Selepas keluar dari hospital, keadaan Ian sangat berbeza jika hendak dibandingkan dengan dirinya yang 3 tahun lalu. Dirinya yang sekarang memiliki baran dan sering berasa ingin marah walaupun dengan perkara yang kecil. Dia juga tidak mengendahkan arahan dari ayahnya.
Ian mengenakan suit untuk ke pejabat.
Semasa dia sedang turun dari tangga, dia melihat Encik Hariz di ruang tamu.
"Kamu nak ke mana ?" tanya Encik Hariz yang sedang membaca surat khabar
"Nak pergi office" balas Ian dengan nada dingin
"Tak payah. Duduk rumah" kata Encik Hariz sambil memerhati anak lelakinya yang sedang membaiki tali lehernya
"Suka hati Ian lah. Kenapa ayah nak sibuk hal Ian? Ayah bukannya ambil kisah pasal Ian" balas Ian dengan nada suara yang sedikit tinggi
"Tengku Ian Eskandar, jangan biadap. Sebab ayah ambil kisah tentang kamu lah ayah suruh kamu duduk rumah. Kamu nak jadi macam kejadian 3 tahun lepas ? Kamu kehilangan Ariana dan ayah hampir kehilangan kamu" Encik Hariz bangkit dari kerusi dan bertindak menarik kolar baju Ian
"AYAH TAK PAYAH CAKAP MACAM AYAH SAYANG IAN. IAN HILANG ARIANA SEBAB AYAH. KALAU AYAH TAK MARAH IAN HARI TU, SEMUA NI TAK TERJADI" Ian menaikkan nada suaranya dan menepis tangan Encik Hariz
Encik Hariz terkejut. Ian terus keluar dari rumah dan meninggalkan kediamannya itu. Encik Hariz sedar. Dia lah punca segalanya. Punca anaknya kehilangan tunangnya.
Ian menaiki kereta Audi R8 miliknya. Dia memandu keretanya dan menuju kearah office. 3 tahun lepas, dia mungkin seorang bakal CEO tetapi tidak sekarang. Dia merupakan seorang CEO yang sangat disegani oleh semua pekerja.
YOU ARE READING
Kehilangan Tanpa Kebenaran
FanfictionSeorang pemuda yang kehilangan tunangnya akibat kemalangan jalan raya. Adakah benar pemuda itu kehilangan tunangnya atau ada cerita disebalik kemalangan tunangnya itu ? Mampukah pemuda itu bertahan tanpa tunangnya disisi ?