。𖦹°‧11

573 30 8
                                        

Semua bergerak perlahan masuk ke dalam hutan termasuk Iris yang berada di barisan paling belakang. Walaupun Kahar telah menyuruhnya berjalan di barisan hadapan namun Iris lebih selesa berada di belakang.

Namun, Kahar tidak dapat menghilangkan rasa bimbangnya. Iris satu-satunya perempuan di kalangan mereka, dan keselamatannya menjadi keutamaan. Tanpa berfikir panjang, dia mengarahkan Hakeem untuk menemani Iris sepanjang perjalanan ke tapak perkhemahan.

"Kau jalan dengan Milea. Aku tak nak apa-apa jadi dekat dia nanti"

Kata Kahar sambil memandang Iris di kejauhan.

Hakeem mengangguk dan segera berjalan di sisi Iris, memastikan dia tidak keseorangan sepanjang perjalanan.

++

"Hakeem yang semalam korang borak dalam drom tu pasal apa?"

"Ha ? Yang mana"

"Yang pasal kau import something dari Nepal apa tah"

"Ouh tu madu"

"Madu import sampai Nepal ? Untuk apa"

"Madu untuk buat teh madu lah lepas tu bagi semua minum"

"Tapi kenapa jauh sangat import ? Madu ja kut"

"Madu yang ini lain , nanti kau faham lah apa aku cakap"

"Yalah"

Mereka meneruskan perjalanan tanpa banyak bicara. Iris enggan bertanya terlalu banyak kepada Hakeem, bimbang kalau-kalau lelaki itu merasa kurang selesa dengan kehadirannya.

++

Iris memerhatikan semua orang sibuk mendirikan khemah masing-masing, termasuk Ayam dan Fakhri. Namun, dia hanya berdiri kaku, melihat gelagat mereka tanpa tahu bagaimana mahu memulakan.

Hakikatnya, dia tidak pernah mendirikan khemah sebelum ini, jadi dia benar-benar tidak tahu cara untuk melakukannya.

Fakhri, yang menyedari kekoknya Iris, segera datang menghampiri dan menawarkan bantuan.

"Kau nak aku tolong? Meh sini biar aku buatkan"

Tidak sempat Fakhri ingin membantu Iris mendirikan khemah tiba-tiba Kahar datang seraya sengaja menolak Fakhri ke tepi.

"Ehhh tak apa biar aku yang tolong Milea. Kau tak payah sibuk boleh?"

Mereka saling bertatapan dengan pandangan tajam yang dipenuhi rasa benci. Iris mula merasa risau dan khuatir kalau-kalau pertengkaran akan tercetus di sini hanya kerana hal kecil seperti ini.

"Kau bukan sibuk dengan kapla kau ka? Kesah pulak kau pasal Iris? Biar ja lah aku yang tolong dia , kau dengan kuli kau boleh berambus . Biar aku ganti tempat kau jaga Iris"

Kata Fakhri sambil tersenyum sinis pada Kahar.

"Aduh Fakhri ni pun kenapa tiba-tiba ja dia ni? Kahar ni dah lah tak boleh tahan baran dia kang dia letup muka si Fakhri ni dah susah."

Iris bermonolog dalam hati .

"Tch. Kau? nak ganti tempat aku?"

Kahar tersenyum sinis sambil bermain lidah sebelum menyambung semula katanya.

"Jangan harap lah sial"

Kahar menolak Fakhri dengan kuat yang membuatkan Fakhri beranjak ke belakang . Iris yang melihat apa yang terjadi terus mengenggam erat pergelangan tangan Kahar seraya menahan Kahar dari mengeruhkan lagi keadaan .

"Kahar dah lah. Fakhri tak apa biar Kahar yang tolong aku , kau pergilah tolong Ayam tu. Aku tengok dah macam reban Ayam dah khemah dia"

Kahar tersenyum sinis menandakan yang kemenangan miliknya . Fakhri pula? Dia menayangkan riak wajah yang tidak berpuas hati dengan Kahar.

PHC: Kahar & Milea love storyTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang