Sebulan kemudian...
Jasmine dan Hakeem bakal memulakan hidup baru sebagai sepasang suami isteri. Bunga hanya mampu menumpang kebahagiaan Jasmine saat ini.
Setelah kepergian Kahar bukannya tiada orang yang ingin mendekatinya namun setiap kali ini ada yang cuba mendekatinya dia akan menolak dengan alasan sudah bertunang walhal hatinya masih setia buat Kahar. Tiada sesiapa boleh menjadi pewarna dalam hidupnya selain Kahar.
++*
Sungguh Jasmine tampak cantik sangat hari ni. Jasmine mengenakan baju kurung bersongket berwarna putih keemasan serta bertudung . Keayuan Jasmine seakan terserlah.
Bunga hanya mengenakan kurung kaftan berkain pario berwarna putih bersulam emas tanpa corak bersama tudung selendang putih. Bunga tampak cantik dan ayu apabila bertudung tanpa sedar dirinya menjadi tarikan para lelaki di situ namun dia hiraukan sahaja.
"Cantiknya kau Jas"
"Terima kasih Bunga siapkan aku"
"Tak apalah , dulu kau siapkan aku untuk keluar date dengan Kahar so sekarang biar aku siapkan kau di hari bahagia kau pula"
Mendengar kata Bunga, Jasmine terus memeluk gadis itu erat.
"Kau kuat Bunga walaupun dia tak ada sekarang aku yakin cinta dia masih mekar untuk kau Bunga"
"Dah Jasmine jangan nak buat drama dekat sini aku tak nak nangis makeup aku mahal ni"
Sengaja Bunga bergurau senda cuba menutup tangisannya. Dia tidak mahu merosakkan hari bahagia Jasmine.
______________________
"Aku nikahkan kau dengan anak perempuanku Jasmine Qaisara binti Ahmad dengan emas kahwinnya bernilai RM 101 ringgit tunai"
"Aku terima nikahnya Jasmine Qaisara binti Ahmad dengan emas kahwinnya berjumlah RM 101 tunai"
"Sah"
Bersaksi kan yang lain dengan sekali lafaz Jasmine sah bergelar isteri kepada Hakeem.
"Taniah Jas"
"Thankyou Bunga"
Jasmine menarik Bunga dalam dakapannya. Air mata bahagia mengalir membanjiri pipi mereka berdua. Terlihat senyuman lebar terukir di bibir Jasmine dan Hakeem.
Melihat Jasmine, Bunga terbayangkan jika sekarang adalah hari bahagia dirinya bersama Kahar. Bunga masih merasa menyesal dengan apa yang terjadi semuanya punca dari dirinya sendiri.
Saat Bunga sedang melihat Jasmine tanpa sengaja dia terlihat sosok seorang lelaki yang pernah lihatnya sebelum ini . Sosok itu yang selalu melihat dirinya dari jauh . Bunga melihat sosok itu berjalan keluar dari dewan majlis .
Melihat sosok itu Bunga berniat untuk mengejarnya. Kali ini Bunga nekad tidak akan melepaskan sosok itu lagi. Dia perlu tahu siapa disebalik sosok lelaki itu misteri itu.
Entah kenapa tetapi hatinya yakin berkata bahawa itu adalah Kahar. Bunga terus berlari mengikuti sosok lelaki itu dari belakang.
+++
Bunga tahu dia tidak mampu mengejar jejak sosok itu tetapi satu sahaja cara untuk yakinkan dirinya itu adalah Kahar .
Bunga cuba menjerit memangil nama Kahar berharap yang sosok itu akan berhenti dan memusingkan badannya menghadap Bunga.
"KAHARR!!!"
Sosok itu berhenti namun dia tidak memusingkan badannya. Entah kenapa Bunga yakin itu Kahar.
"Saya tahu awak Kahar, hati saya yakin awak Kahar. Tolong jangan tinggalkan saya lagi bagi saya ruang."
Dia memusingkan badannya menghadap Bunga. Badan gadis itu membeku matanya pula mula berkaca melihat sosok di hadapannya itu adalah Kahar. Seolah tidak percaya Kahar masih berdiri di hadapannya saat ini. Bibir Bunga perlahan-lahan mengukirkan senyuman bahagia. Bunga terus menuju ke arah Kahar memeluknya erat sosok tubuh lelaki itu namun ditepis kasar oleh Kahar.
