05

364 11 2
                                    

Terlopong mulut Encik Ubadah .Dia berharap dia tidak salah dengar .

"Ishaq? Biaq betul hang ni?" wajah sahabatnya masih dilihat .Tiba-tiba sahaja Ishaq membuat keputusan sebegini .

"Tolonglah aku Ubadh ,kau je sahabat yang boleh tolong aku sekarang ni .Aku dah tak tahu nak ajar macam mana anak sulung aku tu ." Encik Ishaq yakin dengan keputusannya .Semoga caranya ini dapat menghasilkan perubahan terhadap anak sulungnya .

"Hm ...kalau ini telah ditentukan Allah .Maka ,aku dengan seikhlas hatinya menolong hang ." Encik Ubadah membalas .

° ° °

"Ayah!" jerit Adifaah selepas mendengar hal itu dari mulut ayahnya .Wajah Encik Ishaq dilihat anaknya .Kedua tangannya menekup mulutnya .Dia sendiri tidak tahu mahu gembira atau sedih .

"Iye ,nak .Tapi ayah ragu-ragu ,dalam Islam tak boleh kahwin paksa .Ayah risau keputusan ayah ni tersinggung hati kakak kamu .Difa rasa macam mana?" Encik Ishaq menginginkan pendapat anak bongsunya .Adifaah berfikir sejenak .

"Perkahwinan merupakan akad nikah yang menghalalkan hubungan antara seorang lelaki dan seorang perempuan .Ia juga sunnah Nabi Muhammad s.a.w. .Pernikahan dapat meramaikan umat Nabi Muhammad s.a.w. dan meluaskan ilmu Allah swt di dalam bumi ." Adifaah memandang ayahnya .Ayahnya hanya mengangguk ,semua itu benar .Tapi ...

"Dengan siapa pula ayah nak kahwinkan kakak?" Encik Ishaq mengeluh .

"Itulah ,ayah tak dapat calon lagi ." dia termenung seketika .

"Boyfriend kakak?" soal Adifaah .Encik Ishaq memandang serius terhadap teman lelaki anaknya .'Jantan' yang dimaksudkan Sumaira haritu ialah Zaid .Encik Ishaq sedih apabila memikirkan kejadian haritu .

"Ayah ...cuba ayah cakap dulu dengan kakak .Mana tahu kakak nak kahwin dengan teman lelaki dia ke? Biasalah tu ,orang marah tak sedar apa dia cakap .Mungkin kakak terlepas cakap ke ..." Adifaah cuba positifkan ayahnya .

"Tak apelah .Ayah dah mintak pakcik Ubadah untuk carikan calon ." terbuntang biji mata Adifaah .

"Lelaki tu?!" Adifaah mengimbas kembali dimana seorang makcik mengenalkan seorang lelaki yang bernama Hashim kepada dirinya

"Ayah! Adifaah ada kenal lelaki tu .Aduhh lupa pula nama ...Hasman? Eh macam bukan je ." Encik Ishaq senyum .

"Ohh lelaki tu ke? Hashimlah .Anak pakcik Ubadah ." 

"Haah yah .Kenapa tak kahwinkan je anak pakcik tu dengan kakak? Bolehlah tu bimbing kakak ke jalan yang benar ." Adifaah sokong sambil tersenyum .Encik Ishaq menggeleng-gelengkan kepalanya melihat Adifaah yang mahir dalam bab penjodohan .


° ° °


Kali ini ,Encik Ishaq dan Adifaah memandang satu sama lain dengan wajah yang terkejut .Sungguh tawaran yang diberi Adifaah benar-benar terjadi .

"Pakcik ...pakcik nak kahwinkan anak pakcik dengan kakak saya?" soal Adifaah buat kali kedua untuk kepastian .Encik Ubadah mengangguk .Dia menelan air liur dengan perit lalu bibirnya melakarkan senyuman .Dia memandang ayahnya .

"Ayah ...Difa setuju ." senyumannya sehingga menampakkan giginya yang putih .

"Ubadh ..." panggil Ishaq .

[OG] Suami Pembimbing SyurgaWhere stories live. Discover now