"Rev Duri bawa Yn pergi ruang makan, Lepastu baru bawa Yn ke sel tahanan kita, untuk bawa dia berjumpa dengan mereka.."

"Baik, Rev Gem!" Dengan tabik hormat Rev Duri membalas perkataan Rev Gempa. "Jom, Yn."

* * * * *

Yn sudah melaksanakan perkara yang sedari tadi ia ingin lakukan iaitu makan. kini Yn mengikuti Rev Duri yang entah ingin membawanya ke mana.

' nak jumpa Rev Ice, seronok akhirnya dapat teman berbual..' batin Yn berkata-kata dengan menggunakan mulut yang di muncungkan seperti muncung itik.

"Jangan begitu Yn." Kata Rev Duri yang sedari tadi senyap saja. ' sebab kau sangat comel!dan aku akan pastikan, kau hanya milik aku!hanya untuk aku! '

"Buat apa?" Tanya Yn dengan tatapan datar plus keliru.

"Muncung macam tadi.."

"Kenapa?ada yang salah. Rasanya tak pun."🗿🗿 Kata Yn entah mengapa serasa sedikit kesal dengan apa yang dikatakan oleh lelaki comel di hadapannya.

Seketika keduanya senyap.
' kau tak dapat tangkap maksud aku ke apa?! ' teriak  batin Rev Duri setelah melihat balasan Yn.

"Kau comel, dan hanya milik aku." Kata Rev Duri terus setelah beberapa minit senyap saja di antara mereka.

"Huh?"

Apa kalian fikir Yn, blush?oh, tentu saja tidak.. Yn, Otaknya bahkan akan menjadi lemot dan loading untuk masa yang lama untuk memproses namun tidak akan jadi apa-apa.

"Kau hanya milikku."

"Ok ok, aku tak dapat tangkap apa kau cuba sampaikan Rev Duri .. boleh terangkan satu-satu dengan apa maksud kau tentang ' hanya milikku ' ?" Tanya Yn dengan wajah keliru. Sesungguhnya otaknya sedang lemot parah ketika ini.

Rev Duri diam tidak membalas pertanyaan yang sungguh memusingkan kepala bagi Yn tersebut, mana Yn jenis susah mahu jatuh dan lambat tangkap dengan perkara yang berkaitan dengan namanya ' CINTA '. Yn kelihatan geram apabila soalannya diabaikan, oleh Rev Duri .

"Ck, baik tak payah tanya tadi.." desis Yn geram sambil berpeluk tubuh dengan mata menjeling tajam ke arah Rev Duri .

"Jangan pandang lama-lama, nanti jatuh hati pula.." kata Rev Duri setelah mulai rimas dengan jelingan tajam Yn yang di beri tepat padanya.

Yn mengalihkan pandangan ke arah lain sambil mengata Rev Duri dengan kuat, sengaja ingin membiarkannya mendengar apa yang dikatakan. "Ck, perasan betul.. tak jauh beza dia dengan Rev Solar."

"Kita dah sampai.. sini masuk." kata Rev Duri sebelum masuk ke sebuah ruangan.

Yn hanya mengikuti dan melihat ruangan tersebut dengan tatapan kagum. "Woh~ penjara tahanan ke ni?" Tanyanya.

"Memang pun." Balas Rev Duri.

"Oh."

"Mereka dah sedar?" Tanya Rev Duri setelah tiba di tempat Reverse yang lain yang telah berkumpul terlebih dahulu.

Yn diam memerhati, matanya tertancap pada kumpulan yang ditangkap dan diikat Reel, rupa mereka kelihatan sama persis seperti Reverse Elemental namun warna rambutnya yang berbeza dengan beberapa orang lagi bersama mereka. Pasti semua dapat teka bukan, mereka Boel (BoBoiBoy Elemental) bersama Yaya, Ying, Gopal dan Fang.

"Ouh ok, aku rasa aku semakin gila.. sebab nampak macam reverse berganda." gumam Yn dengan matanya menatap kearah Boel.

