Bab 1.

854 18 2
                                    

  "ALAMAK!! DAH LAMBAT NI".

Aku cepat-cepat masukkan buku dan barang-barang yang diperlukan untuk sekolah. Aku bergegas keluar bilik dan nampak Winter kat ruang tamu. Winter ialah kucing yang aku ambil dari lorong 2 bulan lalu. Tuannya aku tak dapat nak cari. Jadi aku jaga dia lagi.

"Bye winter. Love you".

Aku terus berlari keluar dari rumah. Sesampai di sekolah, aku masih beruntung sebab pagar tak tutup lagi. Tapi setelah aku masuk, pintu pagar sekolah ditutup. Dah pukul 8:00. Jadi pelajar yang lambat harus di denda.

"Nasib baik aku berlari datang sekolah tadi" dalam hati Echa.

Aku berjalan menuju perhimpunan. Disebabkan hari ni hari Ahad, jadi aku kena berdiri kat lapangan tu. Aku masuk ke barisan kelasku dan perhimpunan mula berlangsung.

"Echa". Seseorang memanggilku.

Aku pusing ke belakang dan kedepan. Tiada sesiapa yang memanggilku. Mungkin otak aku kot.

"Echa. Aku kat sini lah". Memanggilku lagi.

Aku pandang ke kiri dan nampak kawanku di sana. Jap...kelas dia kan kat sini kenapa ada kat barisan lain?. Aku hanya angkat kening. Disebabkan tak boleh bising dalam perhimpunan, jadi kenalah guna bahasa isyarat.

"Kau nak apa?". Balasku dengan nada marah.

Dia hanya gelak. Dia fikir lawak lah tu?.


"Baik semua. Perhimpunan akan berlangsung sekarang". Seorang perempuan di atas pentas memberikan ucapan.

Aku dan kawanku terus tegak. Aku pandang kebelakang dan nampak ada pengawal kat belakang memerhatikan kiteorang. Aku pusing kedepan dan tak nak tengok kawan aku. Walaupun dia memanggilku.

"Jadi. Saya ingin menyampaikan berita yang sedih dan berita yang gembira untuk perhimpunan kali ini. Jadi semua tolong beri tumpuan kepada saya".

Guruku telah memberi ucapan. Nadanya kelihatan sangat sedih. Apa berita sedihnya?. Aku ingin tahu. Aku tengok kekiri dan kekanan. Ada 1 barisan yang kelihatan berpelukkan diantara 1 sama lain dan menangis.

"Kita baru sahaja kehilangan 1 pelajar dari kelas 6 *****."

Hah? Aku tak salah dengar kan?. Ada student yang hilang. Kesemua murid di perhimpunan itu mula berbisik 1 sama lain. Aku yang tak tahu  apa-apa hanya diam di tempat. Pengawal yang menjaga mula menjalankan tugasnya kerana perhimpunan mulai kecoh.

"Student itu hilang 2 hari sebelum naik sekolah. Jadi saya minta semua student di sini berhati-hati dan jangan bersedih. Polis sedang berusaha mencari dia.".

Bulu romaku naik. Dia menghilang 2 hari sebelum sekolah. Aku jadi takut untuk pulang kerumah seorang diri. Aku terbayang-bayang kalau aku pulang kerumah seorang diri adakah aku pun akan hilang?. Aku terus tersedar dari dunia bayang-bayangku.

Perhimpunan tamat dan semua pelajar diarahkan untuk pergi ke kelas masing-masing. Semasa aku menuju ke kelas ku. Tiba-tiba aku terlanggar seseorang. Dia berbaju hitam dan mukanya ditutup dengan mask dan topi hitam.

"Saya minta maaf!"

"Its ok"

Aku mintak maaf cepat-cepat. Dia memaafkan ku dan terus pergi. Aku yang dari tadi tunduk pun menegakkan diri kembali dan berjalan menuju ke kelas. Kat kelas, aku bertemu dengan kawanku yang berada di perhimpunan tadi.

"Ehh kenapa tadi kau palau aku?".

"Aku ni nak fokus kat perhimpunan. Kau lah yang kacau aku." Aku bercakap dengan nada marah.

"Haha. Sorry lah. Aku bosan masa perhimpunan tadi.". Dia bercakap macam tak buat salah pape.

Aku julingkan mata ke atas. Malas nak melayan aku macam dia ni.

Bersambung....


~ Possessive Mafia Man ~ | [ONGOING]Where stories live. Discover now