03

443 14 0
                                    

Selesai beribadat ,Encik Ishaq berjumpa dengan sahabatnya yang berada di koridor masjid .Tidak lama ,hanya menanyakan khabar sahaja .

Encik Ubadah iaitu ayah kepada Hashim turut bersapa ramah Encik Ishaq .Seketika itu ,Encik Ubadah ternampak isterinya berbual dengan seorang gadis berjubah hitam dari jauh .

"Eh ,itu isteri aku tu .Dengan siapa pula dia sembang tu .Siap gelak ketawa lagi ." soal Encik Ubadah .Encik Ishaq juga mengecilkan matanya melihat gerangan tersebut .

Hashim yang berada disisi ayahnya juga melihat tapi hanya sepantas kilat sahaja .Ingin gadhul bashar .

"Abah ...Hashim nak ke mama kejap ." beritahu Hashim kepada ayahnya .

"Ha yelah .Alang-alang beritahu mama kata dah nak balik ."

"Baik ,abah ." Hashim berlalu pergi ke arah mamanya meninggalkan mereka berdua .

"Assalamualaikum makcik." senyum Hashim kepada makcik-makcik disitu .

"Waalaikumsalam." jawab mereka serentak .

"Ohh Hashim ." senyum mamanya .Mama Hashim mula perkenalkan gadis berjubah hitam itu kepada Hashim dengan tiba-tiba .

"Hashim ,inilah dia anak pakcik Ishaq .Namanya Adifaah ." Hashim hanya senyum berkenalan .

"Assalamualaikum ." Adifaah memberi salam .Kedua tangan Adifaah disatukan tanda salam perkenalan .Hashim menjawab salamnya .Adifaah kekal dengan pandangannya yang hanya melihat lantai .

"Mama ,kunci kereta ada dekat mana?"

"Dekat abahlah .Abah pegang tadi ."

"Oh ,okay ma .."

'Anak mak rupanya lelaki ni .." komen Adifaah dalam hati .

Encik Ishaq dan sahabatnya mula datang ke arah mereka .Adifaah tersenyum melihat ayahnya .Teringat tadi ayahnya yang mengazankan solat asar tadi .Sedap betul .

"Ha Adifaah .Jom balik . Sekarang dah pukul 6 setengah .Nanti lambat pula nak siap Mahgrib ."

"Baik ,ayah ." Adifaah salam tangan makcik-makcik yang ada disitu dengan ramah .

"Saya balik dulu ye makcik .Jumpa lagi . Assalamualaikum ." senyum Adifaah .Hashim hanya menundukkan pandangan sambil membongkok sedikit badannya sedikit ketika Adifaah ingin berlalu pergi tanda salam hormat disebabkan mereka tidak mempunyai apa-apa hubungan yang halal .

Encik Ishaq bersalaman dengan sahabatnya juga serta Hashim .

° ° °

Mereka berdua hanya diam sepanjang perjalanan ke rumah .Encik Ishaq melihat anaknya .

"Difa ..." tiada respon .Encik Ishaq memecahkan kesunyian .

"Adifaah?"

"Y-ya ayah ." Encik Ishaq tersenyum .

"Termenung apa?" Adifaah tersenyum .

"Tak ada apelah ayah .Kenapa yah?"

"Hm ..Difa dah agak apa ayah fikir ." Encik Ishaq ketawa kecil .Adifaah menjeling gurau .

"Ayah ,Difa baru 18 tahun .Tak ada maknanya Difa nak fikir kearah tu .Banyak lagi perkara Difa boleh buat dalam umur macam ni ." Adifaah senyum mengingatkan ayahnya kembali .

"Hm baiklah puteriku ." Ishaq ketawa melihat gelagat anaknya .Comel sungguh bila diusik begitu .

° ° °

[OG] Suami Pembimbing SyurgaWhere stories live. Discover now