"Kamu sebenarnya bersama sisi gelap kami, Reverse Elemental." Kata Gempa yang terdengar gumaman Yn.

"Hehehe.. sorry, pasti kau dengar apa aku ucapkan tadi? hehe.." Yn terkekeh kecil akibat malu apabila gumaman nya didengari oleh seseorang.

' c-comel.. ' batin Reverse dan BoBoiBoy Elemental setelah melihat kekehan kecil gadis bernama Yn tersebut.

Yn terdiam sejenak memproses apa yang baru saja Gempa beritahu padanya. Matanya melihat kearah Reverse Elemental dan BoBoiBoy Elemental, dan seketika itu dirinya mulai mengerti apa yang dikatakan oleh Gempa sebentar tadi.

' jadi sebab tu, nama mereka ada Reverse..' desis batin Yn setelah memahami situasi.

Yn yang baru mengerti apa terjadi, akhirnya berkata. "Maaflah, aku rasa aku baru faham apa yang terjadi.. tapi aku hanya mahu pulang ke dimensi asal, jadi aku tak kisah aku bersama siapa." Katanya dengan tampang tidak peduli.

Semuanya menatap tak percaya pada Yn, sementara Yn hanya memasang tampang keliru setelah ditatap begitu yang entah mengapa terlihat comel dimata Boel dan Reel.

' asal dia ni comel?!!! ' teriak batin Reel dan Boel gemas dengan gadis dari dimensi lain ini.

Kriuk~ kriuk~

Reverse Elemental seketika malu, apabila perut mereka mulai bersuara meminta untuk diisikan dengan makanan.

"Erm.. Rev Duri, kamu dah makan sekali dengan Yn kan?" Tanya Rev Taufan pada Rev Duri.

"Er tak, Yn hanya makan sendiri.." balas Rev Duri.

"Memanglah aku makan sendiri, takkan tadi aku makan kau suap?ei, tak kuasa aku.." kata Yn yang mendengar apa yang dikatakan Rev Duri. Ei, kenapa pedas sangat itu mulut?baru lepas makan cili apa?

' itu mulut, tak boleh pedas lagi apa?nasib kau comel, kalau tak dah lama aku biar tumbuhan aku telan kau. ' kata batin Rev Duri sambil menahan geram terhadap Yn.

' mantap slew~ mulutnya pedas, baru lepas makan Samyang ke? ' kata batin Fang dan Gopal setelah mendengar balasan Yn.

' ini budak, tak ada sopan santun apa? ' kata batin duo Y dengan tatapan datar.

' ini mulutnya pedas, kena ada kesabaran ekstra kalau dengan dia..' kata batin Boel sweatdroped setelah mendengar balasan Yn.

"Dia sorang je dah makan?jadi siapa jaga mereka ni? biar tak dapat lepaskan diri." Tanya Rev Gempa.

"Yn, sajalah.. lagipun hanya dia saja, sudah makan kan." Kata Rev Solar tanpa menatap ke arah Yn.

"Ei, Kau siapa mahu arah aku? Aku bukan salah satu dari korang pun, aku hanya pendatang asing." Kata Yn sambil memeluk tubuh dan menghadap ke arah lain.

' itu mulut tak boleh kalau tak pedas ke? ' kata batin Reel setelah perkataan mereka yang dibalas dengan ayat yang pedas.

"Tengokkan saja mereka, mereka nak lepaskan diri panggil kami.. itu saja apa susah." Kata Rev Hali dengan pandangan tajam pada Yn.

Kelihatan smirk muncul di wajah manis Yn. "Heh, kau fikir aku takut ke?kalau kau tatap aku tajam macam tu?" Tanya Yn dengan senyuman remeh.

Rev Hali tiba-tiba mendekatkan diri pada Yn, Yn yang keliru hanya mengundur sehingga tidak sedar dirinya sampai ke dinding. "Aku tahu kau tak takut.." Rev Hali memerangkap tubuh Yn dari bergerak di dinding.

[To Be Continued]

Enter To Other Dimension [OG] (Hiatus)Where stories live. Discover now