10

462 17 3
                                    

Beberapa minggu telah pun berlalu . hanya dalam masa satu bulan sahaja proses pernikahan Hashim dan Sumaira berlangsung tepat pada pukul 12 tengah hari .Acara pernikahan mereka berlangsung di Masjid Al-Amin .

Encik Ishaq menyuruh anak sulungnya untuk memakai tudung ketika pernikahan dilangsungkan tetapi Sumaira enggan memakai kerana cuaca yang panas itu membuatkannya rimas.

"Kakak , kejap lagi kakak dah bergelar isteri orang .Jadi ,apa salahnya kalau pakai tudung ni kejap je .Lepas tu bila kakak dalam rumah dengan suami kakak ,kakak dah tak payah pakai tudung sebab dah bebas. Aurat suami dengan isteri tak ada langsung tau!" Adifaah memberi nasihat agar membuatkan kakaknya semangat dihari yang mulia ini .

Sumaira masih cemberut mukanya . Sedikit demi sedikit hatinya terdetik untuk memakai tudung di hari pernikahan ini agar menampakkan aura kecantikannya .

"Iyelah .Aku pakai ,tapi kau tolong pakaikan ,aku tak reti pakai tudung ." Sumaira mengeluh ,terpaksa .Hatinya masih sakit mengingatkan hubungannya bersama Zaid .

Disaat Adifaah memakaikan tudung buat kakaknya ,dia melihat wajah kakaknya yang bakal menjadi isteri orang .Dia amat berharap agar jodohnya itu dapat membimbing kakaknya ke Jannah .Aamiin .

"Aku terima nikahnya Sumaira Shafi Binti Ishaq Hariri dengan mas kahwin sebanyak RM3500 ringgit tunai ." dengan sekali nafas sahaja Sumaira telah pun bergelar isteri orang .Encik Ishaq senyum bahagia melihat anaknya yang kini telah menjadi isteri kepada bilal masjid .

Adifaah yang duduk bersimpul sebelah kakaknya menitiskan air mata .Tiada lagi nasihat yang akan dia berikan kepada kakaknya .Kini dosa kakaknya akan ditanggung si suami .

Adifaah berharap abang iparnya dapat membimbing kakaknya hingga ke Jannah .

Sumaira termenung melihat karpet masjid ,sedih juga .Bukan dia tidak sayang keluarganya .Sayang ,cuma ego .Tiada lagi keluar pada waktu tengah malam .Sedar tidak sedar dirinya telah dikunci dengan gelaran isteri seorang ustaz .

"Ha Aira ,salamlah suami tu .Dah sah kut ,tak payahlah takut ." makcik dan pakcik yang ada disitu sengaja mengusik Sumaira .Sumaira mencebik .

"Diorang ingat aku takut sangat ke nak pegang tangan mamat ni?" Sumaira mengomel dalam hati .Hashim bangun lalu duduk dihadapan isterinya dengan membawa sekotak cincin untuk disarungkan .

Disebabkan Hashim terlalu lambat untuk menyarung cincin emas tersebut ,Sumaira mengambil dari tangan Hashim lalu menyarungnya sendiri di jari manis .

Mata Hashim membulat dengan tindakan refleks Sumaira , tangannya telah disentuh seorang wanita , seorang wanita yang telah sah menjadi isterinya .Mengapa pula dia perlu terkejut?

"Dah ,aku dah pakai sendiri ." Sumaira menjeling suaminya .Hashim menunjukkan satu lagi cincin yang perlu disarungkan .

"Kau tak boleh pakai sendiri ke?" bisik Sumaira perlahan .Risau didengar keluarga lain .

"Kakak ,kan nak ambil gambar ,kena sarungkan cincin each other ." Adifaah membisik di telinga kakaknya .Sumaira ternganga mendengar , malu dibuatnya .Mesti orang fikir dia happy sebab dah kahwin , padahal si Hashim lambat sangat nak sarungkan cincin . Rimas dibuatnya .

Sumaira menyarungkan cincin di jari manis Hashim .Hashim senyum kelat .Dah kenapa perempuan ni?

° ° °

Sepanjang proses penggambaran ,Sumaira asyik marahkan juru gambar kerana tidak mahir dalam bab bergambar .

"Kau ni kan tak pandai ambil gambar ke? Baik tak payah jadi juru gambar je macam ni!" Sumaira bengang ,kahwinlah ,gambarlah itulah inilah .

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 09, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

[OG] Suami Pembimbing SyurgaWhere stories live. Discover now