4

5 1 0
                                    

Beberapa minit kemudian

Ariana tiba di pintu masuk kafe. Kelihatan air Ian sudah hampir separuh.

"Sorry I'm late. Ada traffic jam tadi" kata Ariana sambil duduk di kerusi

"Oh sokay" kata Ian dengan nada yang agak sedih

"Ian ? What's wrong ? Ayah marah lagi ?" tanya Ariana sambil menunduk sedikit untuk melihat muka Ian

Ian tidak berkata apa apa. Dia hanya menunduk dan matanya telah berair.

"Ian. Jangan la macam ni. Ariana tak suka tengok Ian macam ni" kata Ariana bersama matanya yang sudah hampir berair

Sesungguhnya, Ariana seorang yang sangat baik dan sangat mengambil berat tentang Ian. Lagi lagi apabila mengetahui keadaan Ian yang sering dikongkong oleh ayahnya. Lain pula dengan Ian. Ian seorang yang baik hati tetapi sukar untuk mengambil berat tentang tunangnya kerana dirinya dikongkong oleh ayahnya. Tetapi Ian sanggup melakukan apa sahaja untuk melindungi tunangnya itu.

"Ian dah penat la. Hari hari kena marah macam ni. Ian tebalkan muka. Tak nak malu depan orang. Nak tunjuk diri Ian kuat tetapi sebaliknya, Ian sebenarnya tengah hancur. Ayah tak pernah fikir perasaan Ian langsung. Ayah pentingkan diri. Ian sakit pun ayah tak ambil kisah. Tak ambil tahu. Ayah just nak company dia sentiasa maju tapi ayah lupa. Siapa yang majukan syarikat tu. Kalau bukan disebabkan penat lelah Ian, company tu maybe tak akan maju macam sekarang. Kadang Ian fikir, ayah sebenarnya betul betul sayangkan Ian atau ayah mempergunakan Ian semata mata" luah Ian dengan panjang lebar

Ariana yang mendengar segala luahan Ian hanya mampu berdiam diri kerana tidak mampu berkata apa apa. Ian juga hanya menundukkan kepalanya kerana tidak mahu tunangnya melihat keadaan mukanya yang sedang nangis.

Selepas beberapa minit Ariana memujuk Ian, akhirnya Ian lega dan berhenti menangis. Mereka mengambil keputusan untuk pulang ke rumah kerana sudah pukul 10 malam. Kafe juga sudah hampir tutup. Ian bangun dari kerusi dan pergi ke kaunter untuk membuat pembayaran. Selepas membuat pembayaran, mereka berdua mengucapkan selamat tinggal dan Ian juga mengucapkan terima kasih kepada Ariana kerana mendengar luahannya pada malam itu.

Melihat Ariana yang hampir hilang dari pandangan, Ian mengucapkan selamat tinggal kepada pekerja pekerja kafe. Tiba tiba, ada seorang pekerja menegur Ian.

"Tuan. Nah ice latte. Saya tengok tuan macam sedih. Saya buat special untuk tuan. Saya belanja hehe" kata pekerja itu sambil menghulurkan air tersebut

"Oh thanks" kata Ian sambil mengambil air itu lalu melihat tag nama yang ada pada apron pekerja itu

"Hakimi. Thank you, Hakimi" Ian berkata lagi sambil tersenyum

"You're welcome tuan. Tuan hati hati balik" balas pekerja itu sambil menunduk hormat

Ian hanya mengangguk dan berlalu pergi. Ian menunggang motosikalnya dan menyinggah di sebuah tempat kegemarannya sejak kecil iaitu pantai. Ian menongkat motosikalnya dan turun dari motosikalnya. Ian bersandar pada kerusi motosikalnya lalu mencabut helmet dan menutup matanya bertujuan untuk menenangkan fikirannya. Tiba tiba, telefon bimbitnya berdering. Terpapar nama "ibu" di skrin telefon itu.

"Ian kamu kat mana sekarang ?" tanya Puan Sara dengan nada yang tergesa gesa

"Dekat pantai. Tenangkan fikiran sekejap. Kenapa ibu ? Kenapa macam rushing ?" tanya Ian dalam keadaan tidak tahu apa apa

"Kamu terus gerak pergi hospital sekarang. Ariana accident. Langgar lari" kata Puan Sara

Panggilan itu tiba tiba terputus kerana line di situ sangat lemah. Jantung Ian berdegup dengan kencang. Tanpa membuang masa, Ian terus menunggang motosikalnya lalu bergegas ke hospital.

Kehilangan Tanpa KebenaranWhere stories live. Discover now