14

443 21 9
                                    

KAHAR POV's

Aku balik semula ke KUDRAT setelah selesai hukuman gantung sekolah . Aku tak fikir benda lain selain berjumpa Milea. Aku terus naik ke dorm dan pergi ke bilik Milea.

End pov's

++

Iris baru selesai mandi jadi dia fikir hari ini dia tidak mahu keluar dari bilik lagi . Iris merasa malas untuk keluar bilik kerana dia tidak mahu terserempak dengan Fakhri, kalau boleh memang dia tidak mahu langsung Fakhri melihat dirinya  . Rutin harian Iris sejak Kahar tiada hanyalah sekadar tidur di dalam biliknya sahaja .

Sedang dia terbaring di katilnya tiba-tiba , dia terdengar seseorang mengetuk pintu biliknya . Perlahan-lahan dia bangun memulas tombol pintu berharap orang itu bukanlah Fakhri.

"Siapa pula ni, haih time aku nak rehat la ada orang kacau . Kalau si Fakhri ni memang aku tumbuk muka dia sampai rata jawline dia tu" 

Iris bermonolog dalam hatinya.

Pintu dibuka Iris , dia terkejut bercampur teruja melihat Kahar di hadapannya. Orang yang selama ini dia rindu sudah pun kembali kepadanya.

"Haii milah aku rin-"

Tidak sempat Kahar menghabiskan katanya Iris sudah menarik Kahar erat dalam dakapannya demi melepaskan kerinduan selama ini.

"KAHAR!! aku tahu kau rindu aku, aku pun rindu kau"

Kahar membiarkan sahaja Iris memeluknya sebelum dia perlahan-lahan meleraikan pelukan itu dari Iris. Dia menatap Iris seraya memegang lembut pipi gebu milik Iris.

"Kau okay ? Ada apa-apa jadi dekat kau ke? Sihat tak? Dah makan?"

Banyak soalan yang ditanya Kahar kepada Iris, sampai tidak sempat dia menjawab semuanya.

"Ish kau ni , aku okay lah kahak, aku dah makan dah semua dah . Tak ada apa-apa jadi dekat aku cuma...kau ada masalah besar Kahar"

"Masalah apa Milea?"

"Itu lebih baik kau tanya Hakeem sendiri ini tentang high council jadi aku malas nak masuk campur. Aku cuma nak pesan jangan buat benda bodoh lagi ! Kalau Fakhri ajak kau settle pun kau abaikan je , cukup lah kau dah tanggung hukuman pasal kes kem bulan madu ni so aku tak nak tambah lagi dengan masalah Fakhri"

"Amboi kau ceramahkan aku pula ke Milea?"
"Ish aku serius ni Kahar!"

Iris mencubit lengan Kahar yang membuatkan Kahar mencebik mengosok lengannya yang dicubit Iris.

"Yalah , aku tak boleh janji pasal ni tapi aku cuba untuk elak dari Fakhri selagi dia tak cabar api amarah aku ya"

"Aku cuma risau Kahar kalau apa-apa jadi pada kau, aku tak dapat maafkan diri aku sendiri Kahar. Aku tak nak hilang kau"

"Jangan risau tak ada apa akan jadi okay. Aku kan masih ada depan kau sekarang ni. Masih Kahar yang sama dengan perasaan yang sama dekat Milea aku. Dah jangan fikir banyak dah tau. Aku balik dorm dulu"

"Jangan lupa malam ni jemput aku kat bilik tau, kita gi dataran katanya ada cerita best"

"Ya, aku jemput kau okay princess . Dah aku balik dorm dulu."

Kahar mengusap lembut rambut Iris , sebelum pergi ke dormnya.

++

"Yow, Kahar welcome back!"

Hakeem berlari anak seraya memeluk Kahar. Fahmi dan Zahrin hanya menyusul dari belakang .

"Milea ada cakap yang aku ada masalah besar pasal high council, asal Hakeem?"

PHC: Kahar & Milea love story Where stories live. Discover now