Maafkanlah aku bila aku melukai hatimu
Mungkin juga kita yang terlupa siapakah diri ini
Bila tiada lagi ku sedari kisah ini terhenti
Cubalah fahami cinta ini memerlukan kau dan akuTidak terdaya untukku menanggung rindu
Dan tidak terdaya aku melepaskanmu
Bila tersedar di atas kesilapan diriku
Ku lupakan cerita lama dan terus kembali~maafkan aku, Asfan Shah~
_________________________Sudah seminggu berlalu namun Kahar dan Bunga masih tidak menghubungi antara satu sama lain. Apatah lagi Kahar masih di hospital kerana keadaannya yang tidak menunjukkan yang dia semakin membaik.
Bunga mengemas barang dan pakaiannya. Dia mengambil keputusan menerima tawaran sambung belajarnya di Turki selama 3 tahun.
Bunga yang terlalu mengikut rasa egonya itu langsung tidak mahu mendengar nasihat kawan baiknya , Jasmine."Kau dah fikir betul-betul ke dengan keputusan kau ni Bunga? Aku tak nak kau menyesal nanti"
"Aku tak akan menyesal dengan keputusan aku, cukup lah aku dah penat dipermainkan macam nih"
"Tapi Bunga-"
"DAH LAH JASMINE AKU PENAT LA DENGAR KAU NAK MENANGKAN SI KAHAR TU JA, CUKUPLAH TU"
Jasmine tersentak dengan perangai Bunga yang semakin berubah menjadi seorang yang mudah marah. Malah Bunga sendiri tidak dapat mengawal kemarahannya.
"Dah bagitahu mak abah ke?"
"Dah , aku tak nak ganggu sangat diorang dekat mekah kan"
"Kau gerak hari ni ke?"
"Haah flight aku pukul 11 malam ni"
"Bunga , ni ada surat untuk kau"
"Surat?"
"Ya, aku harap kau baca surat ni Bunga mungkin cara ni sahaja dapat sedarkan kau"
Bunga hanya mengambil surat itu seraya menyimpannya di dalam beg bagasinya sahaja. Dia seperti tiada niat langsung untuk membuka atau membaca surat itu.
_________________________
Hakeem mendapat panggilan dari Jasmine yang memberitahunya bahawa Bunga akan ke Turki hari ini tepat jam 11 malam .
"Hello Jas, kenapa?"
"Awak Bunga degil dia nak jugak pergi Turki pukul 11 malam ni"
"Apa pergi Turki!?"
"Yaaa"
Dia hanya berbisik namun tanpa sedar Kahar mendengar semuanya. Kahar bingkas bangun dari katilnya seraya mendekati Hakeem.
"Keem Bunga pergi mana!! Jawab aku Hakeem!!"
Kahar menggenggam erat buku limanya silap hari bulan kalau Hakeem masih mendiamkan diri mungkin penumbuk itu bakal singgah ke wajahnya.
"Dia nak pergi Turki malam ni pukul 11"
Kahar melihat jam pada dinding hospital yang menunjukkan telah jam 10.20 Malam . Dia merasakan masih ada masa untuknya .
"Keem jom kita kena pergi sana sekarang , cepat keem!"
"Yaa!!!"Kahar terus masuk ke dalam kereta Hakeem dan meminta Hakeem untuk membenarkan dia yang memandu kereta.
YOU ARE READING
Izinkan Aku
RomanceBunga Amara seorang gadis yang bersifat ceria dan kekanak-kanakkan jatuh cinta pada lelaki dingin yang masih terperangkap dengan masa lalunya, Kahar. Mampukah Bunga menambat hati Kahar untuk jatuh cinta padanya? Atau semuanya hanya sia-sia ?. +++ "...