"Kau mintak aku bagi kau ruang? Bukan ka masa aku minta kau ruang , kau endahkan ja aku dan pergi tinggalkan aku?"
Bunga tersentak dengan kata-kata Kahar. Dari pandangan Kahar gadis itu dapat melihat tatapan Kahar seolah benci terhadap dirinya .
"S-saya minta maaf Kahar , saya terikut ego sendiri. Kenapa awak suruh Hakeem dan Jasmine bagitahu saya yang awak dah mati? Kenapa Kahar?"
"Sebab itu yang kau nak kan? Kau lupa kau pernah cakap yang kau tak nak lagi tengok aku ! Kau lupa yang kau jijik dengan pandangan aku? . Aku memang sengaja palsukan kematian aku biar kau rasa macam mana aku rasa sakit kehilangan . Kau tak pernah tahu macam mana aku terseksa Bunga Amara!"
"Kahar saya tak pernah maksudkan semua tu saya cuma-"
Tidak sempat Bunga menghabiskan katanya Kahar mencelah terlebih dahulu.
"Cuma apa? Cuma terikut ego kau sendiri sampai kau seksa aku. AKU SAKIT BUNGA LEPAS KAU PERGI! SAKITT!!"
Bunga tidak kuat lagi air matanya mula jatuh membasahi pipi mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Kahar. Bunga menundukkan kepalanya menghadap ke bawah dia tidak kuat membalas tatapan benci Kahar terhadapnya .
"M-maafkan saya Kahar. Saya menyesal dengan apa yang saya buat, saya kejam terhadap awak, Kahar. Tolong maafkan saya Kahar. Kita masih boleh selamatkan hubungan ni"
Kahar hanya mengendahkan kata-kata Bunga. Kahar berlalu pergi meninggal Bunga disitu. Bunga cuba mengejar namun kakinya lemah seolah tidak mampu melangkah lagi kerana langkahnya seperti berat dihimpit bersama rasa bersalah dalam dirinya.
Bunga merasakan dunia telah membayar hukuman kepada dirinya. Bunga dapat melihat tatapan manis Kahar terhadap dirinya sekelip mata sahaja berubah menjadi tatapan penuh benci . Terasa pahit buat dirinya menelan kenyataan ini.
Jasmine berlari ke arah Bunga seraya menarik gadis itu dalam dakapannya. Tubuh kecil Bunga di peluk erat oleh Jasmine .
"Maafkan aku Bunga,aku terpaksa ikut kehendak Kahar untuk sedarkan kau"
Bunga tidak mengatakan apa-apa hatinya sakit menerima semua ini. Bunga hanya mampu menangis saat ini.
"Dia dah bencikan aku Jas. Aku nampak dari mata dia cara dia pandang aku tu penuh benci tak sama macam dulu lagi."
"Bunga Kahar tak bencikan kau percaya laa dia cuma kecewa dengan kau sebab tinggalkan dia"
"Mana aku nak jumpa dia lagi Jasmine, dia macam nak pergi jauh tinggalkan aku."
Hakeem datang seraya memegang lembut lengan Jasmine umpama memberi isyarat untuk meleraikan pelukkannya bersama Bunga. Pelukkan itu segera di leraikan oleh Jasmine bagi memberi ruang kepada Hakeem untuk mencelah .
"Cari dia dekat tempat semua ni bermula"
Kata Hakeem ringkas seraya terus membawa Jasmine masuk semula ke dewan.
______________________
Sungguh Bunga menyesal namun dia tidak akan membiarkan hubungannya yang lama terbina ini hancur kerana ego lagi . Kali ini biar dirinya yang betulkan segalanya. Bunga tidak akan sia-siakan peluang kali ini lagi.
"Tunggu aku Kahar, aku janji aku takkan buat kesilapan yang sama lagi. Itu janji aku" -Bunga Amara.
To be continue....
YOU ARE READING
Izinkan Aku
RomanceBunga Amara seorang gadis yang bersifat ceria dan kekanak-kanakkan jatuh cinta pada lelaki dingin yang masih terperangkap dengan masa lalunya, Kahar. Mampukah Bunga menambat hati Kahar untuk jatuh cinta padanya? Atau semuanya hanya sia-sia ?. +++ "...