Bab 14.

285 9 0
                                    

Dah dekat 3 bulan Alt tak balik. Dia kemana je? Dia kat mana sekarang ni?. Banyak soalan yang aku nak tanya dia bila dia balik.

"Kakak...". Lia memanggilku.

"Ye saya kenapa?". Jawabku kembut.

"Jom jalan-jalan. Lia bosanlah duduk rumah.". Jawabnya dengan nada bosan. Aku pun bosan juga tapi oscar ada urusan hari ini jadi kami tak boleh keluar sebab tiada yang jaga.

"Abang oscar tak ada harini. Kita tak boleh keluar.". Jawabku sambil mengusap-usap rambutnya.

"Ala, kita jalan-jalan kat taman je. Lepastu balik lah.". Dia menarik-narik tanganku. Aku dah mula tak tentu arah sebab tengok mata dah nak berair.

"Aduhh. Haishh yelah. Tapi betul eh lepas jalan-jalan terus balik?". Tanya ku untuk kepastian.

"Hihi. Betul lah tak kan lia nak tipu.". Akhirnya dapat kepastian lia aku dan lia terus keluar. Jalan-jalan kat taman terdekat je.

-

Di taman.

Lia dah pun berlari anak menuju buai. Aku hanya mengikutinya dari belakang. Aku menolak buai dari belakang.

"Yeayyy!!". Lia dah menjerit keseronokkan. Aku hanya tersenyum melihat lia. Tiba-tiba aku tersedar sesuatu. Ada 1 kereta hitam yang berada di dekat taman. Kereta tu rasanya dari tadi tak ada. Kereta itu betul-betul berhenti dekat taman. Hatiku mulai tak sedap hati.

"Lia, lia nak apa-apa tak?". Tanyaku sambil menahan buai milik lia.

"Hmm?". Jawabnya.

"Kita.... beli ice cream nak?". Tanyaku supaya cepat-cepat pergi dari taman ini.

"Nak!! Lia nak ice cream". Dia turun daripada buai.

"Ok lia masuk rumah dulu. Biar akak yang beli ok?". Tanyaku. Dia hanya mengangguk.

"Jangan lupa kunci pintu.". 1 arahanku. Dia angguk dan berlari kerumah. Aku bukan tak mahu masuk sekali dengan lia tapi aku tahu siapa yang mereka incar. Mereka mengincarku. Aku tak nak melibatkan lia dalam masalah ini. Aku berjalan selaju mungkin untuk jauh dari kereta itu. Nampak sahaja 1 kedai ice cream aku terus masuk.

"Huft akhirnya". Aku nampak kereta hitam tadi mungkin tidak melihatku.
Apa yang aku patut buat ialah call oscar. Aku mencapai telefon yang berada di kocekku. Aku mendail nombor oscar.

"Cepat lah angkat....". Aku mula gelabah. Mula mengigit kuku. Aku mulai ketakutan. Aduh lambatnya.

"Nombor yang anda dail-". Oscar tidak mengangkatnya. Siapa yang aku nak call ni. Nak call alt? Takut dia sibuk.

Rasa takutku telah menutup mataku. Tak tahu nak buat apa.

"Umm akak?.". Seseorang yang berkerja di situ menegurku.

"H-hah ye saya.". Aku hanya senyum hambar.

"Akak ok tak ni? Muka akak pucat.". Tanyanya sambil menghulurkan tisu kerana mukaku telah basah dimandikan peluh.

"Saya ok je...". Tercungap-cungap sebab penat berlari. Aku duduk di salah satu meja berdekatan cashier. Aku cuba menenangkan diri. Tiba-tiba seseorang duduk di hadapanku.

"Minum ni dulu.". Dia menghulurkan air botol mineral.

"No. Its ok.". Aku menolak semula botol kearahnya. Bukan tak nak terima takut je. Yelah mana tau dia dah letak racun or dah minum ke.

"Saya tak letak apa-apa pun dalam ni". Dia menolak semula air itu ke arahku Tapi aku sedikit pelik. Suara ini macam pernah dengar. Aku mendongakkan kepala ku. Nampak sahaja muka lelaki itu, aku terus terbangun dari kerusi.

"A...apa kau buat kat sini?". Aku sungguh terkejut.

"Saja. Takkan tak boleh jumpa ex bestfriend sendiri?". Sambil ketawa. Aku rasa dia dapat lacak lokasi aku. Dah 2 tahun aku cuba lari daripada dia sebab dia selalu buat aku dalam bahaya.

"I dont want to meet you. I hate you.". Sambil mengetap rahang. Baran dalam diri dah meluak-luak.

"Why? I just miss you my ex bestfriend.hehehe .". Bila dengar je suara dia ni buat kan nak baling je selipar ni kat mulut dia.

"But. I dont miss you. You make me hate you more. Blah lah kau dari hidup aku.". Aku dah siap-siap nak baling kerusi yang aku dah genggam lama ni.

"Ala... baru nak sweet-sweet tapi tak pe lah. Kalau kau nak lari sekarang pun tak boleh. Hehehe.". Tak boleh lari?. Tiba-tiba ada yang menahan tangan dan kakiku.

"Ehh apa ni lepaslahh!!". Aku meronta-ronta untuk lepaskan diri. Aku cuba mengerakkan kaki ku dan tiba-tiba belakang ku dipukul kuat. Aku terjatuh dan pengsan di situ.

Pov Ryan.

Dah beberapa bulan aku tak balik. Aku rasa echa dah risaukan aku tu. Sampai sahaja didepan pagar, pagar itu secara automatik terbuka dan aku terus masukkan kereta. Setelah parking kereta, aku terus keluar kereta sambil pegang barang-barangku.

"Abang!!". Terkejut aku lepas dengar seseorang menjerit.

"Ehh lia kenapa ni? Mana kakak echa?". Aku melihat muka lia dah dipenuhi dengan air mata.

"Lia tak tahu... tadi kakak kata nak pergi beli ice cream untuk lia lepastu sampai sekarang tak balik-balik. Abang mana kakak echa!". Makin ku tangisan lia. Dia keluar?. Bukan aku dah cakap kalau tak ada oscar jangan keluar. Degil betul.

"Kakak echa pergi arah mana.". Cuba ingin tahu arah mana echa pergi supaya senang untuk dilancak.

"Arah sana...". Lia menunjuk 1 lorong sempit yang dilalu echa.

Tak... takkan dia lalu lorong tu... lorong tu kan...

.

.

.

.

.

.

Bersambung....

~ Possessive Mafia Man ~ | [ONGOING]Where stories live. Discover now