Di hospital
Ian terus pergi ke kawasan kecemasan. Kelihatan Encik Zarif iaitu abah kepada Ariana dan Puan Iris iaitu umi kepada Ariana sedang duduk dikerusi dengan muka yang gelisah. Ibu bapa Ian turut berada disana dengan riak muka risau dengan keadaan Ariana.
"Abah, Umi. Mana Ariana ?" tanya Ian dengan riak muka hampir menangis
"Ariana still dalam bilik bedah. Dia hilang banyak darah" kata Puan Iris sambil mengelap air matanya
Ian terjatuh. Terpaku. Dia tidak mampu berbuat apa apa. Dia tidak mampu melindungi tunangnya. Air mata Ian jatuh. Satu demi satu air mata yang jatuh di lantai hospital itu. Sekarang, Ian hanya mampu berserah kepada tuhan untuk menyelamatkan tunangnya itu.
Beberapa minit kemudian, seorang doktor lelaki keluar dari bilik bedah. Mereka semua bangun manakala Ian yang sedang di dalam lamunannya tersentak kerana bunyi pintu bilik bedah itu.
"Doktor, macam mana dengan anak saya ?" tanya Encik Zarif
"Maafkan saya, Encik. Saya gagal selamatkan Cik Ariana" kata doktor itu dengan riak muka kecewa dengan dirinya
Encik Zarif dan yang lain menangis tanpa henti manakala Ian terkedu. Dia tidak mampu berbuat apa apa dan fikirannya bercelaru. Tiada air mata yang mengalir. Hanya dirinya dan fikirannya yang bercelaru. Ian keluar dari hospital tanpa berkata apa apa. Ian masih tidak mampu berkata apa apa. Ian terkejut. Sangat terkejut. Dia kehilangan orang yang paling dia sayangi. Satu satunya orang yang menjadi sumber kebahagiaan Ian. Satu satunya orang yang menyokong Ian dalam pelbagai perkara.
Ian melangkah keluar dari hospital dengan keadaan tidak tentu arah. Jantungnya berdegup dengan kencang. Dia tidak mampu berfikir dengan waras. Dirinya bagai dihiris dengan sembilu kerana tidak mampu melindungi tunangnya itu. Dia tidak berkata apa apa kepada bakal mertuanya kerana masih terkejut dengan keadaan dan membawa diri ke tempat lain untuk menenangkan fikiran. Dia menunggang motosikalnya dan menuju ke suatu tempat yang tenang. Dia bagai layang layang putus tali. Dia berfikir mampukah dia bertahan tanpa tunangnya disisi. Dia membawa diri jauh dari daerah kediamannya. Dia juga tidak sedar dengan kelakuan dirinya itu. Ian mengambil keputusan untuk menetap di sebuah hotel kerana dia berada jauh dari daerahnya.
"Satu bilik untuk seorang" kata Ian kepada pekerja hotel itu
"Baiklah encik. Your name, sir ?" tanya pekerja itu
"Ian. Tengku Ian Eskandar" balas Ian dengan nada yang perlahan
"Ian Eskandar ? Encik ni anak Tuan Hariz ?" tanya pekerja itu lagi
"Yes I am. How do you know my dad ?" tanya Ian
"Hotel ni pernah jadi milik Tuan Hariz tapi dia kasi hotel ni kepada pemilik yang sekarang. Oh ini kunci bilik encik ya. Harap encik puas hati dengan service hotel kami" balas pekerja itu sambil memberikan kunci bilik kepada Ian
"Thank you" Ian mengangguk dan mengambil kunci itu lalu pergi meninggalkan kaunter itu
Ian sedar, ayahnya sangat dikenali dan sangat terkenal. Sebut sahaja nama Tengku Hariz Erman, pasti ramai yang mengenalinya. Pemilik syarikat yang berwibawa dan sangat baik hati tetapi disebaliknya dia hanyalah seorang pemilik syarikat yang sering mengarahkan anaknya untuk bekerja.
"Find that stupid bastard. Don't let him go. Bring him to me" kata Ian melalui telefon sambil berjalan kearah lif
Ian menggunakan lif yang disediakan dan pergi ke biliknya. Terdapat sebuah tingkap yang menampakkan pemandangan Menara KLCC. Cantik. Tiba tiba, pipi Ian dibasahi oleh air mata. Ian juga tidak sedar air matanya keluar. Ian duduk di sofa yang berhadapan dengan tingkap. Dalam diam, Ian menangis kerana teringat tentang tunangnya. Dia berasa dirinya tidak berguna. Selepas beberapa minit menangis, Ian mengambil keputusan untuk baring di atas katil dan tidur.
YOU ARE READING
Kehilangan Tanpa Kebenaran
FanficSeorang pemuda yang kehilangan tunangnya akibat kemalangan jalan raya. Adakah benar pemuda itu kehilangan tunangnya atau ada cerita disebalik kemalangan tunangnya itu ? Mampukah pemuda itu bertahan tanpa tunangnya disisi ?