1

27 3 0
                                    

Nama aku Tengku Ian Eskandar. Merupakan seorang pelajar dari Horizon International Secondary School. Aku menetap di Kuala Lumpur. Keluarga ku memiliki sebuah syarikat yang besar dan maju yang bernama Hariz's Sdn Bhd dan aku merupakan bakal CEO di syarikat itu. Selepas aku menjalani peperiksaan SPM, tugasku sebagai seorang pelajar yang bakal berhenti sekolah dan bakal CEO di syarikat bapaku sangat meletihkan. Selepas pulang dari sekolah, aku akan pergi ke syarikat untuk mengemas kertas kerja dan menandatangan kesemua kertas kerja itu.

"Hi sweetheart. Sweetheart kat mana ? Busy tak ?" tanya Ian kepada Ariana melalui telefon

"Oh tak busy pun. Why ?" balas Ariana

"Hehe kuar jom ! Ian bosan la hadap kertas 24 jam" balas Ian dengan nada yang gembira

"Ha tu la. Lain kali tunang terus dengan kertas kesayangan awak tu. Kasi saya 10 minit. Saya nak bersiap" kata Ariana sambil memerli Ian

"Yahuu. Okay sweetheart. Take your time. Kejap lagi Ian sampai. Nanti Ian call" balas Ian lalu meletakkan telefon

Beberapa minit kemudian, Ian bersama kereta Audi R8 miliknya tiba di kediaman Ariana. Kelihatan juga Ariana yang sudah terpacak di depan pintu pagar rumahnya bersama muka tidak puas hati. Ariana menaiki kereta Ian lalu menjeling Ian.

"Hehe. Sorry lambat. Jalan jam tadi. Ada accident" kata Ian sambil menggosok belakang lehernya

"Ish. Lain kali call la. Lambat mengalahkan perempuan bersiap" perli Ariana sambil menyilangkan tangannya

"Ala sorry la sweetheart. Merajuk ke ? Tak jadi la nak beli aiskrim kalau merajuk" kata Ian sambil memegang stereng kereta

"Hah ? Aiskrim ? Eh mana ada saya merajuk. Saya okay je ni" kata Ariana sambil tersenyum manis

"Dengar aiskrim terus tak merajuk ye. Okay la, kita pergi aiskrim dulu. Nanti baru kita pergi dating" balas Ian sambil tangan kirinya memegang tangan Ariana dan tangan kanannya memegang stereng.

Selepas membeli aiskrim dan berjalan jalan di sekitar mall, mereka berdua singgah di sebuah bukit yang sangat terkenal untuk dating. Ariana dan Ian duduk disitu beralaskan dengan tikar yang dibawa oleh Ian bersama dengan beberapa kuih.

"Sweetheart tunggu sini jap eh. Ian nak pergi toilet" kata Ian sambil bangun

"Okay. Jangan lama lama" balas Ariana yang sedang makan sandwich

Ian berlalu dan pergi ke keretanya untuk mengambil bouquet baby breath yang ada di dalam bonnet keretanya. Ian menggunakan alasan untuk ke tandas bagi mengelakkan suprisenya kantoi. Semasa dalam perjalanan untuk ke Ariana, Ian ternampak seorang lelaki yang mencurigakan sedang memandang Ariana dari jauh.

"What are you doing bro ?" tanya Ian dengan nada yang dingin

Lelaki itu terus berlari selepas dengar suara Ian tetapi malangnya Ian bertindak untuk menarik kolar baju lelaki itu.

"I ask you a simple question. What are you doing ?" tanya Ian sekali lagi

"T-tak de pape" balas lelaki itu dengan nada tergagap gagap

"You're lying. Tell me the truth or else, you'll never see this world again" kata Ian dengan nada yang serius

Seluruh badan lelaki itu menggigil dan merayu untuk dilepaskan. Dia merasakan aura tersembunyi yang ada pada diri Ian. Selepas 2 minit bergelut dengan lelaki itu, Ian mengambil keputusan untuk melepaskan lelaki itu memandangkan Ariana telah menunggu dengan masa yang agak lama.

Kehilangan Tanpa KebenaranWhere stories live. Discover now