Chapter 6 [Lambat]

8 1 0
                                    

"Aduhh kena denda pulak kena salin 3 muka surat buku sejarah, serius mengantuk dari kelas tadi, tengok lah dah pukul berapa, lambat nak pergi meeting kelab, mesti ketua marah aku nanti uhh"

Anis yang dari bilik kelas tambahan sejarah belari pergi ke dapur sekolah kerana ada perjumpaan kelab masakan, jarak bilik sejarah ingin ke dapur sekolah sangat jauh, ambil masa 6 minit jika berlari ke sana.

Hampir 1 langkah tangga sudah sampai ke dapur sekolah, kaki Anis secara tiba² berhenti. . .

"Sekarang dah tepat pukul 4, diorang semua dah habis meeting ke? Aku tak dengar suara orang pun.." kata Anis dalam hati

Anis yang langkah perlahan-lahan di 2 koridor bilik yang hampir menuju ke dapur sekolah.

"Kenapa pintu tak tutup lagi? Tak habis lagi ke?. . . Takde orang pun"

Anis yang mengintai dari sudut tepi pintu tidak kelihatan sesiapa di dalam.

"Aihh dah balik lah tu.. eish siapa yang biarkan kipas tak tutup tu?"

Anis masuk ke dapur sekolah sambil mendongak ke kipas di siling.

*BUK!

"Eih? Kamu ok tak?"

"eh? Ketua? Asal tak balik lagi?"

Anis yang terlanggar kotak yang diangkat oleh ketua, ternyata masih ada orang di dapur ini.

"Patutnya saya yang tanya kenapa kamu kat sini, tengoklah jam dah pukul berapa, tadi baru saja ada pak guard bagi saya masa 1 jam sebab nanti dia nak tutup pagar sekolah ni"

"uhh, saya sebernanya nak minta maaf sebab lambat datang meeting, tadi saya kena denda siapkan kerja sebab tertidur dalam kelas tambahan tadi, saya jugak nak minta maaf sebab dah terkasar cakap dengan ketua, maaf... "

Kata Anis sambil menunduk ketika meminta maaf ke ketua.

Kotak yang diangkat diletakkan di meja.

"Okay, saya maafkan kamu sebab dah cakap kasar dengan saya, tapi tak perlulah minta maaf sebab terlambat datang meeting ni, meeting dibatal kan heheh"

"Eh? Batal? Kenapa pula?"

"Alah, tadi takde sorang pun yang datang, sebab tu saya rasa batalkan je lagi senang, tahniah untuk kamu, dah kena denda pun masih berlari datang kesini sebab nak minta maaf, padahal kamu orang pertama sampai meeting. Semua ahli kelab kata nak datang, tapi akhirnya yang kata tu semua takde, kamu yang kata dari belakanng tak nak datang tapi datang jugak ye?"

"Lahh, serius lah saya sorang je sampai dulu, saya ingat semua baru saja balik dari meeting, sebab tu saya datang dulu nak tengok kalau ada orang lagi ke tak, mana tahu kalau ketua tunggu semua datang dulu baru nak mulakan meeting ni"

"Aih, saya takde lah cerewet sangat kalau nak wajibkan semua datang, takpelah ihklaskan je, btw pakai 'aku kau' je, tak biasalah pakai 'saya awak kamu' ni, rasa lembut sangat en"

"Bolehlah kan aku cakap macam ni? Sebab kau kan senior, lagi tua dari aku, tak nampak macam tak hormat ke?"

"Halah, senior pun boleh jadi macam membe jugak, kita ni beza setahun jelah en. Eh jomlah balik, dah pukul 4.20 ni, nanti kena panjat pagar sekolah kalau nak balik"

Sambil berjalanpun Anis dan Ketua masih lagi bersembang sehingga di hadapan garaj motor

"Tadi kau kata membe ehh? Okeh okeh, aku Anis Cahaya, boleh panggil Anis ataupun nak lagi singkat boleh panggil Nis"

"Eih kita dah sembang lama tapi tak bagi tahu nama eh? Khairul Amirin, boleh panggil aku Kha-AAIH!"

Khai yang terjatuh kerana kaki termasuk ke lubang longkang

"Khai? Haahh! Khai longkang! AHAHAHA!"

"EIH KAU TADI TERLANGGAR KOTAK KAN? ANIS KOTAK PINGGAN!"

"EH KENAPA PULAK 'ANIS KOTAK PINGGAN'?"

"SEBAB DALAM KOTAK TU ADA PINGGAN HAHAHAH!"

Akhirnya Anis dan Khai sudah menjadi rakan yang seperti adik dan abang, bukan adik abang yang lembut kepada sesama sendiri, malah membuli sesama sendiri.

My Bakery ShopWhere stories live. Discover now