bab 13.

296 9 0
                                    

Aku memandang keluar tingkap. Bosan punya pasal sebab dah tak ada siapa dalam bilik. Aku dah kembali ke bilik aku sebab tak kan nak lama-lama kat bilik Alt. Nanti apa lah orang fikir lama-lama dalam bilik dengan laki. Aku mengeluh kecil. Aku baringkan badan aku dan tarik selimut hingga paras dada. Aku meraba-raba dahiku. Terasa mukaku dah bertukar menjadi merah. Aku masih teringat dengan ciuman Alt. Aduh kenapa aku masih teringat dengan dia ni. Aku menepuk-nepuk pipiku supaya dah tak merah.

"Kenapa ni?". Nenek yang berada di sebelahku menegurku.

"Tak ada apa-apalah". Aku hanya senyum kecil ke arahnya. Aduh pipi masih memerah.

"Ala.... kalau senyum-senyum tu ada apa-apa lah". Nenek itu mengusikku. Aku hanya tersengih kecil.

Kedengaran pintu bilik kami dibuka. Fikirkan nurse ke apa tapi aku nampak seorang perempuan berpakaian rok bawah lutut.

"Nenek!!!". Dia terus memeluk nenek di sebelahku. Aku rasa tu cucu dia kot.

"Ni cucu nenek.". Nenek itu memperkenalkan cucu nya.

"Hai kak! Nama saya Diana qarina". Dia memperkenalkan dirinya. Sedapnya nama tu. Aku hanya tunduk sahaja.

"Nama saya Haura Alesyia. Boleh panggil Echa.". Aku senyum manis ke arahnya.

-

Dah berjam-jam aku tunggu oscar dan lia datang. Aku tunggu di bawah sebab aku dah boleh balik. Tadi kata nak datang pukul 2:30 ni dah pukul 4:00. Lamanya diorang ni. Buat apa pun tak tahu lah. Tiba-tiba, ada 1 kereta hitam berhenti didepan pintu hospital. Hah akhirnya nampak juga batang hidung diorang. Lia berlari kearah ku dan terus memelukku.

"Kakak! Lia rindu kakak!". Happy betul dia ni kalau nampak aku. Aku melihat oscar yang berjalan ke arah kami.

"Jom. Kita pergi.". Dia mengangkat beg dan terus berjalan ke kereta.

"Umm lia. Mana abang alt?". Tanyaku kepada lia.

"Abang ryan kerja. Nanti kita pergi tempat kerja dia tau. Lia nak jumpa abang!". Terlonjat-lonjat dia. Aku hanya tersenyum happy. Aku berjalan menuju kereta oscar.

"So... kita nak pergi mana ni?". Tanya oscar setelah kami masuk kereta.

"Nakk jumpa abang ryan!!". Lia kat belakang menjerit nak jumpa alt.

"Sorry. Tapi buat masa ni kita tak boleh jumpa ryan. Sebab... ada masalah sikit". Kata oscar. Rasa serba salah pun ada. Aku pandang oscar dan mata kami berjumpa. Mata dia tak tipu. Mesti ada sesuatu yang ryan buat sampai bz macam ni. Aku boleh terima tapi tidak dengan lia.

"Ala nak jumpa abangg!!". Dah menjerit-jerit lia kat belakang.

"Kita pergi rumah abang khai eh?". Oscar cuba memujuk.

"Ala nak abang ryan!!". Ahh menangis dah lia. Aku dan oscar dah gelabah macam mana nak pujuk lia.

"Umm... kita pergi mall nak? Kita shopping?". Aku pujuk lia. Ajak dia pergi mall memang berkesan sebab lepas je dengar perkataan mall dia terus diam dan senyum.

-

Sampai sahaja kami di mall, lia dah berlari masuk dalam dan diikuti oscar yang terpaksa kejar. Lia dah tunjuk-tunjuk 1 tempat yang banyak make up. Kecil-kecil dah pandai pakai. Aku ni nak pakai pun takut.

"Abang oscar!! Lia nak lipstick ni!!". Dia menunjuk 1 lipstik. Oscar mengangguk sahaja dan lepas tu dia pandang aku. Dia suruh aku bayarkan lipstick tu. ye lah idea aku nak pergi mall. Aku mendekati oscar.

"Ehh bayarkan ah aku tak ada duit". Bisikku.

"Aduh... kau yang nak pergi sini kau lah yang bayar". Bisiknya pula.

Aku pandang oscar. Oscar pandang aku. Haishh bab nak bayar ni memang susah. Lia pandang aku sebab tak sabar nak bayar. Aku tengok lia dan tunjuk oscar.

"Abang!! Cepatlah!!". Lia menarik-narik baju oscar. Yes akhirnya jimat duit aku.

"Ok ok jom kita bayar.". Oscar terpaksa mengalah. Aku ikut mereka dari belakang. Sampai je cashier oscar terus keluarkan dompet dia. Aku yang kat belakang tengok dompet dia. Aku terkejut sebab tengok isi dia. Tak ada duit tapi... blackcard!. Kaya mamat ni.

-

Aduh penatnya. Tangan aku dah penuh dengan beg belanja lia. Tangan oscar pun dah penuh. Lia masih mencari kedai untuk dimasuki.

"Hmm lia dah habis shopping ke?". Oscar membuka mulut. Suara dia dah macam kepenatan.

"Hmm cukup!! Jom pergi makan. lia lapar". Sambil mengelus-elus perutnya.

"Haah. Dari tadi berjalan lupa pasal makan". Bicaraku.

Kami pergi ke satu kedai makan. Kami duduk di salah satu meja berdekatan dengan pintu keluar. Oscar pergi untuk mengoder makanan. Aku dan lia hanya tunggu di meja makan. Setelah oscar selesai, dia duduk berhadapan denganku.

"Oscar. Aku nak tanya.". Oscar yang tadi tengok luar berpaling ke aku.


"Tanya apa?". Jawab nya.

"Alt kerja apa sebenarnya?". Setelah aku bercakap, oscar tengok aku dengan mata yang mencerun tajam.

"Kenapa tanya?". Jawabnya dengan nada serius.

"Bukan apa. Alt asyik tak ada kat rumah. Berminggu-minggu dia tiada. Dia pergi mana sebenarnya?". Tanyaku. Aku tahu ini mungkin rahasia tapi rasa ingin tahu itu membuak-buak dalam diriku.

"Aku rasa kau kena tanya Ryan sendiri. Aku tak boleh bagitau sebab ini privasi dia. Kalau dia izinkan baru aku boleh bagitahu". Jawabnya selamba sambil memandang keluar.

Serius aku nak tahu dia tu siapa.

Bersambung.....

.


.

.


.

.

Selamat hari raya semuanya!.

Sorry dah lama tak post bab baru.

Hope korang enjoy>3

~ Possessive Mafia Man ~ | [ONGOING]Where stories live. Discover now