10

8 2 0
                                    

Semasa tiba di depan pintu syarikat, Ian meminta tolong pengawal peribadinya untuk meletakkan keretanya di tempat letak kenderaan khas. Semasa dia sedang menuju kearah pintu depan syarikat, Ian ternampak satu sosok badan yang sangat dikenalinya.

Ian terus pergi ke wanita itu lalu bertindak untuk menarik beg tangannya dan menyebabkan badan wanita itu terpusing menghadap Ian.

"ARIANA" jerit Ian lalu memeluk tunangnya itu

"Awak pergi mana selama ni ? Saya fikir awak betul betul tinggalkan saya" tanya Ian dengan nada cemas sambil tangannya memegang erat bahu Ariana

"Ian .." kata Ariana dengan nada yang lembut

"Jawab Ariana. Jangan biarkan saya terpinga pinga" balas Ian

"Saya sebenarnya tak tinggalkan awak 3 tahun lepas. Jantung saya terberhenti seketika. Doktor yang bedah saya tu buat pertolongan pernafasan dan jantung saya berdegup balik" jelas Ariana

"Saya kena bagitau ayah. Jom ikut saya balik rumah" ajak Ian

"Tak perlu. Mereka semua dah tahu. Only you yang tak tahu keberadaan saya. Lagipun, abah dan ayah dah berpakat dan arahkan saya untuk lupakan awak. I'm sorry Ian but I need to go. Flight saya akan berlepas tak lama lagi. Thanks for everything" ucap Ariana

"Awak nak pergi mana ? You want to leave me again ?" tanya Ian

"Kemana saya pergi, tak perlu lah awak tahu. I just want you to know that I still love you. Saya pergi dulu" Ariana menunduk sedikit lalu beredar

Ian yang masih terpinga pinga bertindak menarik tangan Ariana dan memeluknya.

"Thanks for everything, sweetheart. Take care and I love you. Bukan sikit tapi tak terkira" kata Ian dengan nada yang perlahan. Cukup hanya Ian dan Ariana sahaja yang mendengar.

Pelukan Ian sangat erat dan hangat. Tanpa disedari, air mata Ariana mengalir. Ariana melepaskan pelukan itu dan memberi senyuman kepada Ian lalu pergi meninggalkan Ian.

"Till we meet again, sweetheart" kata Ian dengan perlahan lalu Ian menunduk hormat kepada kereta Audi RS7 yang dinaiki oleh Ariana. Cukup lah hanya dia seorang sahaja yang tahu betapa sayangnya dia terhadap wanita yang bernama Ariana itu.

KEHILANGAN TANPA KEBENARAN
TAMAT

Kehilangan Tanpa KebenaranWhere stories live. Discover now