1

382 18 23
                                    

Kahar ke rumah Hakeem selepas selesai kerjanya. Sengaja dia ke sana untuk berjumpa Hakeem lagipun kalau Kahar memilih untuk balik ke rumah, tiada apa-apa yang dapat dia buat hanya sunyi menemaninya.

"Kahar kenapa dengan kau ni masam je , ada masalah ke ? Cuba share dengan aku"

"PA aku dia berhenti kerja serta merta sebab ada urusan yang tak dapat dielakkan"

"Urusan apa?"

"Ayah dia sakit , dan dia terpaksa balik kampung kerja kat sana sambil tu jaga mak dia. Aku mulanya tak nak bagi tapi lepas dengar dia cerita aku terpaksa berhentikan dia"

"Jadi apa masalahnya sekarang?"

Mendengar soalan kurang cerdik dari Hakeem membuatkan Kahar menggenggam erat buku limanya cuba menahan geram di dalam hati.

"Keem simpan sikit bodoh kau tu, dah tahu PA aku berhenti sah-sah lah aku kena cari PA baru Hakeem oii"

Hakeem tersenyum kambing pada Kahar seolah dia tidak salah , menambahkan lagi rasa geram dalam diri Kahar terhadap telatah si keemkeem.

"Ouh sorry lah Kahar otak aku lambat function. Hmmm.... Apa kata kalau kau ambil kawan Jasmine lagipun kawan Jasmine tu memang tengah cari kerja. Dia baru lepas berhenti kerja ha"

"Sejak bila Jasmine ada kawan?"

"Kau ingat Jasmine tu anak ayam ke? Tak ada kawan. Dia ada kawan baik lah nama dia Bunga Amara"

"Ouh asal dia berhenti kerja?"

"Jasmine cakap sebab boss tempat kerja dia tu miang lepas tu kau tahu Jasmine cakap masa boss dia tu cuba sentuh Bunga , Bunga pergi tampar muka boss dia tu lepastu berhenti kerja. Gila memang berani si Bunga tu"

"Ouh, boleh lah kau suruh Jasmine bawak dia jumpa aku kat sini esok . Aku nak kenal dulu kalau aku rasa dia okay , aku ambil dia kerja"

Kahar dan Hakeem berborak panjang sambil menghirup air yang siap terhidang oleh Hakeem, walaupun hanya air kosong cukup menghilangkan penat lelah Kahar.
____________________________

KAHAR POV's

Aku pulang ke rumah dan terus mandi membersihkan diri. Setelah selesai aku membaringkan badan aku di atas katil dan termenung seketika, fikiran aku mula teringatkan Milea, air mata aku mula mengalir membasahi pipi tanpa aku sedar aku tertidur bertemankan tangisan lagi.

END POV's

____________________________

Hari ini Kahar mengambil cuti jadi dia terfikir untuk ke rumah Hakeem. Kalau boleh Kahar tidak mahu pulang ke rumahnya kerana dia takut apabila dia pulang ke rumah dia perlu menghadapi suasana sunyi di rumah buatkan dirinya akan teringatkan semula arwah Milea.

Kahar sudah sampai di rumah Hakeem , dia mengatur langkah ke hadapan pintu rumah seraya mengetuk pintu rumah itu .

"Assalamualaikum keem , aku datang ni. Kau tak bangun lagi ke gila?"

Kahar mengutuk kuat pintu rumah Hakeem.

"Ye ! kejap aku datang"

Hakeem membuka pintu , Kahar melihat Hakeem yang segak bergaya dengan wangi-wangiannya dihadapannya .

"Kau nak pergi mana keem , wangi semacam ni?"

"Tak hari ni kan Jasmine datang aku kena lah wangi kau apa tahu"

Kahar menjeling pada Hakeem , terasa menyampah dirinya melihat telatah Hakeem.

"mamat ni kang aku manifesto dengan dia baru dia tahu langit tinggi ke rendah."

Izinkan AkuWhere stories live. Discover now