Sudah 5 bulan Bunga meninggalkan Kahar. Kahar masih sama seperti manusia yang tiada harapan hanya hidup untuk hidup. Kahar terlalu lelah dengan keadaan ini dia ingin sahaja keadaan ini berhenti sekarang.
Kalau boleh dia hanya mahu memutarkan waktu disaat semuanya bermula dan tidak akan lagi dia kenal dengan Milea atau Bunga agar dia tidak perlu merasa sakit kehilangan sedalam ini.
++
Kahar tidak ke perjabat hari ini, jadi dia mengambil keputusan untuk ke kubur Milea. Terasa rindu dalam diri Kahar untuk meluahkan segalanya pada Milea seperti dulu. Dia memandu keretanya ke kubur Milea lagipun sudah lama dia tidak melawat kubur itu.
Sampai di kubur Kahar menghela nafas panjang. Kahar tahu dirinya tidak kuat lagi namun kakinya masih melangkah terus ke tanah perkuburan. Dia melihat batu nisan yang terletak cantik nama Milea. Kahar duduk tidak berlapikkan apa-apa seraya memegang pusara milik Milea. Saat itu dia tidak tahan lagi air mata jantannya mengalir perlahan jatuh ke tanah.
"Milea , aku datang. Milea aku ingat lagi kau selalu pesan untuk aku terus kuat tapi maafkan aku Milea. Aku kalah kali ini, aku tak kuat lagi. Kehilangan kau cukup membunuh aku tapi sekarang aku kehilangan Bunga pula satu-satunya cahaya hidup aku. Macam mana pagi aku nak teruskan hidup kalau semuanya tinggalkan aku. Aku sakit Milea. Kenapa kau tak biarkan Fakhri tikam aku masa tu? Aku lebih rela mati sekarang dari menelan pahit kehidupan ini."
Pusara milik Milea, Kahar pegang erat. Air mata mula menitis jatuh ke tanah lagi. Kali ini biarlah dirinya menangis sungguh dia cukup lelah dan muak dengan semua ini.
Kahar menyambung katanya lagi sebelum bingkas bangun seraya melangkah pergi.
"Aku muak dengan sakit kehilangan, Milea. Sungguh aku muak . Aku tak nak rasa lagi tapi takdir seolah mempermainkan aku lagi Milea. Andai saja kau berada di hadapan aku , aku cuma nak peluk kau dan lepaskan segala sakit aku Milea"
Kahar membaca suruh Yassin seraya menyiramkan air pada kubur Milea. Cantik sungguh kuburnya yang di kelilingi bunga berwarna putih terasa tenang hati ini saat melihat kubur Milea. Kahar bangun dan berjalan meninggalkan kubur seraya masuk ke dalam kereta. Kahar menatap lama ke arah kubur Milea dari jauh sebelum dia meneruskan perjalanannya.
Kahar mengambil keputusan untuk berjumpa Naim dan Mia di KUDRAT. Kahar tahu Naim selalu membantu Mia menguruskan hal-hal di dewan makan KUDRAT. Kahar terus memandu keretanya menuju ke tempat yang menyimpan banyak kenangan tentang dirinya.
Sesampai di sana Kahar terus menuju ke dewan makan. Lagipun tiada sesiapa disini kerana semua pelajar sedang bercuti. Kahar melihat Naim yang sedang duduk dibangku belakang dewan makan sambil menyalakan rokoknya. Kahar mula mengatur langkah menghampiri Naim .
"Naim"
"Kahar lama tak jumpa kau, kau sihat?"
"Macam ni la aku Naim tak ada perubahan"
"Aku harap kau kuat Kahar atas apa yang terjadi antara kau dan Bunga"
"Kau tahu?"
"Hakeem selalu juga call aku dan ceritakan semua tentang kau lagipun setiap kali call aku memang akan tanya khabar kau , Kahar"
"Aku tak kuat kalini Naim, aku muak untuk rasa hilang lagi . Tak cukup masa arwah Milea dulu dah buat aku gila sekarang Bunga pula yang aku hilang"
"Tak apa Kahar apa yang jadi ada hikmahnya"
Sedang Kahar dan Naim berborak datang seoarang anak kecil ke arah Naim. Anak kecil itu memangil Naim dengan panggilan 'baba'.
"Baba jom la kita balik kesian ibu tunggu dekat rumah"
YOU ARE READING
Izinkan Aku
RomanceBunga Amara seorang gadis yang bersifat ceria dan kekanak-kanakkan jatuh cinta pada lelaki dingin yang masih terperangkap dengan masa lalunya, Kahar. Mampukah Bunga menambat hati Kahar untuk jatuh cinta padanya? Atau semuanya hanya sia-sia ?. +++ "...