Yn pov
"ugh." Aku tersedar dengan kepala berdenyut denyut keras. Sakit, mungkin effect sebab kepala aku dihempas beg dengan keras.
Aku mula membuka mata. Aku melihat seorang lelaki berambut putih berstrip coklat gelap dengan mata bulat berwarna hijau sedang menatap ku. "Hi."
Entah effect terkejut atau apa, tanpa berfikir panjang aku terus menghantukkan kepala ku dengan sangat kuat ke arah kepala lelaki tersebut. Lalu berdiri dan mendapati aku si tempat asing serta dikelilingi lelaki yang berupa sama seramai 7 orang termasuk lelaki tersebut.
"Argh!!"
Aku memegang kepala ku yang terasa sakit, mungkin sebab bangun secara mengejut sebentar tadi. Tanpa membuang masa aku mulai fokus dan membuka kuda-kuda pertahanan sekiranya mereka menyerang Ku.
Ada aku cerita tak kalau aku sangat handal dalam pelbagai kemahiran, sukan dan pelajaran? Tak apa lah.. tapi yang pasti aku sangat mahir dalam beberapa ilmu pertahanan diri seperti Karate, Tekwando, Silat serta Tinju dan mungkin beberapa lagi dalam menggunakan alat penyerangan seperti menembak, memanah dan apa kalian percaya ninja?lebih seperti itu lemparan pisau dan beberapa lagi senjata berbahaya. Ok sekarang mari kita kembali ke awal.
Aku membuka kuda-kuda pertahanan dan bersedia menyerang sekiranya mereka cuba untuk mendekat.
Salah satu dari mereka berlari laju, sungguh laju bahkan seperti kilat. Aku segera bersedia sekiranya terdapat serangan dari beberapa arah.
Aku merasakan Seseorang mencuba menyerangku dari belakang dengan segera aku mengelak ke tepi menangkap lengannya dan tanpa berfikir panjang aku membanting tubuhnya ke lantai dengan sangat keras.
"Apa?!" Kelihatan yang lain melotot tidak percaya dengan apa yang baru saja terjadi.
"Huh, kau boleh tahan juga.." lelaki tersebut bangun dan secara tiba-tiba ditangan muncul sebuah pedang petir berwarna merah bercampur hitam.
Aku diam bersedia untuk berlawan sekiranya mereka menyerang. Aku melihat beberapa dari mereka mula memunculkan hal yang sama dengan lelaki dengan pedang petir tersebut. Mereka ada kuasa? Bukan ia tidak wujud?ia kelihatan kekuatan mereka berbeza-beza.
"BERTENANG!!!" Aku yang sudah bersedia untuk berlawan pun terkejut, kelihatannya bukan aku saja terkejut mendengar teriak tersebut.
"Sekarang duduk. Bawa berbincang." Katanya sambil tersenyum sementara Aku hanya menatapnya dengan fikiran yang berfikir ' dia ni waras ke tak?tadi jerit sekarang senyum gitu.'
"Maaf.. boleh duduk bertenang?mari kita bincangkan baik-baik." Katanya sopan pada ku. Aku bahkan hanya diam menatapnya tidak percaya namun masih duduk.
"Saya Reverse Gempa.. boleh panggil saya Rev Gempa atau Rev Gem dan maaf atas ketidak sopan sikap kami sebentar tadi." Katanya lagi namun kali ini memperkenalkan dirinya. Reverse Gempa?
"Aku Reverse Halilintar.. panggil Rev Hali" kata yang mula-mula yang menyerang ku. Reverse Halilintar?
"Aku Reverse Taufan!panggil saja Rev Taufan atau Rev Ufan!" Ok yang ini hyper, Terkejut aku masa dia perkenalkan diri. Reverse Taufan?
"Aku Rev Blaze!Reverse Blaze!dan ini Reverse Ice, panggil dia Rev Ice!" Kata yang berbaju tanpa lengan sambil turut memperkenalkan seseorang yang tidur di tepinya, sedapnya tidur.. nak tidur pula lepas tengok dia ni tidur tak sedar diri dari tadi. Tapi nama mereka, Reverse Blaze dan Reverse Ice?
Kenapa ada yang aneh?dari nama-nama mereka?
Ok, sekarang dia yang aku tunggu. Budak bermata bulat berwarna hijau yang mula-mula aku lihat saat tersedar dari pengsan. "Saya Reverse Thorn. Tapi panggil saya Rev Duri, maaf dah terkejutkan awak masa awak baru sedar tadi." Katanya tersenyum manis. Aku pula hanya menatapnya kosong, entah otak aku kosong lihat dia.
"Maaf juga, main hentak kepala pada kau tadi.." entah kenapa ayat sepanjang ni lancang keluar dari mulutku. namanya juga sempat membuatkan aku keliru juga, Reverse Thorn tapi panggil Rev Duri?
"Tak apa!Rev Duri ok!" Balasnya dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya. Aku beralih pada yang sebelahnya dan yang terakhir memperkenalkan diri.
"Aku Reverse Solar.. panggil saja Rev Solar yang pasti aku paling popular di antara mereka semua." Katanya jelas terpancar wajah percaya diri. Reverse Solar?
"Kami Reverse Elemental."
Setiap nama mereka, terdapat Reverse.. Reverse bermakna kebalikan atau berlawanan dan nama mereka semua berasa alam. kenapa aku rasa ada yang aneh?
"Apa nama kau?" Tanya Rev Ice saat baru bangun dan terus menatap tajam ke arah ku.
"Yn." Balas ku ringkas turut balas tatapan tajam tersebut.
"Nama penuh kau?" Tanya Rev Hali kini turut menatap ku tajam dan tanpa segan-silu aku membalas kedua tatapan tajam tersebut.
"Aku Y/F/N."
"Tiada siapa berani lawan tatapan tajam Rev Hali dan Rev Ice kecuali BoBoiBoy Halilintar dan BoBoiBoy Ice.." kedengaran Rev Taufan berbisik pada Rev Blaze dan jelas kelihatan terkejut di wajahnya. Apa mereka berbisik atau bukan kerana ia sangat kuat sampai-sampai Aku pun turut dengar.
Yn end pov
Normal pov
"Aku dekat mana sekarang ni?" Tanya Yn yang sedari tadi penasaran dengan tempat tersebut.
"Kau ingat perkara terjadi pada kau?" Bukannya menjawab Rev Gempa malah bertanya semula.
"Balas dulu apa aku tanya." Yn kelihatan geram dan juga jengkel disaat dia ditatap semuanya dengan lekat seolah pertama kali berjumpa perempuan.
"Kau tercampak keluar dari portal antara dimensi."
"Jadi aku tersedut masuk portal antara dimensi dan sampai kesini?"
[To Be Continued]
YOU ARE READING
Enter To Other Dimension [OG] (Hiatus)
FanficTajuk Penuh - Enter To Other Dimension : Come Into Boboiboy Dimension Because Of Reverse [OG] bagaimana rasa kamu sebagai seorang budak dingin dan tomboy masuk ke dimensi lain. atau lebih tepatnya dimensi cartun Animasi Kanak-kanak, BoBoiBoy. Kamu m...