories live. Discover now