Ian pergi ke pejabatnya yang satu lagi dengan menaiki motosikal Yamaha R25 manakala Danial menaiki Lamborghini Aventador milik Ian. Semasa sampai di pejabatnya, kelihatan Jimmy sudahpun berada di situ dengan darah yang sedikit mengalir dari dahinya.
"Hi Jimmy. Welcome to my office. Disini, penipuan ialah larangan keras dan hanya kejujuran yang dibenarkan. Tell me why did you do that" kata Ian sambil memegang pisaunya
"I'm sorry sir. I didn't know she's yours" balas Jimmy dengan badan yang sudah menggigil
"You know what. Sesiapa yang sentuh milik aku, akan mati di tangan aku " bisik Ian di telinga Jimmy
Jimmy yang ketakutan itu berulang kali meminta maaf dan meminta untuk dilepaskan. Dia juga berjanji untuk keluar dari Malaysia dan berhanti membuat kacau.
"Aww really ? So sweet. No sorry for you. Jimmy, welcome to hell" kata Ian lalu menembak kepala Jimmy
"Tanam" kata Ian lagi lalu meninggalkan pejabatnya
Ian pulang ke kediamannya dan masuk ke dalam biliknya. Dia merebahkan badan di atas katilnya. Dia tenung siling dan tanpa disedari, air matanya mengalir. Akhirnya, selepas beberapa minit menangis, Ian tertidur di atas katilnya. Beberapa jam kemudian, Ian tersedar lalu bangun dari katilnya. Dia mengambil keputusan untuk membersihkan dirinya dan keluar untuk bersiar siar. Selepas beberapa minit membersihkan diri, Ian keluar dari bilik mandinya. Ian hanya mengenakan baju berlengan panjang berwarna hitam dan seluar panjang berwarna hitam. Ian melangkah keluar dari rumah dan menunggang motosikal BMW S1000RR miliknya.
Ian perasan sebuah kereta sedang mengikutnya dari belakang tetapi Ian tidak syak apa apa. Semasa Ian sedang menikmati angin semasa sedang menunggang motosikalnya, tiba tiba kereta itu meluru kearahnya lalu merempuh Ian. Ian tercampak dari motosikalnya dan kepalanya terhantuk kuat diatas jalan menyebabkan helmetnya pecah sedikit. Pandangannya kabur. Terlalu ramai orang berkerumun di sekelilingnya. Ian pengsan ditempat kejadian.
YOU ARE READING
Kehilangan Tanpa Kebenaran
FanfictionSeorang pemuda yang kehilangan tunangnya akibat kemalangan jalan raya. Adakah benar pemuda itu kehilangan tunangnya atau ada cerita disebalik kemalangan tunangnya itu ? Mampukah pemuda itu bertahan tanpa tunangnya disisi ?