02

591 21 0
                                    

Sekali lagi kaki gadis itu menjengket-jengket ketika memasuki rumah .Jam menunjukkan jam 4 pagi .Selepas berehat di kelab  malam ,dia terlelap akibat berasa penat berseronok dan mengantuk .

Bangun bangun sudah pukul 3 setengah pagi .Kebanyakan anak muda sudah pulang pada jam sebegitu ,letihnya fizikal dan mental yang telah mereka gunakan di kelab malam tersebut .

Salam langsung tidak diberinya ketika melangkah masuk ke rumah .Malah tidak pernah mengamalkan .Pelik pula kalau bagi salam ketika masuk ke dalam disko .

"Assalammualaikum ." suara garau lelaki berumur itu memecahkan kesunyian Sumaira yang baru masuk ke rumah senyap-senyap menuju ke bilik tidurnya .

Jantung Sumaira berdegup kencang seolah-seolah ditangkap polis .Dia mengeluh ketakutan lalu memusingkan badannya mengadap figura manusia .

Diam tak berkutik .

"Dari mana anak ayah ni? Lawa-lawa bagai ..hm?" itulah dia ahli pengurusan jenazah Masjid Al-Amin ,Ishaq Hariri .Dia juga salah seorang bilal di masjid .

"Erkk .Pergi keluar kejap ..." tak mampu mengendahkan persoalan yang dituju ayahnya .

'Aduh kau ni Aira ,jawapan pun tak masuk akal!' kutuknya diri sendiri .

"Hah? Keluar kejap?" ayahnya mula naik berang apabila mendengar jawapan anak sulungnya .Encik Ishaq menghampiri anak gadisnya .Tiba-tiba lampu ruang tamu dibuka seseorang .

"Akak ." Adifaah Sham ,anak bongsu Encik Ishaq .Dia berada tidak jauh dari mereka ,bersebelahan beberapa suis elektrik di dinding .

"Kakak dari mana?" senyum Adifaah .Sejujurnya ,dia kecewa dengan sikap kakaknya yang kerap balik pagi buta .Tapi tidak bermakna dia berputus asa untuk mengajak kakaknya membuat kebaikan .

Telekung disarung elok pada tubuh gadis kecil ini .Wajahnya putih mulus .

Sumaira menggulingkan biji matanya .Lepas sorang ,sorang pula .

"Apa kau nak?" soal Sumaira malas .Dia rasa nak masuk bilik je ,kang bebel pula dua insan ni .

Adifaah menghampiri kakaknya .Dia senyum manis ,tak pernah terdetik dalam hati untuk bersangka buruk kepada kakaknya .Dia sangat menyayangi kakaknya yang sudah menolong bapanya menjaga dirinya ketika dia masih bayi .

Membesar tanpa ibu bukan perkara mudah bagi seorang gadis ini .Tetapi Allah swt masih menghidupkan seorang lelaki dirumah ini ,Adifaah bersyukur kerana masih memiliki seorang insan bergelar ayah didalam hidupnya .

"Difa tak kisah kakak dari mana ." tidak pernah lekang senyuman di bibir Adifaah .Sumaira melihat adiknya atas bawah .Dia nak tengking dekat adik dia pun nak tak nak sebab adik dia terlalu baik baginya .

Kadang-kadang dia terfikir ,kenapa dia tidak boleh seakhlak dengan adiknya .Tapi kerana Sumaira masih tidak dapat terima pemergian ibunya ,dia tidak suka akan adiknya .

Kelahiran Adifaah Sham seolah-olah membawa malapetaka dalam hidupnya .Oleh kerana kelahiran Adifaah ,Sumaira sangka adiknya penyebab ibu mereka pergi .Jika tidak ,ibunya masih bersama dengannya dan hidup bahagia dengan ayahnya .

Kelahiran Adifaah mengakibatkan kehidupan Sumaira hancur .Hati Sumaira masih ingin ibunya hidup kembali .

"Tapi Difa nak kakak solat tahajjud dengan Difa secara berjemaah ." senyumnya lagi ,wajah Sumaira dipandangnya dengan penuh harapan .Dia berharap kakaknya dapat terima ajakan ini .Tangan Sumaira yang berada dalam genggaman tangan Adifaah masih belum terlerai .

Seperti biasa ,bukan Sumaira tak mahu .Cumanya bacaan solatnya masih belum lancar dengan sempurna .Lagi-lagi dirinya masih ego untuk berbaik dengan adiknya .

[OG] Suami Pembimbing SyurgaWhere stories live. Discover now