07

313 11 1
                                    

Perjumpaan antara keluarga Encik Ubadah dan Encik Ishaq telah pun selesai .Sungguh mengejutkan Sumaira apabila didapati dia dikahwinkan dengan ustaz ,anak lelaki sahabat ayahnya .

Sepatutnya perkahwinan ini harus dibincangkan dulu dengan anak ,bukan datang-datang nak set up terus tarikh wedding .Geram Sumaira dibuatnya .Hancur impiannya yang nak kahwin dengan Zaid .

Adifaah melambai-lambai ibu kepada Hashim Jabbar , yang tidak lama lagi akan menjadi abang iparnya .Hashim bersabar dalam menghadapi ujian .Asalkan dia mampu membimbing gadis tersebut kearah kebaikan .

Setelah kereta Encik Ubadah menyusuri pergi ,Sumaira menghembus nafas geram .Selendang putih yang dililit atas kepalanya dilepas geram .Dia menjerit dengan penuh amarah .

Adifaah pergi ke kakaknya .Tempat disebelah Sumaira diambilnya .

"Kakak ...ini adalah ujian kakak .Difa yakin ,kakak mampu hadapi ujian ni ." Adifaah cuba memberi semangat kepada kakaknya .Sumaira mungkin rasa tertekan dengan keputusan yang dibuat ayahnya secara tiba-tiba.

Tiba-tiba? Tidak mungkin .Ayahnya sudah pun memberi amaran ,malah dia yang tidak sakit mencari ubat .

"Kau diamlah! Aku rimaslah dengan semua ni!" Sumaira menjerit .Dia sedar bahawa kata-katanya telah menyinggungkan hati keluarganya ,namun dia tidak peduli kerana mereka juga memulakan perkara ini .

Sumaira bangun lalu masuk ke bilik tidurnya .Pintu ditutup kuat .Encik Ishaq diluar rumah dari tadi hanya mendengar apa yang diperkatakan anak sulungnya .

Dia berdoa agar dengan keputusannya ,Allah swt mempermudahkan urusannya .

° ° °

Kali ini ,gadis yang bernama Sumaira ini masih dengan pendiriannya yang keluar malam menjalinkan hubungan yang haram bersama kekasihnya .Adifaah yang sedar bahawa kakaknya baru keluar hanya mendiamkan diri sehingga kereta milik kekasih kakaknya beredar dari perkarangan rumah .Adifaah berdoa kepada Allah swt agar kakaknya menjumpai jalan yang benar .

Sepanjang perjalanan Sumaira ke kelab malam itu ,dia hanya melihat luar tingkap .Zaid melihat Sumaira pelik .Namun ,sebagai teman lelaki gadis ini ,Zaid memahami wanita yang mempunyai masalah keluarga setiap hari .Hampir setiap hari dihadapi Sumaira membuatkan gadis ini berputus asa .Ada kalanya dia berasa ingin bunuh diri .

Hari demi hari ,pernikahan Sumaira makin dekat .Dia hanya menunggu apa kejadian akan berlaku selepas ini .Zaid memegang tangan mulus milik Sumaira .Sumaira tersentak .Lantas dia tarik tangannya dari disentuh lelaki itu .

"Zaid ,you buat apa?" Sumaira sedikit terkejut .Zaid berdecit .Matanya masih fokus kepada pemanduan .

"Aik? Baru sentuh dah panas .Takkan pak ustaz tu masuk meminang you terus insaf?" Zaid memerli secara halus .Sumaira menjeling Zaid .

"You nak bawa i pergi mana?" soal Sumaira .Dia tidak ingin pergi ke kelab .Dia berasa pening dengan tempat bising itu .Ya ,sebelum ini dia memang suka akan tempat itu kerana 'bebas' .Tetapi ,bukan lagi sekarang .Kepalanya bengang memikirkan pernikahan dia dengan pak ustaz itu .

"Tempat biasalah .Tanya pula .." setiap hari ditanya .Mana tidak meluad Zaid jika begini setiap hari .

"I tak nak pergi .Bawa i tempat lain boleh?" Sumaira bertanya lagi .Kamu nanyeak?

