prolog

44 4 0
                                    


Tak!tak!tak!tak!

Ouh, Hai Aku Yn.. nama penuh Y/F/N. Aku baru balik sekolah dan sedang berlari. Bukan sebab apa, aku hanya malas terlalu lama diluar rumah. Ok back to the point.

Aku berlari naik ke bilik ku ditingkat atas dan menerjah masuk ke bilikku yang kelihatan sangat kemas dan teratur, semuanya bersih bahkan kelihatan sangat terawat dengan baik.

Mana taknya aku selalu memastikan bilik ini menjadi selayaknya tempat berhibernasi. Mana taknya dengan Hobiku yang suka tidur dan melakukan aktivitas yang tidak melibatkan sosialisasi.

Aku bahkan dapat mengira berapa kali aku bercakap sekiranya berada di keramaian atau senang cerita, aku langsung tidak akan membuka mulut untuk berbicara layaknya orang bisu sekiranya di tempat-tempat yang ramai orang. Aku bahkan hanya akan berbicara sekiranya jumlah orang tidak melebihi dari 15 orang dan mereka semua tidak menumpukan perhatian pada ku.

Aneh bukan? Aku rasa aku Introvert, tapi dari segi tindakan ku membuatkan ramai berfikir aku mempunyai trauma. Bahkan untuk mendapatkan udara segar saja tidak perlu melangkah keluar rumah dikala bilikku turut terdapat beranda dan sangat nyaman dan tenang sekiranya berada disitu.

"Yn!keluarlah sekali sekala, jangan terperap je dalam bilik!keluarlah bersosial!"

"Takpalah Eomma!Yn tak nak!" Balas ku setelah mendengar sosok Ibuku melaungkan dari bawah.

Aku mula melangkah ke arah meja komputer ku yang berada berdekatan beranda. Kelihatan di tepi meja terdapat beg penuh pakaian ku, iyalah beberapa hari aku akan ikuti Perkhemahan di sekolah.

"Nak buat apa je hari ni?" Ye sekarang aku tengah keliru nak buat apa. Mana nak kena ikuti Perkhemahan lagi, itu yang buat kusut kepala.

"kenapa kelas tahun akhir diwajibkan pergi?" Gerutu ku kesal saat mengingati Aku wajib pergi dikeranakan Aku telah kelas tahun akhir iaitu bermakna umur ku adalah 17 tahun walaupun beberapa bulan lagi genap 17 tahun.

Aku duduk di meja lalu meletakkan kepala berharap dapat ilham untuk melakukan apa saat ini. Kerana diri ku saat ini betul-betul bosan dan buntu.

Tiba-tiba komputer dihadapan ku menyala sendiri.

Aku mengangkat kepala dan bangun dari tempat duduk namun baru aku mengundur sedikit, aku tiba-tiba merasakan satu sedutan kuat dari komputer tersebut dan aku tersedut masuk.

Namun sebelum disedut sepenuhnya, Aku mencuba bertahan dengan mencapai apa saja untuk bertahan namun aku tertarik beg ditepi meja ku dan tersedut masuk disaat beg tersebut melayang melanggar kepala ku dengan keras.

Enter To Other Dimension [OG] (Hiatus)Where stories live. Discover now