04

388 12 0
                                    

Jam sudah menunjukkan pukul 3 petang ,tapi tuan bilik masih belum bangun dari mimpinya .Berkali-kali Adifaah mengejutkan kakaknya untuk bangun ,tapi hanya rengetan saja yang berbunyi .

"Kakak ...bangun kak .Ayah dah bising ni." perlahan-lahan Adifaah mencuit lengan kakaknya .Adifaah mencebik .Sudah diusahanya untuk bangunkan kakaknya .

Wajah Encik Ishaq bengang apabila dapati anak sulungnya tetap keras kepala untuk keluar setiap malam .Jika dia tahu kemana destinasi anaknya pasti tidak mengaku anak sehingga menghalau anaknya keluar rumah .Dia harus mengambil tindakan terhadap sikap yang diamalkan anaknya .

Sumaira putus asa ,dia bangun dari tidur lalu keluar dari bilik tidurnya .

"Ish! Korang nak apa? Tak senanglah aku nak tidur! Huh! " kakinya dihentak geram ke lantai .Encik Ishaq naik angin dengan sikap Sumaira ,ini sememangnya tidak boleh dibiarkan .Dia berdiri lalu menuju ke arah anaknya .Saat tubuh Sumaira berpusing menuju ke bilik ,Encik Ishaq menarik bahunya sehingga wajah Sumaira mengadap ayahnya .Dengan amarahnya yang membara ,Encik Ishaq menaikkan tangan kanannya lalu menampar kuat pipi kiri Sumaira membuatkan kepalanya terteleng ke tepi .

Bulu roma Adifaah menaik .Kedua tangannya ditekup .Sedikit pun perkataan tidak keluar dari mulut Adifaah .Mata Sumaira memanas selepas ditampar ayahnya .Butiran air mata Sumaira menitis atas lantai .Nafas Encik Isyaq tidak teratur .Dada naik turun .Mulutnya sempat beristighfar .

Adifaah mendapatkan kakaknya yang kesakitan .Sumaira masih mendiamkan diri .

"Ayah tak boleh biarkan kamu macam ni ,Aira!" dengus lelaki itu .

"Siapa ajar kamu jadi macam ni? Siapa Aira?!" Sumaira menepis tangan adiknya .Dia tak perlukan pertolongan sesiapa .Memang tiada siapa ajar dia hidup sebegini tapi kesan kelahiran adiknya membuatkan hidupnya terpesong dari ajaran agama sebenar .Bertahun dia meraung kesakitan selepas pemergian ibunya .Hidup tanpa kasih sayang ibu dan ayah .Ayah? Huh .

Sepanjang hidupnya tanpa seorang insan bergelar ibu ,jarang sekali dia mendapatkan kasih sayang seorang ayah .Selebihnya adiknya yang dapat .Sejak dari itu ,dia mula bersendirian dan melakukan hal keseorangan .Tanpa bantuan mereka berdua .Hanya Zaid yang menolongnya selepas dia mula berkawan dengan lelaki itu .Zaid tua 3 tahun dari Sumaira .

Jika dia mempunyai masalah kewangan ,dia hanya meminta bantuan Zaid untuk memberikan wang kepadanya .Sungguhnya ,Zaid mula bersangka buruk kepada Sumaira .Datang hanya ingin duit atau kebahagiaan? Disaat dia bergaduh dengan keluarganya ,Zaid juga doktornya .Kadang-kadang Zaid berasa kasihan terhadap Sumaira .Apa yang dibuat tidak kena .

Sampai suatu masa ,umur Sumaira sudah cecah 20 .Kehidupannya makin tunggang-langgang .Dia mula hidup berdikari .Apa yang dibuatnya semua langsung tidak diberitahu ayahnya .Untuk apa? Lagipun ayahnya hanya fokuskan kepada adiknya ,Adifaah .Sumaira mula rasa dirinya dipinggirkan keluarga .Padahal dalam diam mereka mendoakan agar dirinya kembali kepada Sang Pencipta .

"Ayah memang tak boleh lepaskan kamu lagi keluar malam .Jantan mana ambil kamu semalam?" Sumaira memandang Adifaah .Jika ayahnya tidak tahu hal ini ,pasti tangan lelaki ini takkan naik ke permukaan wajah Sumaira .

'Jadi ,kau yang bagitahu laki ni?' soalnya dalam hati .Anak mata Sumaira pandang tepat anak mata adiknya .

"Akak ...Difa tak bagitau kak ...a-ayah yang tahu sendiri ." Adifaah risau jika kakaknya membenci dirinya .

"Jantan?" Sumaira menekankan perkataan itu .Jantan? Ya .

"Jantan tu?" Sumaira dekati ayahnya ,wajah ayahnya dipandang sehingga air mata hampir keluar kembali .

"Kalau ayah nak tahu ,jantan tulah yang tolong Aira masa Aira dalam masalah kewangan sekolah .Ayah tak mampu bayar yuran sekolah Aira dulu! Aira juga yang minta tolong jantan tu untuk bayarkan! Sebab Aira tahu ayah tak mampu nak bayarkan ..." kedudukan Aira berubah ,dia terduduk cangkung atas lantai .Lututnya lemah untuk mengimbas kembali buku lama .Tubuhnya masih dengan baju tidur sementara rambutnya kusut masai .

