08

327 9 1
                                    

Di suatu tempat yang sunyi ,Sumaira balik hanya berjalan kaki .Jika ada kenderaan mahu moto sekalipun yang menjemputnya pulang ke rumah ,gadis ini tetap menolak .Telefon di tangan direnung .Terpapar gambar dirinya bersama Zaid .Makin menangis dan menangis .

Sebuah kereta lalu di tempat itu .Sumaira memusingkan badannya kebelakang kerana mendengar hon kereta .Cahaya lampu kereta terlalu terang sehinggakan Sumaira mengecilkan matanya .

"Assalammualaikum ,cik ." lelaki itu memberi salam .Dari gaya pemakaian gadis itu ,dia sudah tahu gadis ini dari mana .Tetapi itu tidak menjadi satu halangan untuk dia menolong seseorang .

Sumaira hanya mengendahkannya .Lelaki macam ni layak dilempang .Tak boleh ke biarkan anak dara jalan keseorangan di lorong sepi sebegini?

Alangkah terkejutnya lelaki ini apabila dia mengetahui bahawa gadis ini ialah calon isterinya ,begitu juga Sumaira .Dia pelik bagaimana Hashim boleh berada di sampingnya sekarang ini .Hashim melihat ibunya di sebelah yang dalam ketiduran .Ingin memberitahu ibunya tetapi apa pula kata ibunya nanti .

"Masuklah ,saya hantarkan cik pulang ." Sumaira membersihkan sisa air mata di pipi .Malu jika dia dapat tahu bahawa dia baru putus dengan kekasihnya .

"Tak perlu .Aku ada kaki ,boleh jalan sendiri ." sedar tidak sedar ,mak mentuanya ada disebelah Hashim ."Biarlah makcik tu nampak aku berpakaian macam ni pun .Biar cepat sikit cancel perkahwinan ini ." katanya didalam hati .

Hashim risau jika ada perkara buruk berlaku pada gadis ini .Dia keluar dari kereta lalu membuka pintu untuk Sumaira .

"Jangan risau ,saya bukan lelaki yang cik sangkakan .Masuklah ,saya akan pastikan selepas pintu kereta ini ditutup ,cik sudah berada dihadapan pintu rumah cik . " Sumaira berfikir sejenak .Pintu kereta masih dibuka ,hanya tunggu tubuhnya mengisi ruang di dalam kereta .

Sumaira masuk tanpa bersangka buruk .Yang pastinya lelaki ini bawa dirinya ke rumah ,dan bukan ke tempat lain .

Sampai sahaja di hadapan rumah milik Encik Ishaq ,Sumaira mengucapkan terima kasih kepada Hashim kerana menghantarnya pulang . Tidak sangka kata-kata Hashim itu benar .

Selama dia mengenal erti dunia bebas ,tidak semua lelaki seperti Hashim . Rata-rata mereka yang berkata ingin menghantarnya pulang ,namun lain yang  dimaksudkan dengan 'menghantar pulang' .

° ° °

Zaid baring diatas bonet depan keretanya .Putung rokok masih di jari .Tiga batang rokok yang telah dihisap jatuh ke tanah dibiarkan begitu saja .Kereta mahal milik Zaid pernah dihadiahi ibu kandungnya .

Kini dia hidup keseorangan , walaupun telah mempunyai keluarga tiri .Hatta keluarga tiri sekalipun ,dia tidak langsung mengendahkan mereka .Dia bencikan ayah kandungnya kerana berkahwin dengan janda yang dia sendiri tidak kenali .

Mahu mengenali antara satu sama lain pun dia tidak mahu .Selepas kematian ibunya ,dia murung buat beberapa tahun .

Matanya memandang langit gelap .Jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi ,dan dia masih belum pulang ke rumahnya .

Bunyi notifikasi telefonnya berbunyi .Telefon diambil dari poket seluarnya .Mesej dari abangnya dilihat .Zaid mengeluh .

"Apa lagi dia nak ni?" dia menjeling melihat mesej abangnya .

Bro
Assalamualaikum ,adik .
Maaf ganggu malam² .
Abang nak bagitau yang esok
abang nak melawat adik dekat
rumah .
Esok jam 2 abang datang lepas zohor .
Jumpa adik esok .
Assalamualaikum .

[OG] Suami Pembimbing SyurgaWhere stories live. Discover now