"Mana pula? .Aduh! Kau ni jangan buat aku rimas dengan kau boleh tak?" volume suara Zaid sedikit meninggi .Sumaira tersentak buat kali kedua .

"Ish! You nak marah ni kenapa? Takkan sebab pak ustaz tu masuk meminang i ,you jadi marah macam ni?" Zaid makin naik bengang .Sumaira mula tidak suka akan sikap Zaid .Apabila Zaid mendapat tahu bahawa Sumaira akan bernikah dengan lelaki lain ,dia asyik mencari salah Sumaira .

"So ,you sukalah nikah dengan lelaki tu?!" stereng kereta Zaid dipusing ke tepi sehingga kereta milik Zaid diparkir di bahu jalan .Risau jika bertengkar lalu berlaku kemalangan .Mahunya mati tidak berkahwin Zaid .

"ARGHH! ZAID! You kenapa?!" setelah kereta berhenti di bahu jalan ,Sumaira keluar dari kereta tersebut membawa beg tangannya yang mewah .Begitu juga dengan Zaid .

"You yang kenapa!? Bukan i .! If you suka sangat dengan lelaki tu .Go on .Pergi kahwin .Go Sumaira.!" amarah Zaid membuak-buak .Ini kali pertama Zaid berkelakuan seperti ini terhadap dirinya .Sumaira hampir menangis mendengar kata-kata Zaid .Mereka sudah lama dengan hubungan ini ,takkan akan sia-sia disini? 

"You ...you kenapa ni?" riak wajah sedih telah terpapar diwajah Sumaira .Zaid meraup wajahnya akibat tekanan yang melampau .Beg tangan dilepas Sumaira ,biar mahal mana pun beg itu .Situasi ini lebih penting baginya kerana bila-bila masa saja dia bersama lelaki ini akan putus hubungan .

Bahu Zaid cuba dipegang Sumaira namun Zaid menepisnya .Tadi ,Sumaira terkejut kerana dipegang Zaid .Sekarang Zaid membalas perbuatan Sumaira .Zaid mengadap kearah wajah Sumaira .

"You know what ,Sumaira? I fell in love with you the first time i saw your face .How beautiful you are ,sayang .Look what happen to our relationship? See Sumaira .See!"

"If you still sayangkan i ,cakap dekat ayah you .Cancel all wedding date .I hate it .Or ,i just can let you go .Because ,i hampir tawar hati dengan you ." Zaid meninggalkan Sumaira dengan wajah yang kecewa .

"Zaid .No! Sayang! Jangan tinggalkan i .No! Zaid!" lelaki itu tidak menjawab ,tubuhnya dimasukkan ke dalam kereta .Sumaira duduk melutut dalam kesedihan apabila panggilannya tidak dijawab Zaid .Air mata laju menitis di atas pipi .

Jika sebelum ini ,ketika Sumaira memanggil Zaid dengan sekali panggilan ,Zaid terus menyahut .Sekarang tiada lagi sahutan itu .Zaid benar-benar tawar hati dengan Sumaira .Bukan dia tidak sayang ,hanya takdir telah menentukan namun mereka yang masih berdegil tetap dengan pendirian masing-masing .

Itu juga salah satu tanda kemungkaran Allah swt bahawa Allah swt tidak restu dengan hubungan haram hamba-Nya .Allah memang mengizinkan hubungan tersebut tetapi Allah tidak redha dengan hubungan tersebut kerana kita telah diberi akal yang sihat untuk memilih baik dan buruk .Mungkin kita tidak dilahirkan dalam keluarga yang mengutamakan agama Islam ,setidaknya kita harus menggunakan akal fikiran dengan logik .

Allah sengaja menghadirkan seseorang dalam hidup kita hanya untuk kita mengambil iktibar apa yang terjadi antara dia dan kita .Lihatlah apa yang terjadi antara Zaid dan Sumaira .Bertahan lama mana pun jika Allah

"Jadilah", maka jadilah ia". "Sesungguhnya keadaan kekuasaan-Nya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau! ".


























































































































So berakhirlah kisah cinta antara Zaid dan Sumaira .Agak ii apa jadi lepas ni ye?😟

---

- end chap 7 -

Thanks for read ♡
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


[OG] Suami Pembimbing SyurgaWhere stories live. Discover now