4

607 37 5
                                    

Seminggu sudah Iris di KUDRAT . Rutin yang sama di STIA dia ulang juga di KUDRAT . Semuanya hampir sama bezanya di KUDRAT dia mempunyai rakan sedangkan di STIA tiada seorang pun ingin menjadi rakannya. Cuma yang menjadi masalah adalah Kahar yang tidak habis-habis mencuba mencari gaduh dengannya. Terasa bosan dengan rutin yang sama tetapi dia sedar yang KUDRAT agak berbeza dengan sekolah lain . Entah mengapa dia merasakan ada sesuatu yang disembunyikan oleh Ayam dan Fakhri tentang Ikhsan yang tiba-tiba pindah dan tentang Kahar namun Iris malas untuk bertanya .

++

12.00pagi

Matanya masih terasa segar walaupun cuba memejamkan mata dengan harapan dia boleh tidur dengan tenang namun masih sama dia tidak dapat tidur . Dia akhirnya mengambil keputusan untuk keluar dari biliknya mengambil angin di luar seketika .

Semasa turun dia mendengar riuh rendah sorakkan orang . Iris cuba mencari punca suara itu yang datang dari sebuah bilik.

"Apa yang bising sangat nih? Ada club ke dalam ni? Eh jap . Ya Allah Iris simpanlah bodoh tu sikit jangan tunjuk sangat haihh". Iris berbisik perlahan.

Dia mengintai di sebalik pintu yang tidak tertutup rapat itu dan......

Alangkah terkejut dirinya melihat apa yang dia lihat sekarang. Jelas kelihatan sedang berlaku pergaduhan antara seorang dari geng Kahar bernama Zahrin bersama Parkash. Terlihat jelas Zahrin yang terlantar di lantai setelah menerima buku lima Parkash.

Lebih memalukan lagi apabila dia mendengar jeritan Ayam "prakyy!!" yang mengisi suasana tegang itu. Banyak tanda tanya terlintas dalam fikirannya namun dia takut jika mereka sedar akan kehadirannya jadi dia terus berlari ke bilik secara perlahan-lahan. Tanpa disedari sesiapa pun.

++

Semasa waktu rehat Iris terus menuju ke dewan makan, matanya melilau mencari sosok Ayam dan Fakhri . Lain yang di cari lain yang di jumpa. Dia tanpa sengaja terserempak dengan Kahar. Iris cuba untuk mengelak tetapi sudah terlambat .

"Ehh pompuan gila"

Kahar yang separuh jerit cukup dapat menarik perhatian pelajar-pelajar yang berada berdekatan dewan makan itu.

"Sapa gila hah!? geli telinga aku dengar, dekat bilik tu ada cermin kan? Cuba cermin diri tu . Kau tu yang gila lah"

Iris membalas apa yang dikatakan Kahar tadi.

Kahar tersenyum sinis sambil bermain lidah. Entah lah memang tabiat Kahar yang suka bermain lidah .

"Aku kerat lidah dia biar tak boleh cakap baru tahu ha."

Iris bermonolog dalam hatinya .

Kahar menurunkan badannya untuk menyamakan tinggi mereka berdua sambil  menatap tepat pada mata Iris . Dia mendekatkan mulutnya di telinga Iris dan berbisik sesuatu.

"Kau...belum kenal.....siapa aku, Milea sayang"

Melihat jarak Kahar yang bergitu dekat dengan dirinya Iris lantas menolak kasar badan sasa jejaka itu agar beranjak jauh darinya.

"Bukan Milea tapi Iris. Kau tak ada hak nak panggil aku dengan nama tu"

"Asal?"

Tanya Kahar seraya mengangkat sebelah keningnya.

"Hanya orang yang special dalam hidup aku ja boleh panggil aku macam tu . Kalau macam kau ni bukan special tapi sapesial"

Kahar tersenyum sinis di hadapan Iris seraya mendekatkan lagi mulutnya di telinga Iris untuk berbisik sesuatu.

"Tapi kau tu special dalam hidup aku, candraku sayang"

Entah kenapa saat mendengar kata-kata Kahar itu membuat wajahnya bahang memerah.

"Ehhh...jap aku blushing ke ni?"

Iris bermonolog dalam hati.

Kahar mengalihkan wajahnya menghadap wajah Iris . Saat itu mata mereka memandang antara sama lain. Jarak mereka yang dekat membuatkan mereka dapat mendengar jelas dengupan jantung masing-masing. Iris terkaku dia seolah di pukau dengan panahan mata Kahar.

"Kenapa sayang? Kena heart attack ke sayang?"

Lidah Iris soalan keras membisu. Dia seolah bisu tidak mampu bersuara. Matanya masih memandang Kahar , entah kenapa dia tidak mampu mengalihkan pandangan matanya seolah-olah ada sesuatu yang menarik dirinya hanya untuk memandang Kahar sahaja. Tanpa sedar Fakhri yang memerhatikan mereka dari jauh mula melangkah ke arah mereka .

"Hoii Kahar.... Kau buat apa dengan Iris"

Jeritan Fakhri menyandarkan Iris , dia terus melarikan anak matanya dari memandang wajah Kahar.

Fakhri menolak Kahar jauh dari Iris seraya menarik Iris untuk berada dibelakangnya.

"Woo relax. Aku tak kacau Milea pun. Aku cuma tegur dia, asal kau sibuk sangat dia awek kau ke? Tak kan"

Kahar tersenyum sinis di hadapan Fakhri yang sedang menayangkan wajah bengis menahan marah terhadapnya

"Asal Fakhri nampak marah sangat ni?" Iris bermonolog dalam hatinya

"Orang macam Iris tak patut buang masa dia layan orang bodoh macam kau Kahar"

"Habis? Kau rasa orang macam kau tak buang masa Iris untuk bercakap dengan kau hah sial?"

Iris yang melihat pergaduhan seolah bakal tercetus diantara Kahar dan Fakhri mula menghalang perkara itu dari berlaku.

"Fakhri dah lah. Aku datang dm pun sebab nak cari ayam bukan nak berjumpa dengan Kahar. Dah Jom pergi dekat ayam"

Fakhri akur , namun tindakan drastik Fakhri menarik tangan Iris membuatkan Iris sedikit terkejut kerana malas membesarkan isu ini dia hanya akur sahaja mengikuti langkah Fakhri.

Sesekali Iris melirik ke arah Kahar. Dia melihat jelas wajah Kahar seolah benci melihat Fakhri memegang tangan Iris.

"Asal mamat ni pandang macam tu? Dia tak suka Fakhri pegang tangan aku atau dia memang tak suka Fakhri?"

Iris bermonolog dalam hati .

Iris bermonolog dalam hati

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TBC....

PHC: Kahar & Milea love story Where stories live. Discover now