I was always think that love was wrong
But everything was changed when you came along
Oh, and there's a couple of words I wanna sayFor the rest of my life
I'll be with you
I'll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I'll be loving you, loving you
For the rest of my life
Through days and nights
I'll thank Allah for opening my eyes
Now and Forever I , I'll be there for you.-For the rest of my life, Maher Zain-
Hari ini hari bahagia buat Kahar dan Bunga. Mereka akan melangkahkan kaki ke alam perkahwinan .
______________________
Kahar mengenakan baju melayu berwarna putih bersulam emas bersama songkok dan sampin yang bersulam corak debunga .
Dia tampak biasa namun tuhan sahaja tahu bagaimana gementarnya Kahar saat ini.
"Kau kenapa Kahar, kapla kita tengah nervous ke tu?"
Hakeem tergelak besar melihat Kahar yang kelihatan gementar sebelum melafazkan akadnya.
"Kau diam la Keem kang aku ajak manifesto arwah jugak kau nanti"
"Tak baik do kau, kesian Jasmine baru kahwin dah hilang suami"
"Kau ni bukan nak tolong aku Keem, aku nervous ni"
"Ya lah, kau jangan la takut sangat cuba bawa bertenang dulu. Aku ada teman kau dari tepi okay."
Kahar memeluk Hakeem erat . Dia tidak percaya sampai saat ini Hakeem masih setia menjadi kawannya . Begitu banyak ujian mereka hadap bersama namun tidak pernah sekalipun Hakeem meninggalkan Kahar sendiri.
"Dah sampai bila kau nak peluk aku ni Kahar. Jom semua tengah tunggu kau"
Kahar hanya akur mengikuti langkah Hakeem dari belakang. Dia mula mengatur nafasnya sungguh hatinya sangat berdebar saat itu. Sampai di sana dia melihat ramai orang yang menunggu kehadiranya di sebuah meja , termasuk Bunga . Dia terpukau melihat Bunga yang mengenakan baju kurung klasik berwarna putih bersama bertudung putih serta tangannya dihiasi dengan contengan inai yang cantik.
Gadis itu sedang memegang sejambak bunga segar . Dia melemparkan senyuman manis miliknya kepada bakal suaminya. Sungguh Bunga tampak cantik sekali hari ini. Sempat lagi Kahar mengenyitkan matanya ke arah Bunga. Melihat itu Bunga tersenyum malu .
Seri di wajahnya seakan terserlah. Kahar mengambil tempat dihadapan Encik Kamal seraya melabuhkan punggung di kerusi yang disediakan. Kahar menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Encik Kamal itu. Nafas panjang ditariknya cuba untuk bertenang.
Kahar memandang Bunga semula sebelum memulakan majlis akad itu.
YOU ARE READING
Izinkan Aku
RomanceBunga Amara seorang gadis yang bersifat ceria dan kekanak-kanakkan jatuh cinta pada lelaki dingin yang masih terperangkap dengan masa lalunya, Kahar. Mampukah Bunga menambat hati Kahar untuk jatuh cinta padanya? Atau semuanya hanya sia-sia ?. +++ "...