Mungkin ada yang pening dengan D.E.M.O.N.I.C season II disebabkan percambahan dan pertembungan watak antara story N.A.I.V.E dan D.E.M.O.N.I.C.
Actually saya dah karang chapter ni,but i don't think it's necessary sebab my readers want to focus on D.E.M.O.N.I.C bukan N.A.I.V.E.
Tapi mungkin akan jadi pening sebab siapa gaduh siapa?siapa rebut siapa?siapa marah siapa?siapa dendam kat siapa dan siapa suka siapa?Haa kau..dengan aku sekali pening 🤣😂
So saya akan explain seringkasnya story N.A.I.V.E untuk memudahkan para readers memahami keseluruhan story.So harap dapat mempermudah ya ⚘️
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
NAIVE actually mengisahkan tentang seorang lelaki bernama VADON DOMINIQUE,kisah bermula masa mereka masih di usia 17 tahun.Dominique dan Nyles merupakan sahabat karib,biasalah darah muda..umur baru setahun jagung apa sahaja yang tidak dicuba mereka?racing,ponteng kelas,masuk club,girls sudah bagaikan makanan sajian harian bagi mereka.
Berbeza dengan Drystan,adiknya itu seorang yang introvert.Dia tidak suka mengikuti perangai nakal abangnya,kehidupannya lebih tertumpu kepada pelajaran dan perkara baik semata.
[E⚘️ : Mungkin sebab tu dia mengeluh right kena jodohkan dengan Barbara? AHAHAHA🤣 okeyyy sambung!]
Satu hari ketika Nyles dan Dominique duduk bersantai di atas motor,sedang menikmati pemandangan pantai di petang hari.Mereka terdengar suara beberapa remaja sedang tertawa riang pulang dari sekolah.
Mata Dominique tertangkap pada seorang gadis bermata biru,wajah gadis itu menarik perhatiannya dalam ramai-ramai gadis di situ.Dia tersenyum sendirian melihat keletahnya.
"Woi,anak dara orang tu budak lagi weh..jangan nak cari bala!" Sergah Nyles menghumban bertih jagung pada Dominique sambil ketawa terdekah-dekah.
"Ish,tau bah!Saja cuci mata."Balas Dominique menjeling sebentar sebelum kembali menatap gadis itu.
Bermula dari sejak itu,Dominique sering mengendarai motornya pergi ke pantai itu,adakalanya bersama Nyles ada masanya hanya sendiri.
Rasa ingin tahunya tentang gadis itu membuak-buak,tiap kali terpandang wajahnya dia tersenyum memerhatikan gadis itu dari jauh.
Sesekali dia datang menyapa dan ya..we all knows what happened next.He was a clone of Nyx anyway.🤣
*****
NYLES VINICIUS kawan rapat Dominique sejak kecil,hubungan mereka terlalu rapat bagaikan isi dengan kuku.Nyles mempunyai seorang abang,CHAOS VINICIUS yang ketika ini sedang melanjutkan pelajaran di tempat lain.
Sekali sekala jika abangnya pulang pasti akan mengikuti mereka bersantai.Dia lebih suka berada di luar daripada duduk di rumah.
Rumah?hanyalah tempat persinggahan.
Hanya Chaos satu-satunya ahli yang dianggap keluarga baginya.
Hubungan ibu dan ayahnya?
Bagai retak menanti belah,ayahnya suka berfoya-foya mencari pucuk muda di luar meninggalkan ibunya yang mengalami depresi akibat sikap ayahnya itu.
Dia tidak mengerti mengapa ayahnya yang dahulu baik berubah menjadi begitu?apa mungkin kerana sudah lama bersama maka dia mulai bosan?Kenapa dia sering menjadi mangsa pukulan ayahnya?
Namun pertanyaan yang sering bersarang di minda itu terjawab akhirnya suatu hari...
Dia pulang ke rumah menggunakan motorsikal Dominique kerana motorsikalnya dihantar ke bengkel.Ketika masuk dia mendengar ibubapanya bertengkar hebat.
YOU ARE READING
ᴀɴᴏᴛʜᴇʀ ꜱɪᴅᴇ ᴏꜰ ɴ.ᴀ.ɪ.ᴠ.ᴇ: 𝐃.𝐄.𝐌.𝐎.𝐍.𝐈.𝐂 (𝐈𝐈)
Romance📓 THIS STORY CONTAINS: 🔞 MATURE CONTENT,CRIME SCENE,OFFENSIVE WORDS,SO READ AT YOUR OWN RISK! 🚫DO NOT REPORT OR DISTRIBUTE ANY NEGATIVE COMMENTS. 🚫PLAGIARISM ARE NOT ALLOWED HERE! 🤪PARDON ME FOR MY GRAMMATICAL ERROR IN BAHASA AND ENGLISH, WEL...