Bab 9

364 8 1
                                    

Siapa yang datang tu?. Tanyaku dalam hati.

Muka Alt dah macam tak nak bagi orang kat luar tu masuk pula. Aku tengok Alt hanya duduk. Aku pun bangun dan membuka pintu.

"HELLOOOO BROTHERR!!". Seorang lelaki menjerit di depan pintu.

"ARGHH!". Aku menjerit sebab terkejut. Aku hampir terjatuh, nasib baik Alt sempat menyambutku. Buang tebiat ke apa jantan ni?.

"Kau nak apa datang sini.". Alt dengan nada tegas.

"Kau dah tak sayang adik kau ke setan?. Kau yang suruh aku datang sini. Hah lupa lah tu.". Adik?. Dia ada adik lagi ke?.

"Ehh siapa awek cantik ni. Comell nya!!". Dia cuba menyentuhku tapi tangannya ditepis alt. Aku tengok muka alt dah macam nak baling adik dia ke dalam longkang..

-

Aku duduk di sofa sementara Alt mengambil sesuatu di bilik. Hanya aku dan adiknya sahaja di ruang tamu.

"Khai.". Adiknya tiba-tiba memperkenalkan diri. Aku hanya senyum dan memperkenalkan nama ku. Lia berlari-lari diruang tamu. Excited sangat kot abang dia datang sampai peluk-peluk. Aku yang tiada adik-beradik kat sini terasa menjadi tunggul kayu.

"Oii. Ikut aku.". Alt memanggil adiknya khai.

"Aku ada nama gila. Buat penat bapa aku kasik nama sedap-sedap.". Bebel khai.

Alt hanya jeling. Malas nak melayan adik sorang ni.

-

Alt dan Khai pov.

"Bersihkan perempuan ni.".

"Uishh kau buat apa kat perempuan ni sampai teruk macam ni?". Balas khai sambil duduk melihat perempuan itu.

"Dia pukul awek aku.". Balas Alt sambil tengok tablet dia.

"Ouhh dia ke kizahrah yang kau kata maid baru tu?". Alt hanya mengangguk.

"Mai. Teruk sangat kau ni.". Khai geleng-geleng kepala.

"T-tolong.... jangan a-apakan a-aku.". Nada suara kiz sangat serak.

"Dah kau bersihkan dia. Aku nak tengok echa kat dalam". Khai hanya mengangguk.

Echa pov.

Aduh. Sakit perut lah pula. Hari ini menunjukkan tarikh aku aku datang bulan. Sakit dia tak boleh bawa  bincang. Aku berbarik di atas sofa sambil memegang perutku.

"Kakak jom lah teman adik main barbie". Lia sambil menggoncang badanku.

"Akak tak larat lah adik. Boleh main sorang-sorang?". Balasku. Aku tengok muka lia dah merajuk.

Tiba-tiba terasa pipi disentuh.

"Kenapa honey?.". Aku tatap mata Alt yang tadi garang bertukar lembut.

"Tak ada apa-apa... saya ngantuk je". Jawabku.

Padahal dah terang-terang kau terbaring pegang perut.


"Jom saya angkat awak pergi bilik.". Alt sambil memegang bahuku untuk bangun. Aku hanya ikut sahaja. Kalau aku tepis tangan dia tak pasal-pasal nyawa aku ujung tanduk.

Aku didukung ala bridal style. Kepala aku bersandar pada dada bidangnya. Aku dapat dengar detak jantung dia yang laju dan dada bidangnya yang sangat besar.

Sesampai dibilik, dia baringkan aku atas katil dan memberiku air suam. Aku boleh je buat sendiri tapi tak tahu lah. Dia buat lagi laju daripada aku. Tak sampai sesaat aku kelip mata dan ada selimut disarungkan. aku hanya tepuk tangan dalam hati.

"Baju tadi awak dah basuh belum?." Baju Alt dan bodyguard dia yang berlumuran dar*h.

"Dah.". Simple sahaja dia menjawab.

"Awak buat apa kat luar sana sampai baju pun jadi mangsa?". Jawabku sedikit tegas. Mana tau kan dia pergi culik mana-mana budak lepastu campak budak tu dalam gaung.

"Awak tahu kam saya ni apa?. Kerja saya kat luar sana untuk tumbangkan musuh bapa saya. Tak kan nak bagi dia lawan. Dia dah berumur sangat dah pun.". Ahh sudah. Kena bebel panjang dengan Alt. Tak pernah-pernah aku dengar Alt bebel panjang macam ni.

"Ye lah tap-". Ada sesuatu yang lembut mendarat di bibirku.

"Lembut.". Balas Alt.

"You- you stole my first kiss!!!". Jerit ku didalam bilik. Dia gelak dan berlari anak keluar dari bilik tu. Aku tersenyum melihat gelagat Alt. So kiyowo.

Aku bosan dan mengambil buku di meja untuk dibaca. Masa aku buka buku tu, aku ternampak 1 surat. Surat itu ada sedikit cat merah.

Surat apa nih?.

Aku buka perlahan-lahan dan nampak 1 tulisan yang mengejutkan ku.

Aku terjatuh kertas itu ke lantai. Terkejut... sedih... nak nangis pun ada. Alt ada sorokkan sesuatu dari pada aku ke?. Aku tengok balik kertas tu dan bagaikan ditusuk-tusuk. Selama ni... Alt tipu aku ke?. Aku tutup muka dan menangis.

10 minit kemudian nangisku reda. Aku malas nak nangis pasal benda ni. Aku hanya bersandar atas katil dan lihat siling. Wow tak sangka dia gunakan aku untuk menarik perhatian musuh. Jadi selama aku jadi girlfriend dia, dia tak serius langsung pasak hubungan ni?. Idk. Tapi.... rasa suka tu.... masih kekal pada Alt. Idk why. Dia My ideal type. Rambutnya yang berwarna coklat, matanya yang hitam gelap, dada yang bidang dan bertatto.

Haishh. Aku tak nak fikir banyak-banyak. Aku rasa kertas tu dah lama sebab kertas tu kelihatab seperti dah bertahun-tahun dalam buku tu. Aku hanya berfikiran positif sahaja.

-

"KAKAK!!". Adik lia tiba-tiba masuk.

"Ni adik ada buatkan kakak makanan!!". Jerit adik lia. Terbangun aku dari tidur ku. Baru nak mimpi jumpa an*me tadi.

"Adik. Jangan jerit. Kesian awek comel tu nak tidur.". Khai yang berada di pintu pun menyibuk.

"Awek awek. Bagitau abang!!". Aku tengok khai dah gelabah bila adik dia nak bagi tahu Alt. Aku hanya gelak kecil.

"Mana Alt?". Tanyaku kepada khai.

"Ouhh dia keluar kejap sebab ada kerja. Nanti dia balik lah tu". Khai Jawab selamba sahaja macam tak ada perasaan sayang kat abang dia.

Bersambung......

~ Possessive Mafia Man ~ | [ONGOING]Where stories live. Discover now