"Masa Aira bergaduh dengan ayah ,dengan adik .Jantan tu jugalah ada dengan Aira ,gembirakan Aira!" situasi itu diisi dengan tangisan Sumaira .Adifaah dan Encik Ishaq baru tahu hal sebenar .

"Sumaira tak ada siapa-siapa ,ayah! Jantan tu je ada susah senang dengan Aira! Ayah ada tak masa Aira menangis sorang sorang? Tak! Ayah ada dengan adik je! " tidak henti Sumaira menangis .

"Aira tak ada ibu ,ayah! Ibu pergi masa melahirkan adik ,yah! Hidup Aira terpesong ,Aira mudah terpengaruh! Sebab itu Aira dengan Difa lain ,yah!" meraung Sumaira menangis .Adifaah rasa serba-salah .Encik Ishaq terduduk diatas sofa ruang tamu .

Dadanya ditumbuk geram .Menangis terlalu lama sehingga dadanya sakit .Adifaah usap belakang badan kakaknya .

"Sabar kak ,sabar ."

"Sebab jantan tu bayarkanlah ,Aira kena ada dengan dia waktu dia susah pula .Sebab apa? Sebab dia ada masa Aira susah! Aira rasa kena pinggirkan dari keluarga .Tau tak?! Ayah dengan Difa nampak je Aira sombong ,tak suka dengan Aira tapi Aira bengang fikir masalah sendiri .Kenapa Aira ego sangat untuk berbaik dengan korang!" wajahnya dibasah dengan air mata sendiri .Gadis ini terlalu susah untuk menangis ,melainkan jika dia benar-benar rasa tertekan .

Zaid mungkin mengambil tindakan jika dia dapat tahun ada orang sakiti dia hingga menangis .Zaid sangat sayangkan gadis ini .

"Ayah nak jumpa lelaki tu ." pantas sahaja Sumaira berdiri .Mulutnya bergetar kerana menangis tidak terhenti .

"Tak boleh ." Encik Ishaq melihat anaknya terkejut .

"Kalau dia jumpa ayah ,dia akan pastikan ayah takkan hidup dah." Sumaira bercakap tanpa rasa takut .

"A-aira ..apa kamu cakap ni?" soal lelaki itu .Sumaira berpaling ,dia tak akan membongkarkan kisah lama Zaid .Dia mula melangkah masuk ke bilik .

Adifaah memandang ayahnya dengan ketakutan .

"Ayah ..." Adifaah ketakutan .Tubuh gadis ini dipeluk ayahnya .

"Malam ni kita buat tahlil ." kepala anaknya diusap .

Sumaira bersandar dibelakang pintu bilik .Sedih dengan hidupnya .Lututnya dipeluk .Menangis dan menangis .Encik Ishaq merasakan dia tidak dapat menjadi seorang ayah yang baik kepada anak-anaknya .Lihatlah hidup anak sulungnya ,dia merasa serba-salah kerana dialah punca anaknya dipinggirkan .Dia tidak tahu apa yang ingin dia lakukan .Jikalau sudah begini nasibnya ,apa lagi harus dia lakukan terhadap anaknya .Mungkin Sumaira akan membenci dirinya sehingga tidak mahu bercakap malah berbaik .

Ishaq seharusnya melakukan sesuatu agar hidup Sumaira berubah pada akhirnya .Malam menjelma ,majlis tahlil dijalankan dengan lancar .Encik Ishaq masih bermuka kecewa .Kecewa dengan dirinya .Encik Ubadah sedar akan sikap sahabatnya dari tadi .

"Assalammualaikum sahabat! Masyaallah ." Encik Ubadah bersapa ramah .Pantas sahaja reaksi wajah Encik Ishaq berubah menjadi ceria .

"Bersedih itu adalah fitrah manusia ,Ishaq ." Encik Ubadah duduk disebelah sahabatnya .Wajah sahabatnya dilihat .

"Ada apa ni? Monyok je aku tengok kau ni ." Encik Ubadah cuba mengambil berat terhadap sahabatnya .Ishaq memikirkan apa yang patut dia lakukan agar anak perempuannya menjadi lebih baik .

Wajah Ubadah dipandang Ishaq secara tiba-tiba .

"Kau kena tolong aku ,Ubadh ." bahu Ubadah ditepuk Ishaq .Ishaq ingin tahu apa yang dialami Ishaq sehingga sahabatnya meminta bantuan terhadapnya .

"B-boleh ,Ishaq . Insyaallah aku akan tolong kau ." ucap Ubadah .























































"Aku nak kahwinkan anak aku dengan seseorang ."









































































Korang mesti menanti-nantikan apa yang terjadi 😜
Kalau Aira kahwin dengan Hashim ,macam mana dgn Zaid? 😱 Zaid tu dahlah gangster 🥲


---

- end chap 4 -
Thanks for read ♡
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


[OG] Suami Pembimbing SyurgaWhere stories live. Discover now