"Yang tak disebut ikut aku ke Utara.." semua mengangguk setuju disaat telah ditentukan pasukan dan tiada sebarang bantahan.

"Baiklah.. kita kumpul sini balik kalau tak ada apa-apa setelah sejam.." kata Gempa dan semua bersiap sedia. "Baiklah berpecah.."

Rev.Ice pov

Aku mahu tidur tapi entah mengapa fikiran ku sedari tadi memikirkannya. Yn, gadis dimensi lain yang berjaya menarik perhatian ku.

Aku bahkan bangun dan berjalan keluar dari bilik ku. Aku melangkah ke arah dapur untuk mencari beberapa makanan ringan.

Namun saat aku terserempak dengan Rev.Hali yang sedang berdiri menatap sebuah bilik,ia berjaya menarik perhatian ku. Bukan Rev.Hali, Rev.Gempa suruh dia hantar Yn pergi ke bilik tetamu? Kenapa dia berdiri di situ pula?

Pintu bilik tersebut terbuka dan keluar Seseorang yang baru saja bermain di fikiran ku dari ruangan tersebut.

"Kenapa kau masih dekat sini?" Tanya Yn yang jelas kelihatan terkejut dengan keberadaan Rev.Hali di situ.

Aku mendekati mereka, entah mengapa rasa, aku rasa macam geram tengok mereka berdua, aku cemburu?

"Kenapa ni? Ada masalah ke?" Tanya ku setelah tiba berdekatan mereka.

"Er.. tak, cuma terkejut.. Rev.Hali masih berdiri di sini.." balas Yn dengan senyuman kekok yang kelihatan.

"Aku pergi dulu.. rasanya Rev.Gem cari aku.." kata Rev.Hali lalu tak lama setelahnya menghilang di sebalik tembok.

Suasana sunyi dan terasa canggung tiba-tiba muncul di antara kami. "Er, Kau nak makan tak?kalau nak, jom kita pergi sekali ke ruang makan.." kata ku cuba untuk berbasa-basi lagipun memang itu tujuan asal aku sebelum melihat mereka.

"Jomlah.. aku sebenarnya memang terasa lapar sekarang.." balasnya setelah berfikir sejenak.

Rev.Ice pov end

Yn dan Rev.Ice berjalan di koridor tanpa sebarang kata-kata, hanya bunyi langkah kaki yang kedengaran.

"Yn, kau tahu ilmu pertahanan diri?" Tanya Rev.Ice cuba untuk berbasa-basi.

"Adalah.. kalau tak macam mana aku boleh, berani nak lawan korang. Kan?" Balasnya tanpa melihat ke arah Rev.Ice

Tiba-tiba Rev.Ice berhenti setelah melihat beberapa orang di hadapan.
"Eh?bila masa Reverse lain rambut warna berbeza?"

' BoBoiBoy Elemental? Pasti mereka datang nak selamatkan Yn.. macam mana sekarang ni?ini terlalu awal dari rancangan. ' kata batin Rev.Ice dengan riak cemas melihat 3 sosok di hadapannya.

Sosok dihadapan tersebut turut menatap mereka terkejut. Kelihatannya mereka mula membuka kuda-kuda bersedia untuk berlawan.

"Rev.Gempa, kau cari Rev.Hali ke?dia pergi arah sana.." kata Yn sambil menunjukkan ke arahnya datang bersama Rev.Ice

"Gempa, Solar dan Blaze.."

"Rev.Ice" gumam mereka serentak dengan pandangan tajam.

Sementara Yn menatap mereka dengan confuse.
"Kalian kenapa?ada masalah ke?kalau ada, selesaikan baik-baik.." tegur Yn saat merasakan hawa dingin mulai terbentuk di sekitarnya.

"Rev.Ice, dia budak dari portal tu kan?" Tanya Gempa setelah menatap ke arah Yn.

"Kalau ye kenapa?ada masalah?" Balas Rev.Ice sambil mengeluarkan senjatanya.

"Kalau nak gaduh aku pergi dulu.." kata Yn malas nak terlibat dengan permasalahan tersebut jadi berlalu pergi meninggalkan mereka. Padahal permasalahan tersebut berkaitan dia.

Namun belum jauh berganjak, Yn tiba-tiba berada dalam dakapan seseorang. "Kamu perlu ikut kami, kamu dalam bahaya sekiranya masih berada di sini.." kata lelaki yang di yakini Yn, Rev.Solar .

"Rev.Solar, tolong jangan pegang.. aku rimas, kau jangan sampai aku banting kau ke lantai.." kata Yn dengan tatapan datar setelah melihat wajah yang memeluk dirinya.

"Aku Solar.. kau perlu ikut kami.." kata Solar lalu menarik tangan Yn supaya mengikutinya. "Gempa!Aku dah dapat budaknya.. kita perlu pergi!bagi tahu yang la-"

Yn geram kerana Solar masih memegangnya seketika membanting tubuh Solar ke lantai. "Aku kata jangan pegang!"

Semua di sana menatap ke arah Solar yang sudah terkapar lemah. "Kalau aku cakap sekali dengar.. aku memang tak nak buat pun, tapi kau yang tak dengar..padan muka."

Yn memberi tatapan remeh ke arah Solar lalu berjalan pergi dari kawasan situ.

"Hali, budaknya bergerak ke arah kumpulan korang.. tangkap dan bawa dia.." kata Gempa berkomnikasi dengan Halilintar sambil mendekati Solar.

Sementara Blaze dan Rev.Ice berlawan dengan sangat sengit bagi kuasa berlawanan seperti mereka.

"Kalian! TAPOPS dalam pangkalan, BoBoiBoy Berpecah.. mereka mahu bawa Yn pergi, cari dan bawa Yn bersembunyi!" Rev.Ice turut berkomunikasi memberi Amaran pada Reverse Elemental yang lain di dalam pangkalan.

[To Be Continued]

Enter To Other Dimension [OG] (Hiatus)Where stories live. Discover now