Sejak dari kejadian itu, Kahar dihantui rasa bersalah pada Bunga . Hatinya mula terasa kosong seperti ada sesuatu yang hilang . Fikirannya kusut , bukan lahi wajah Milea bermain di benak fikirannya namun wajah Si Bunga yang sentiasa berlegar dalam fikirannya terutama suara tangisan gadis itu masih jelas di dalam ingatannya .
Kahar ke pejabat dengan fikiran kusutnya. Namun sesampai di pejabat dia merasa hairan kerana Bunga masih tiada di tempat kerjanya.
Selalunya Bunga akan datang lebih awal darinya dan akan menghidangkan secawan kopi diatas mejanya.
Tiba-tiba dia teringat akan senyuman manis milik Bunga. Entah kenapa hatinya mula merindukan kehadiran Bunga. Sedang dia termenung memikirkan Bunga, Hakeem datang mengetuk pintu kaca perjabatnya.
"Keem , kenapa datang ni?"
"Aku ada benda nak bagi kau"
"Apa keem?"Hakeem meletakkan sepucuk surat di atas meja Kahar seraya terus melangkah untuk keluar.
"Keem tunggu"
"Asal?"
"Kau marah aku ke Keem?"
"Tak marah aku cuma kecewa dengan kau Kahar . Kau sia-siakan orang yang betul-betul sayangkan kau . Kau macam permainan kan perasaan dia sepatutnya dari awal kau tak perlu layan dia Kahar supaya dia tak letak apa-apa harapan pada kau."
"Aku minta maaf Keem, aku tak nak dia sakit"
"Kau dah pun sakitkan dia Kahar"
"Keem kau tahu mana dia? Sebab dia langsung tak masuk office ni"
"Dia balik kampung merajuk dengan kau, aku harap lepas kau baca surat ni kau sedar dan kejar dia semula. Sampai bila nak hidup dengan masa lalu kau? Kalau Milea ada sekarang mesti dia marah kau siap pakej hentak kepala kau dekat meja"
"Dah laa Keem kau ni , aku tahu aku salah"
"Dah hilang baru tahu rasa rindu masa ada apa kau buat ? Kau sakitkan dia hah?"
"Aku tahu aku salah Keem"
"Dah aku blah dulu banyak kerja lagi ni"
Kahar hanya menganggukkan kepala melihat jejak Hakeem yang semakin jauh dari pandangan mata. Kahar duduk di kerusi kerjanya seraya membuka surat itu.
________________________Kehadapan Kahar,
Saya maafkan awak Kahar, mungkin saya yang salah mengharapkan cinta dari seseorang yang masih digenggam erat masa lalunya.
Sungguh Kahar , saya cemburu dengan Milea yang masih mampu ada di tempat istimewa dalam hati awak walaupun jasadnya telah tiada. Bodohnya saya menganggap yang saya telah berjaya berada di tempat istimewa dalam hati awak. Mungkin bagi awak kenangan kita cuma bayangan tentang Milea tapi bagi saya kenangan kita adalah sebuah kisah kegemaran saya. Jujur saya mahukan awak bersama saya seperti awak bersama Milea namun saya sedar saya tak mungkin jadi "dia" kerana dia adalah bulan kegemaran awak sedangkan saya hanya bintang kecil yang awak tak pernah nampak.
Terima kasih , Kahar untuk semuanya.
Dari , Bunga Amara.
________________________Entah kenapa tanpa sedar saat membaca surat ini mata Kahar mula berkaca. Kahar mula sedar yang Bunga sebenarnya telah berjaya mendapatkan hatinya. Gadis itu telah berjaya menghidupkan rasa cinta yang sudah lama mati dalam diri Kahar.
Melihat senyumannya seolah membuatkan Kahar merasa di berikan nyawa semula. Kahar perlu mengejar si Bunga semula . Tidak akan dia biar wanita seikhlas Bunga disakiti lagi.
"Aku sayang kau , Bunga. Tunggu aku"
Kahar bermonolog dalam hatinya. Dia nekad kali ini untuk mengejar si gadis itu.
Kahar bergerak mencari keberadaan Jasmine. Kahar tahu Jasmine seorang model sambilan dan merupakan pembantu peribadi kepada Hakeem. Kahar terus menuju ke pejabat Hakeem untuk bertanya di mana letaknya kampung Bunga.
________________________Sesampai di pejabat Hakeem , Kahar terus mencari keberadaan Jasmine. Kahar melihat jelas Jasmine sedang berborak mesra bersama Hakeem di bilik pejabat lelaki itu. Kahar terus menuju masuk ke dalam bilik itu . Dia tidak mahu lagi merasa kehilangan seperti dulu .
"Hakeem!!"
Hakeem dan Jasmine terkejut dengan kedatangan Kahar secara tiba-tiba . Mereka memandang Kahar hairan.
"Asal kau ni Kahar?"
"Jasmine , kau tahu kampung Bunga?"
"Kau nak buat apa Kahar? Nak sakitkan Bunga lagi? Dah laa biarkan Bunga. Lupakan dia"
"Tak Jasmine aku nak tebus salah aku, aku merayu pada kau Jasmine . Aku nak pujuk Bunga aku tak nak rasa kehilangan lagi"
Hakeem dan Jasmine saling berpandangan, seolah mereka takut Kahar akan melukai hati Bunga lagi. Namun Kahar telah berjanji pada dirinya untuk tidak menyakiti si Bunga lagi.
"Baik, kalau macam tu , Jasmine tulis alamat rumah Bunga pada Kahar"
"Sayang, are you serious ?"
"Yes , I'am sure. Lagi pun tak salah kita bagi Kahar peluang. I know him"
Kahar tersenyum ceria kepada Hakeem. Kahar tahu Hakeem akan sentiasa membantu dirinya. Jasmine menuliskan alamat kampung Bunga pada sepucuk surat seraya diberikan pada Kahar.
________________________
Kampung Raga ,
Yan , Kedah , 06900
[alamat ni main hentam je so abaikan je laa]
________________________"Terima kasih Jasmine , Hakeem thankyou brother"
"Ingat Kahar kau sakitkan kan Bunga aku belasah kau . Time tu Hakeem pun tak boleh tolong"
Kahar tersenyum jangal terasa gerun mendengar ugutan Jasmine.
Kahar terus menuju keluar untuk pulang ke rumahnya seraya mengemas pakaiannya.
Maafkan aku, Bunga Amara . Aku janji aku akan tebus kesalahan aku . Aku sayang kau , Bunga.
To be continue....
YOU ARE READING
Izinkan Aku
RomanceBunga Amara seorang gadis yang bersifat ceria dan kekanak-kanakkan jatuh cinta pada lelaki dingin yang masih terperangkap dengan masa lalunya, Kahar. Mampukah Bunga menambat hati Kahar untuk jatuh cinta padanya? Atau semuanya hanya sia-sia ?. +++ "...