6

6 1 0
                                    

Keesokannya

Ian tersedar kerana mendengar bunyi deringan dari telefon bimbitnya. Terpapar nama "ibu" di skrin telefonnya. Ian tidak mengendahkan panggilan telefon itu dan mengambil keputusan untuk membersihkan diri sebelum mendaftar keluar dari hotel itu. Selepas beberapa minit membersihkan diri, dia mengemas barang dan melangkah keluar dari biliknya. Dia juga mendaftar keluar dari hotel dan menunggang motosikalnya untuk pulang ke kawasan kediamannya. Dia pulang ke rumahnya dan bukan ke rumah ibubapanya. Hampir 2 minggu dia tidak pulang ke rumahnya. Kelihatan rumahnya masih tersusun rapi kerana pembantu rumah akan datang 2 kali seminggu untuk membersihkan rumahnya. Helmet helmetnya masih tersusun rapi di rak yang disediakan.

"Tuan dah balik ?" tanya pembantu rumahnya sambil menunduk hormat

Ian hanya mengangguk dan berlalu pergi. Pembantu rumahnya tidak mahu berkata apa apa kerana dia tahu keadaan tuannya itu. Dia juga turut bersimpati dengan kematian tunangnya itu. Ian melangkah masuk ke dalam biliknya dan merebahkan badan keatas katilnya yang bersaiz king itu. Ian hanya termenung. Tidak berbuat apa apa. Dia mengenangkan semua memori suka dan duka ketika bersama dengan Ariana. Tanpa disedari, air matanya mengalir. Dia tidak mampu berbuat apa apa. Dia juga tidak tahu tentang keadaan keluarganya. Mungkin juga mereka pergi ke pengebumian tunangnya atau sebaliknya. Dia tidak mahu pergi kemana mana kerana tidak mahu meratapi pemergian Ariana.

Beberapa jam kemudian, Ian pergi ke pejabatnya yang terletak jauh dari kediamannya setelah orang suruhannya memberitahu mereka telah menjumpai pelaku yang menyebabkan kemalangan Ariana. Ian mengenakan suit serba hitam dan menaiki motosikal Yamaha R25 miliknya.

 Ian mengenakan suit serba hitam dan menaiki motosikal Yamaha R25 miliknya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dengan pecutan, Ian sampai di depan pejabatnya dalam masa 20 minit.

"WHERE'S HIM" jerit Ian lalu menyebabkan pelaku itu tersentak dan menggigil ketakutan

"Kat bilik bawah tanah, tuan" balas orang suruhan Ian

Ian pergi ke bilik bawah tanah dengan riak muka yang dingin. Ian tersenyum sinis melihat pelaku itu diikat di sebuah kerusi kayu.

"Hi bro. We meet again. So, what should I call you ?" tanya Ian dengan nada yang tenang bersama riak muka yang dingin dan sedikit senyuman

Tiada jawapan dari pelaku itu. Ian yang tadinya masih bersabar sudahpun mencapai limit kesabarannya.

"I ask you a simple question and you can't answer it ? Okay fine, sir. Let me show you something special. Only for you, sir" kata Ian sambil mengambil pisau dari sebuah kotak disebelahnya lalu mencungkil sedikit di peha pelaku itu

"ARGH" pelaku itu menjerit kesakitan

"Just answer my question" kata Ian sambil tersenyum sinis melihat pelaku itu menjerit

"JAMES. MY NAME IS JAMES" jerit pelaku itu

"Good" balas Ian lalu menarik pisau itu kembali

"Now tell me. Who's your boss ? Kenapa kau buat macam tu and apa plan korang" tanya Ian sambil mengelap pisaunya yang dipenuhi darah

"HAHAHAHA. Wrong person dude. Cari lah sendiri" James tergelak kerana menganggap semua ini lawak

"You think this is funny ? Let me show you that is really funny" kata Ian lalu dia bertindak mencucuk pisau di bahu James

"ARGH SHIT. OKAY I'LL TELL YOU. STOP" jerit James

Ian menarik pisau itu dan menyuruh orang suruhannya mengambil kerusi untuk dia duduk.

"Okay now tell me" kata Ian sambil menyilang kakinya

"Jimmy. Dia boss aku. Jimmy kata dia tanak tengok kemajuan company Zarif. Dia suruh aku bunuh anak dia. Tu je. Tade dah" terang James dengan panjang lebar

Ian hanya mengangguk dan mengambil pistol Glock 19 nya dan menembak lelaki itu.

"Pergi tanam mayat dia. Kemas semua darah dia and makesure tade setitik darah pun dari dia. Danial, follow me" kata Ian lalu beredar dari situ

Ian dan Danial pergi ke pejabat Ian di Hariz's Sdn Bhd. Kelihatan pekerja pekerja sedang sibuk membuat kerja masing masing. Mereka yang Nampak Ian dan Danial hanya menunduk hormat dan menyambung kerja masing masing. Danial hanya mengikut Ian dari belakang.

"I want you to find information abou that stupid Jimmy. Tell me everything about him and makesure tiada info yang terlepas dari pandangan kamu" kata Ian sambil duduk di mejanya

Danial hanya mengangguk dan mengeluarkan Macbook lalu terus membuat kerjanya. Ian yang berada di mejanya sedang bertungkus lumus menandatangan kertas kerjanya. Beberapa minit kemudian, assistant Ian masuk ke pejabatnya.

"Oh sorry for disturbing you. Tuan ada meeting pukul 2 petang nanti" kata assistant itu

"Boleh tak meeting tu saya tak pergi ? Saya busy sikit harini. Awak tolong handlekan meeting tu. Ni semua yang kena bagitau untuk meeting tu. Apa apa perubahan, nanti saya call" kata Ian sambil menghulurkan kertas lalu kembali menandatangan kertas di atas mejanya

"Baik tuan. Saya minta diri dulu" balas assistantnya sambil mengambil kertas yang diberikan oleh Ian lalu menunduk hormat

"I found it, sir. Jimmy, 38 tahun, mempunyai 2 orang anak, ada syarikat yang hampir bankrupt akibat kemajuan Zarif's Sdn Bhd" kata Danial sambil menulis info tentang Jimmy di buku notanya

"2 orang anak ? Kesian. Their dad gonna meet god soon. Shame on him. He mess with the wrong person" balas Ian sambil tersenyum sinis

"Thalia, saya tak masuk office maybe in 3 or 4 days. Nanti tolong settlekan sema kerja okay ? Thanks" kata Ian melalui telefon kepada assistantnya

"Based on information given, go find him and bring him to boss. Kami tunggu kat office" kata Danial melalui telefon kepada orang suruhan Ian

Kehilangan Tanpa KebenaranWhere stories live. Discover now